SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'ALLAH selamatkan kami' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'ALLAH selamatkan kami' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'ALLAH selamatkan kami'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'ALLAH selamatkan kami' Empty
PostSubject: 'ALLAH selamatkan kami'   'ALLAH selamatkan kami' Icon_minitime15/5/2013, 12:15 am

'ALLAH selamatkan kami' Image
Kertas yang digunakan untuk mencucuh api masih lagi bersisa

'ALLAH selamatkan kami' Image
Sekiranya api terus marak, kemungkinan ia akan menyambar suis utama restoran Bidah dan memburukkan lagi keadaan.

JENGKA - 'ALLAH selamatkan kami'. Itu perkataan yang mampu diucapkan seorang pemilik restoran apabila restoran miliknya di penempatan Matau, di sini, nyaris terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, kelmarin.

Bidah Ibrahim, 61, berkata, jika tidak kerana kuasa ALLAH SWT, kemungkinan bukan sahaja restorannya hangus, malah lima rumah berdekatan juga menerima nasib sama.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu semasa datang untuk membuka operasi restorannya kira-kira jam 7 pagi.

"Saya tengok ada kesan terbakar di pintu kedai dekat dengan pula utama. Kalau suis utama ini terbakar, sudah tentu api marak dan merebak ke rumah jiran. Nasib baik api itu padam
sebelum sempat menyambar pula utama,” katanya.

Bidah berkata, dia percaya individu yang cuba membakar restorannya menyasarkan untuk membakar suis utama terbabit dengan mencurahkan minyak diesel di kawasan sekitar.

“Ada orang yang lalu di hadapan restoran ini beritahu saya ada ternampak api, tapi dia ingat itu api bakar sampah sebab jiran saya ini memang selalu bakar sampah awal pagi.

“Apa pun saya bersyukur kerana api terpadam sendiri, jika tidak saya tidak tahu bagaimana nasib jiran-jiran kerana suis utama ini bersambung dengan rumah mereka. Mungkin akan menyebabkan litar pintas," katanya.

Tidak bermusuh

Bidah berkata, dia tidak dapat mengesyaki siapa yang melakukan perbuatan itu kerana selama 41 tahun tinggal di situ, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

"Sama juga dengan anak saya yang membuka restoran ini bulan puasa tahun lalu. Kami sekeluarga tidak pernah bergaduh dengan sesiapa pun selama ini. Jadi saya tidak tahu kenapa ada orang mahu khianat restoran kami,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia sekeluarga membuat solat hajat supaya kejadian sama tidak berulang.

“Saya tidak hanya memikirkan keselamatan kami, tetapi juga jiran tetangga. Mereka yang buat itu tidak fikirkah berapa ramai nyawa akan terkorban jika kebakaran ini berlaku?” katanya.

Jiran terkilan

Sementara itu, jiran yang duduk bersebelahan restoran Bidah, Norasiah Mohd Idris, 39, tidak dapat menahan sebak apabila memikirkan nasib yang akan menimpa mereka sekeluarga jika kebakaran itu berlaku.

Menurutnya, kemungkinan dia dan empat ahli keluarganya tidak dapat menyelamatkan diri.

“Bilik kami anak beranak tidur berada di depan. Bila saya fikir kejadian ini, saya jadi sebak teringatkan anak sulung yang berada di Kuala Lumpur mungkin akan jadi yatim piatu,” katanya.

Seorang lagi jiran, Sufiah Mamat, 53, berkata, dia tidak dapat membayangkan jika kebakaran itu berlaku kerana perlu menyelamatkan ayahnya yang lumpuh.

“Ayah saya lumpuh memerlukan dua orang untuk mengangkatnya. Kalau kebakaran itu berlaku, takkan saya tinggal ayah saya macam itu sahaja?

“Orang yang melakukan perbuatan khianat ini tidak memikirkan nyawa orang lain. Dia hendak bunuh kami agaknya. Sederet ini sahaja sudah ada enam keluarga bersama 30 penghuni. Ini melibatkan nyawa orang ramai,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, selain bau minyak diesel yang masih kuat, kesan terbakar juga menyebabkan cermin pintu restoran Bidah retak. Selain itu, kertas yang digunakan untuk mencucuh api juga masih bersisa.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan polis kini sedang melakukan siasatan.





sumber:http://www.sinarharian.com.my/allah-selamatkan-kami-1.160047
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

'ALLAH selamatkan kami'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: