SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
zerone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
zerone

Male
Age : 55
location : Keningau / Kota Kinabalu
Points : 12251
Reputation : 0
Number of posts : 1078

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 7:03 am

cayalah ..... correct , correct , correct ............. Laughing Hidup BN.... Very Happy
Back to top Go down
ikankalui
PARTNER
PARTNER
ikankalui

Male
Countries/State : Sabah
Age : 47
location : Putatan-Kota Kinabalu
Website : www.dcl2u.webs.com
Points : 12565
Reputation : 0
Number of posts : 1209

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 8:55 am

Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm

Minyak naik lagi, biarkan, biarkan
Rozmal Malakan
Minyak naik lagi 30 sen hari ni
Biarkan, biarkan

Tambang bas dah naik,
Biarkan, biarkan

Tarif elektrik nak naik
Biarkan, biarkan

Rumah kita banjir
Biarkan, biarkan

Anak-anak ramai tak sekolah
Biarkan, biarkan

Cukai tanah banyak negeri dah naik
Biarkan, biarkan

Apa nak kecoh kecoh
Zaman Jepun dulu lagi susah
Makan ubi kayu, minum air perigi
Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina

Biarkan, biarkan
Boleh naik lagi... ?
Back to top Go down
http://www.dcl2u.webs.com
tony84
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
tony84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : org twu/stay d kgu/jln2 d kk
Tag ID: : SFC 02317
Points : 12694
Reputation : 9
Number of posts : 1300

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 9:18 am

Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12391
Reputation : 0
Number of posts : 2370

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 9:34 am

tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

Laughing Laughing Laughing
aiya Tony, darimana jg ko dpt joke nie.... What a Face
banyak betul ooo.....
p/s***mau struktur mcmana pun klu minyak suda naik, tatapla smua barang pun naik..... gun
Back to top Go down
boy_charger88
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age : 36
location : w.p.labuan
Points : 11727
Reputation : 0
Number of posts : 1385

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 11:27 am

hahahaha...boleh tahanlah joke ctony nie...hehehe respek What a Face Very Happy
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 2:19 pm

wa..thanks for replying the post wif nice and wonderful jokes..mantap la..at least baca2 berita ada jua tenang sikit tgk jokes kamu..ba tmrw jgn lupa check berita hari ini...CG will post berita muka dpan jer..
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12579
Reputation : 10
Number of posts : 2945

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 3:28 pm

ikankalui wrote:
Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm

Minyak naik lagi, biarkan, biarkan
Rozmal Malakan
Minyak naik lagi 30 sen hari ni
Biarkan, biarkan

Tambang bas dah naik,
Biarkan, biarkan

Tarif elektrik nak naik
Biarkan, biarkan

Rumah kita banjir
Biarkan, biarkan

Anak-anak ramai tak sekolah
Biarkan, biarkan

Cukai tanah banyak negeri dah naik
Biarkan, biarkan

Apa nak kecoh kecoh
Zaman Jepun dulu lagi susah
Makan ubi kayu, minum air perigi
Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina

Biarkan, biarkan
Boleh naik lagi... ?

Alar taiko, minyak di negara jiran kita Brunei masih murah... itu negara pengeluar minyak mcm kita juga tuh What a Face
Back to top Go down
guy
REGULAR
REGULAR
guy

Male
Age : 38
location : kk
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 422

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 3:32 pm

ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 3:46 pm

guy wrote:
ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....

hahaha...bgs buat post bahagian DIGI LATEST PROMOTION kan..haha
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 37
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12411
Reputation : 0
Number of posts : 1755

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 3:50 pm

bha....ramai kita bawa luri tangki minyak pi brunei...pas tu stok byk2 di rumah baru syok ndada mo risau sdh Laughing

blugu wrote:
ikankalui wrote:
Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm

Minyak naik lagi, biarkan, biarkan
Rozmal Malakan
Minyak naik lagi 30 sen hari ni
Biarkan, biarkan

Tambang bas dah naik,
Biarkan, biarkan

Tarif elektrik nak naik
Biarkan, biarkan

Rumah kita banjir
Biarkan, biarkan

Anak-anak ramai tak sekolah
Biarkan, biarkan

Cukai tanah banyak negeri dah naik
Biarkan, biarkan

Apa nak kecoh kecoh
Zaman Jepun dulu lagi susah
Makan ubi kayu, minum air perigi
Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina

Biarkan, biarkan
Boleh naik lagi... ?

Alar taiko, minyak di negara jiran kita Brunei masih murah... itu negara pengeluar minyak mcm kita juga tuh What a Face
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 37
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12411
Reputation : 0
Number of posts : 1755

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 3:51 pm

tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

Laughing Laughing Laughing


ini lagi la...itu papi pun sula naik oh Laughing Laughing

sumua naik apa yg turun??? dont know
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
guy
REGULAR
REGULAR
guy

Male
Age : 38
location : kk
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 422

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 4:15 pm

hehehehe... ya lor... klu ada free gift bgtau ja confirm ramai yg p ambil... hehehehe
ChristyGwen wrote:
guy wrote:
ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....

hahaha...bgs buat post bahagian DIGI LATEST PROMOTION kan..haha
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 4:22 pm

Bankrup la bgni..hahaha
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 39
location : kk bah....
Points : 12084
Reputation : 0
Number of posts : 967

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 5:27 pm

tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

Laughing Laughing Laughing


hahahaha lawak TRojennn ko nieh wuahahahaha...apada...aiyoyo
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14352
Reputation : 10
Number of posts : 6723

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime7/6/2008, 6:12 pm

kalau beli minyak di negara brunei (untuk kereta berdaftar di malaysia) limit satu kereta petrol $10jak sehari,diesel $6..tuk satu stesen lah....ada stesen2 terpilih jak leh jual minyak tuk kereta malaysia...bkn smua stesen leh jual minyak tuk kreta malaysia...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime8/6/2008, 12:43 am

Kerajaan prihatin bantu rakyat harungi tempoh sukar: Abdullah



PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, empat langkah itu membabitkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.

Dalam pertemuan dengan editor kanan di sini semalam, Abdullah berkata, kerajaan amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.

Beliau berkata, menaikkan harga minyak dan tarif elektrik bukanlah suatu tindakan yang digemari kerajaan tetapi ia terpaksa dilakukan sekarang bagi faedah jangka panjang negara dan generasi akan datang.

Abdullah berkata, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk memperincikan perkara itu akan bertugas sepanjang hujung minggu ini untuk membolehkan langkah berkenaan diumumkan awal minggu depan.

Sambil menghuraikan langkah itu, beliau berkata, tindakan penjimatan kerajaan itu termasuk mengurangkan kunjungan ke luar negara dan jumlah pegawai yang terbabit.

Beliau berkata, wang daripada langkah penjimatan di jabatan dan agensi kerajaan akan digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatkan rakyat.

Mengenai langkah memperluas jaminan jaringan sosial, beliau berkata, ini bermakna memperbesar ambangnya untuk meliputi lebih ramai rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan kumpulan kurang bernasib baik.

Perdana Menteri memberi contoh, jika kini sejumlah kanak-kanak sekolah sudah mendapat pakaian sekolah dan makanan percuma, tetapi pembesaran itu akan bermakna lebih ramai lagi yang boleh mendapat keistimewaan yang sama.

Abdullah berkata, kerajaan sedar akan kemungkinan harga makanan turut meningkat berikutan kenaikan harga bahan api dan elektrik, maka bilangan barang perlu dalam senarai harga kawalan akan diperbesar untuk mengekalkan harga rendah.

Langkah itu akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga makanan yang mahal, katanya.

Perdana Menteri berkata, terdapat bidang lain yang sedang dikaji kerajaan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Inflasi Negara yang dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta. Ia akan mengadakan mesyuarat pertamanya Isnin ini.

Abdullah berkata, langkah baru itu bertujuan mengurangkan impak negatif terhadap golongan berpendapatan rendah kerana kerajaan sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.

Beliau yakin kerajaan akan berupaya membantu rakyat mengharungi tempoh sukar ini seperti yang berjaya dilakukan ketika kemelesetan ekonomi pada pertengahan 1980an dan krisis kewangan pada 1997.

Katanya, jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi minyak, bermakna kerajaan akan terpaksa membelanjakan kira-kira RM28 bilion tahun ini.

Ini adalah langkah kurang bijak jika seseorang itu mengambil kira pendapatan tahunannya kira-kira RM154 bilion, katanya.

