SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12796
Reputation : 0
Number of posts : 649

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM) Empty
PostSubject: RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM)   RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM) Icon_minitime12/10/2009, 8:44 pm

Bismillahirrah manirrahim

Formula pemakanan genius-genius Islam
silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini
terpendam di dalam kitab- kitab tradisional dalam bahasa Arab.
Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun
akhir-akhir ini ada usaha- usaha untuk mengetengahkan kembali kepada
umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan
bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah
formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya
meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu
adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk
kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,
mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan
kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian
yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan
belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah
s. a. w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa
menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi
zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan
oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan
mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA
MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi
(3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan
gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan
sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu
berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga
mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat
untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang
berkesan. Rasullullah s. a. w menerangkan susu boleh menguatkan
belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari
penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu
kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat
dari susu debu.

CARA
MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s. a. w

4) TELUR
Bermanfaat
untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan
yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin,
zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s. a. w,
"Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah
kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya
sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s. a. w.
Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk
penerang hati. Sabda Nabi s. a. w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya
banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung
merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh
dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding
dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r. a
meriawayatkan bahawa Nabi s. a. w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa
jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai- kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah
menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s. a. w., "Makanlah
labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
Back to top Go down
 

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: