First topic message reminder :
Alkisah... .. Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2
di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita
buruk ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi
terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya
Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku
ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku
Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun
berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.
Amin!"