oky_da_alung CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 38 location : Sandakan - Ranau - KK - Kuala Penyu Tag ID: : SFC 04806 Points : 12720 Reputation : 6 Number of posts : 1251
| Subject: Kesihatan Mental 21/6/2009, 9:34 pm | |
| bh..sebelum aku berhujah panjang lebar..aku nak tnya pada semua ni.. Pa yang anda tahu mengenai kesihatan mental???? |
|
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14159 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Kesihatan Mental 23/6/2009, 6:39 pm | |
| dtg sudah pakar Mental ni..bah..apa maksud Kesihatan Mental ni ki? |
|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12520 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: Kesihatan Mental 25/6/2009, 3:29 pm | |
| - oky_da_alung wrote:
- bh..sebelum aku berhujah panjang lebar..aku nak tnya pada semua ni..
Pa yang anda tahu mengenai kesihatan mental???? sila masuk kn info dlm section ni bro...klu utk bersoal jwb ada section yg dsediakn... ni utk perkongsian maklumat.. TQ |
|
oky_da_alung CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 38 location : Sandakan - Ranau - KK - Kuala Penyu Tag ID: : SFC 04806 Points : 12720 Reputation : 6 Number of posts : 1251
| Subject: Re: Kesihatan Mental 30/6/2009, 10:29 pm | |
| KESIHATAN MENTALKesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positifTerhadap diri sendiri
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
Berupaya mengawal perasaan.
Sanggup menerima kegagalan.
Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
Menerima kenyataan diri secara realistik.
Mengendali masa dengan baik (time management)
Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
Menjaga kesihatan fizikal.
Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
Perasaan rendah diri.
Tekanan dalam hidup.
Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
Peningkatan risiko penyakit mental.
|
|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12520 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: Kesihatan Mental 1/7/2009, 5:23 pm | |
| Gd info for us....TQ bro |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Kesihatan Mental | |
| |
|