Rahsia Menambat Hati Lelaki
Bagaimana
anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia
memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh
belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa
sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin
tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "
Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah
lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih
atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak
anda sukai dan tidak menyukai anda.
Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba
memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba
mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.
Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan
kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan
menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya
anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda
tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan
mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan
mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup
berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang
lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di
atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup
memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki.
Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang
sanggup anda beri.
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya
anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu
mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang
sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara
yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan
lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula
untuk dia mengubah pendiriannya.
Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal
lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan,
sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu
perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah
sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan
kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai
wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri.
Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-
rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki
hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana
kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang
bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa
tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan
sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya
berubah.
Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya
tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun
dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada
isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan
merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri
lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa
kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia
akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada
dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii)
kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan,
makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa
dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki
apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjuk minat tulen terhadap lelaki
Dia
akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai
kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih
berminatlah dia pada anda.
Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda
tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang
dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila
anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana
anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada
lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut,
merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Hormati dia sebagai lelaki
Dia
akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami
sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara
yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi
suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan
diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata
lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah
sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk
menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan.
Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk
mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya
dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.
Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki
tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki
tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki
dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan
wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada
lelaki.
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita.
Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami
kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali
wanita sebagai seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat
memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya
dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka
dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu
tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak
percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih
banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati
sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara
hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka
memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat
melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki
agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak
sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap
dirinya sendiri.
8.Cemburu.
Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri,
kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap
penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk
memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya
bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang
seksi ditempat umum.
Perkara-perkara
yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk
merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini,
lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat
sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan
diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan
yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki
Ada
ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu
menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki
hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka.
Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki
untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki
mendekati seseorang wanita.
1.Personaliti seorang wanita itu
penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh
terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk
mendekati wanita tersebut.
2.Lelaki
terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan
wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang
menghairahkan.
3.Penampilan,
gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat
seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah
yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
4.Ada
juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan
wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka
lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
5.Memang
tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang
mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya
sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.
Walau
bagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang
wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri
seseorang wanita.
DAPATKAN PRODUK-PRODUK HEBAT LELAKI/WANITA
http://www.lelakiidaman.com