|
| Rahsia kekal cantik, sihat | |
| Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12537 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Rahsia kekal cantik, sihat 7/7/2008, 10:38 am | |
| Rahsia kekal cantik, sihatDisenaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Periksa senarai ini! KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan jika tidak miliki kesihatan. Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, Kosmo! senaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan yang optimum bagi anda. Periksa senarai ini! 1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar. Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari. alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad 2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan. AMALKAN satu cawan susu masam setiap hari.
Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser. Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif. Amalkan satu cawan yogurt sehari. alternatif: Kefir, susu masam soya 3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar. TOMATO membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari. Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato. alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid. Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari. alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia. Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular. Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering. alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak. KACANG hitam boleh merangsang otak.
Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu. alternatif: Kacang pis, dal, pinto 7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya. WALNUT kaya dengan Omega-3.
alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel.8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot. alternatif: Flaxseed dan beras liar |
| | | Yen MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : sabah Tag ID: : 02452 Points : 12247 Reputation : 0 Number of posts : 836
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 7/7/2008, 12:19 pm | |
| wah..great info....blh di praktikan ni..ekekekeke... |
| | | >Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11962 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 31/3/2009, 11:08 am | |
| emm... blh try ni... hehehe
lagi bagus drpd |
| | | yiez patzi SENIOR
Countries/State : Age : 40 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 04738 Points : 12478 Reputation : 3 Number of posts : 886
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 15/4/2009, 12:00 pm | |
| |
| | | miazara FRESHIE
Countries/State : Age : 43 location : penang Points : 11406 Reputation : 1 Number of posts : 4
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 18/4/2009, 1:29 pm | |
| |
| | | Girl JUNIOR
Age : 43 location : Kota Kinabalu Points : 11690 Reputation : 0 Number of posts : 150
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 3/5/2009, 3:10 pm | |
| eemm...tidak sia2 girl amalkan setiap hr rupanya semua info ada kaitan dgn kcntikan n kshatan...good... |
| | | Liah CONTRIBUTOR
Age : 46 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 04179 Points : 12902 Reputation : 15 Number of posts : 1258
| | | | lisa da greto MODERATOR
Countries/State : Age : 37 location : kota kinabalu Tag ID: : sfc 03860 Points : 12048 Reputation : 2 Number of posts : 443
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 16/5/2009, 8:10 pm | |
| hehheehe...patut la sis..sy ne gumuk... mknan d ats..kurang si amal kn ne..tidak minat ne ba.. tp kan.. kalu tuk kesihatan insyaallah.. hehehehe.. bagus juga..tips kna bagi ne.. info tuk kita smua.. |
| | | cHimEra JUNIOR
Countries/State : Age : 34 location : swItZerLANd oF Da eAst Tag ID: : SFC 5942 Points : 11528 Reputation : 4 Number of posts : 164
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 17/5/2009, 2:49 pm | |
| urm...sedap ka tu bayam tu arr...uhuhu.... |
| | | zed SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : labuan,tenom,kk Tag ID: : SFC 03170 Points : 12511 Reputation : 3 Number of posts : 735
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 22/5/2009, 3:42 am | |
| makan kesihatan ni kebanyaknya nda sedap hehehehe...tapi terpaksa juga la |
| | | saa3479j JUNIOR
Countries/State : Age : 39 location : Pitas Website : mempakadlaut.pjk.com.my Points : 11758 Reputation : 0 Number of posts : 115
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 23/5/2009, 8:33 am | |
| oooit....... zit..... amalkan cara makan sihat kurang kan berat badan hehehehehehe jan mara kie.... |
| | | haNnieyJuNe SENIOR
Countries/State : Age : 36 location : Kelantan - Damansara - Kepong Tag ID: : SFC 05573 Points : 12013 Reputation : 1 Number of posts : 591
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 29/5/2009, 3:31 am | |
| Sis , aku ne ada mslh. aku ne tidak mkn sayur. Dipaksa mcm mane pun tidak boleh telan. Ada cara lain ka? |
| | | iss4f3k JUNIOR
Countries/State : Age : 37 location : kudat Tag ID: : iss4f3k Points : 11568 Reputation : 4 Number of posts : 178
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 17/6/2009, 3:57 pm | |
| Good info!!!!!
Harapan.....perbanyakan lagi info2 kesihatan seperti ini untuk rujukan golongan yang baru mengenal dan baru belajar!!!!! |
| | | DARKNESS88 OBSERVER
Countries/State : location : WOODLAND Points : 12725 Reputation : 0 Number of posts : 1220
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 18/6/2009, 11:57 am | |
| - rynjeff wrote:
- Rahsia kekal cantik, sihat
Disenaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Periksa sena
KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan jika tidak miliki kesihatan. Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, Kosmo! senaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan yang optimum bagi anda. Periksa senarai ini!
1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar.
Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari. alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad 2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.
AMALKAN satu cawan susu masam setiap hari.
Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser. Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif. Amalkan satu cawan yogurt sehari. alternatif: Kefir, susu masam soya 3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar.
TOMATO membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari.
Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari. Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato. alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik. 4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid.
Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari. alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning 5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia.
Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular. Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering. alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi 6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak.
KACANG hitam boleh merangsang otak.
Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu. alternatif: Kacang pis, dal, pinto 7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya.
WALNUT kaya dengan Omega-3.
alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel. 8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.
alternatif: Flaxseed dan beras liar dlm dunia ni......... mana ada yg kekal............ cik adik oiiiiiiiiiiii......... |
| | | nissya SENIOR
Countries/State : Age : 40 location : membakut-bfort-sipitang-sindumin Tag ID: : SFC 04201 Points : 12409 Reputation : 3 Number of posts : 726
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat 26/10/2009, 2:21 pm | |
| bgus la info ni....thanks sis,,,blh laa amalkan ni tuk hidup lebih sihat & sentiasa kekal cantik.....heheheh |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Rahsia kekal cantik, sihat | |
| |
| | | | Rahsia kekal cantik, sihat | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|