SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apalah nasib kami?? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Apalah nasib kami?? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Apalah nasib kami??

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12643
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Apalah nasib kami?? Empty
PostSubject: Apalah nasib kami??   Apalah nasib kami?? Icon_minitime11/8/2007, 1:49 pm

Oleh NORAINON OTHMAN dan FUAD HADINATA YAACOB(harian metro)


Apalah nasib kami?? Sian





KUALA LUMPUR: �Emak selalu sibuk, kadangkala tak balik rumah sampai
empat hari. Nasib baik ada orang lain tolong jaga kami,� kata Nuraida,
10, yang bersusah-payah membawa tiga adiknya berjalan kaki sejauh dua
kilometer untuk menikmati juadah berbuka puasa percuma pada setiap
Selasa dan Rabu.




Lokasi tujuan mereka ialah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Chow
Kit, dekat sini, yang menjaga kebajikan kanak-kanak, kebanyakannya anak
pelacur, pelayan pelanggan (GRO) atau penagih dadah di sekitar kawasan
itu.




Penyelaras PAKK, Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latiff, 48, berkata
pusat yang diusahakannya secara sukarela itu kini menjaga kebajikan
kira-kira 40 kanak-kanak berusia empat hingga 16 tahun.




�Hampir semua mereka datang daripada keluarga bermasalah berikutan
ibu atau bapa masing-masing terbabit dalam kegiatan tidak bermoral,�
katanya yang membuka PAKK sejak enam tahun lalu.




Ketika ditemui Metro Ahad, Rabu lalu, Nuraida datang ke PAKK
bersama bersama tiga adiknya berusia tiga, tujuh dan sembilan tahun.




Kata Nuraida, dia anak sulung daripada enam beradik. Seorang lagi
adiknya berusia tiga tahun (kembar) ditinggalkan di rumah mereka di
Kampung Baru dan dijaga saudara mara ibunya yang tinggal berhampiran.




�Seorang lagi adik saya yang bongsu emak serahkan pada orang lain
untuk dijadikan anak angkat. Saya marah dan sedih dengan sikap emak.
Saya tak tahu kenapa emak sanggup beri adik kepada orang lain.




�Ayah dengan emak sudah bercerai dan kami jarang berjumpa. Bila
besar nanti, saya nak ambil balik adik dan mahu cari ayah. Hari raya ni
tak berseri kerana saya tak dapat beraya dengan adik bongsu dan ayah,�
katanya.




Difahamkan, Nuraida bersama adik kedua dan ketiga adalah satu bapa
manakala adik beradik lain, berlainan bapa. Ketika ditanya adakah dia
tahu siapa bapa adik-beradiknya lain, gadis comel itu hanya
menggelengkan kepala.




Melihatkan wajah Nuraida, riak mukanya menunjukkan dia seakan-akan
dapat menerima nasib dan kehidupannya yang malang disebabkan sikap ibu
yang tidak bertanggungjawab.




Bagaimanapun, ketika ditanya apakah pekerjaan ibunya, kanak-kanak
itu bijak berhelah dan cuba menyembunyikan hakikat sebenar, biarpun dia
mengetahuinya.




�Emak kerja �housekeeping� (pengemas bilik) di sebuah hotel. Ada
masanya tak balik rumah dua hingga empat hari. Nasib baik mak cik ada
dan dia tolong jaga kami tetapi bila emak ada, dia akan uruskan
semuanya,� katanya.




Menurut Nuraida, biarpun sering ditinggalkan dan diabaikan ibunya,
makan minum serta urusan persekolahan dia serta adiknya terpelihara
kerana tugas menjaga mereka diambil alih oleh saudara mara yang tinggal
berhampiran.




�Kalau emak tak ada, mak cik akan tolong jaga, sekolah dan makan.
Kalau emak ada, emak uruskan kami seperti beri wang belanja sekolah dan
memasak lauk sedap seperti ayam dan ikan,� katanya.




Mengenai persiapan raya, Nuraida berkata, dia belum ada baju raya
dan seperti kebiasaan saudara mara akan membelikannya termasuk untuk
adik menjelang hari raya.




�Biasanya saudara mara akan belikan baju, tetapi ada juga yang emak
beli. Hari raya sama seperti hari lain kerana kampung saya di sini
(Kampung Baru) dan kami adik-beradik beraya di sini. Selepas
sembahyang, saya beraya ke rumah kawan,� katanya.




Sementara itu, adik keduanya yang hanya dikenali sebagai Sarah, 9,
berkata untuk persiapan hari raya tahun ini dia ada sehelai baju raya
yang dibeli ibu saudaranya.




Katanya, meskipun tahun ini dia mendapat pakaian baru, ia masih
tidak menggembirakan kerana adik disayangi beraya bersama orang lain.





�Saya sayang dia, tetapi dia dah diberikan kepada orang lain. Bila besar nanti, saya nak ajak dia balik rumah,� katanya.




Sebagai anak sulung, Nuraida menggalas tanggungjawab berat untuk
menjaga adiknya. Ketika berkunjung ke PAKK untuk berbuka puasa,
kematangannya jelas kelihatan apabila dia sibuk menguruskan adiknya,
beratur untuk mengambil makanan serta memastikan mereka duduk bersama.




Hampir waktu berbuka, dia yang bersekolah darjah empat membuka
bungkusan makanan untuk adiknya dan selepas doa berbuka puasa, Nuraida
memberi makanan kepada adik kecilnya yang berusia tiga tahun.




Setiap Selasa dan Rabu sepanjang Ramadan ini, Nuraida dan adiknya
akan ke PAKK kerana ada disediakan jamuan berbuka puasa percuma yang
biasanya ditaja oleh organisasi swasta atau orang perseorangan.




Untuk ke PAKK, mereka empat beradik perlu melintasi jalan raya yang
sesak dengan kenderaan selain berselisih dengan orang ramai. Dari
Kampung Baru, mereka melintasi Jalan Raja Alang sebelum ke Lorong Haji
Taib, Chow Kit.




Raja Azizan berkata, PAKK berusaha membantu Nuraida dan
adik-beradik melalui kemudahan yang ada antaranya melalui kelas
komputer, seni, Bahasa Inggeris dan bimbingan agama.




Katanya, sebagai institusi bantuan di bawah kelolaan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), PAKK menjadi tempat perlindungan selain
memberi bantuan kepada kanak-kanak tidak bernasib baik di sekitar Chow
Kit.




�Ia bertujuan mengelak mereka terjerumus dalam aktiviti tidak
sihat. Ini kerana ada antara kanak-kanak itu anak yatim, anak penagih,
anak luar nikah dan juga anak pekerja seks.




�Kita berusaha memberi ilmu supaya mereka tahu yang mana baik dan
buruk. Kami akan memantau perkembangan mereka. Yang mana tidak
bersekolah, kita usahakan supaya mereka tidak terus tercicir,� katanya.


sian aku ngan bdk2 neh.... ape nak jd mak bapak skrg cry cry
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
Blanksforwhatever
JUNIOR
JUNIOR
Blanksforwhatever

location : malaysia
Points : 12824
Reputation : 0
Number of posts : 128

Apalah nasib kami?? Empty
PostSubject: Re: Apalah nasib kami??   Apalah nasib kami?? Icon_minitime14/8/2007, 9:51 am

nasib baik ada orang lain yang ambik berat pasal mereka..
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12643
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Apalah nasib kami?? Empty
PostSubject: Re: Apalah nasib kami??   Apalah nasib kami?? Icon_minitime14/8/2007, 1:05 pm

sian dak2 neh..per dorg nak jadik bl da besar nnt....
insaf jap.. untung mak bapak ok jer..
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11956
Reputation : 12
Number of posts : 610

Apalah nasib kami?? Empty
PostSubject: Re: Apalah nasib kami??   Apalah nasib kami?? Icon_minitime22/4/2009, 4:46 pm

sedeh nyer baca kisah ni... apa nk jadi mak bapa skrg ni...? Sad
Back to top Go down
Sponsored content




Apalah nasib kami?? Empty
PostSubject: Re: Apalah nasib kami??   Apalah nasib kami?? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Apalah nasib kami??

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: