Maka
tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18,namanya sebegitu
kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak
jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama
sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal
dunia.Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni
mewarisi sifat gila dari bapanya..
Peristiwa tragis ini
berlaku pada hari jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2
jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat.
sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila.
oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat.
nnti kita lebih gila dari org yg gila.
Setelah selesai
solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar
buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni
sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke
dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi... dia pun buat
pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku
akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler... orang giler ni
klau nak mengamuk punyalah dahsyat. Klau tak guna parang, mesti tak
thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg
pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak
tu berkata...
"alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu.
Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali
pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi
memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak
Imam pun bertanya...
"Errrr... boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler... "jawab Ali dengan selamba rocknyerr..