bile budak sains bercintan.........
> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
> isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
> Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
> menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
> aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
> Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
> kesetiaan yg kuberikan.
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
> Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
> masih lagi belum sahih.
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
> cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
> Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random'
> yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
> Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
> perolakan.
> Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
> rintangan?
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.
> Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan
> menggunakan mikroskop cahaya.
> Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
> balas dengannya.
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
> hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
> Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
> Masihkah kau tidak percaye?
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
> Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
> kita harus mengalami pecutan yg seragam.
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
> Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum
> mendarabkannya dengan 6x10'23.
> Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
> tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
> Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
> tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........