Abdullah berkata, kerajaan berjaya dalam mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.2 peratus daripada 5.5 peratus pada 2000 tetapi jika ia terus memberi subsidi minyak, maka belanjawan defisit akan meningkat antara 6.0 dan 10 peratus.

Dengan mempunyai bajet defisit yang begitu tinggi akan memberikan impak negatif terhadap penarafan kedaulatan Malaysia walaupun kerajaan tidak sering ke pasaran wang untuk meminjam, katanya.

Bagaimanapun, penurunan rating oleh agensi penarafan akan memberi impak tidak langsung terhadap pinjaman yang dilakukan syarikat Malaysia dan ini bermakna mereka perlu membayar lebih.

Menyentuh saranan sesetengah pihak supaya kerajaan menggunakan dananya untuk memantapkan ekonomi kini, Abdullah berkata, ia bukan suatu tindakan yang wajar dilakukan sekarang.

Katanya, jika berlaku krisis besar ekonomi global atau kemelesetan dan Malaysia telah menggunakan sebahagian besar dananya hanya untuk memberi subsidi minyak, maka akan dilihat negara telah kehabisan modal atau usaha.

Abdullah berkata, dana hanya patut digunakan untuk tujuan memantapkan bagi merangsangkan ekonomi jika berlaku kemelesetan global.

Beliau berkata, sebelum ini ketika kerajaan memberikan subsidi yang besar harga minyak, ramai yang bukan dalam golongan sasarannya seperti rakyat asing, mengambil kesempatan menipu dan penyeludup meraih keuntungan yang lebih daripada skim subsidi itu. - BERNAMA
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
zerone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
zerone

Male
Age : 55
location : Keningau / Kota Kinabalu
Points : 12251
Reputation : 0
Number of posts : 1078

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime8/6/2008, 4:09 pm



Kota Kinabalu: The
latest fuel price increase is unacceptable and an insult to the people
of Sabah who gave almost 100 per cent support to the Barisan Nasional
(BN) in the last general election to stay in power, said Sabah
Progressive Party (SAPP) stalwart, Datuk Tham Nyip Shen.
"The people of Sabah would not
have imagined that this is what they would be getting for supporting
the BN in the last election," he said in a statement, Friday.

Back to top Go down
Ridzal
REGULAR
REGULAR
Ridzal

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : Putatan, Sabah
Points : 12067
Reputation : 0
Number of posts : 345

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime8/6/2008, 8:57 pm

Subject: Real Oil Price for Oil Producing Countries


Date: Thu, 5 Jun 2008 13:35:09 +0800


Our "piggy brain" govt always compared our petrol to non oil-producing

countries like Singapore and Thailand but got no balls to do the comparison

with other oil producing countries like below. Check for yourself: (price after converted to RM)


UAE - RM1.19/litre

Eygpt - RM1.03/litre

Bahrain - RM0.87/litre

Qatar - RM0.68/litre

Kuwait - RM0.67/litre

Saudi Arabia - RM0.38/litre

Iran - RM0.35/litre

Brunei - RM1.10/litre

Nigeria - RM0.32/litre

Turkmenistan - RM0.25/litre

Venezuela - RM0.16/litre


MALAYSIA - RM2.70/litre ( wow...matailah mcm ni.................)




Back to top Go down
http://inketiau.blogspot.com/
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 10:18 am

RM800j lagi untuk subsidi
Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9 dikurang

KOTA KINABALU: Kerajaan mengurangkan RM800 juta peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bagi menampung beban membiayai pelbagai subsidi yang diberikan untuk rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengurangan peruntukan itu dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kerajaan memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.


Bagaimanapun, beliau berkata, pengurangan peruntukan itu tidak akan menjejaskan operasi dan rancangan jangka panjang semua agensi kementerian terbabit kerana pemotongan berkenaan masih kecil berbanding RM18.2 bilion keseluruhan peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9.

Katanya, sebahagian besar peruntukan yang dipotong itu membabitkan pembiayaan bagi pelbagai projek pembangunan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikenal pasti dalam kajian separuh penggal RMK-9 sebagai tidak wajar diteruskan.

"Kita di ambang kajian separuh penggal RMK-9 bagi setiap rancangan jangka panjang kerajaan. (Kajian) kali ini tidak meningkatkan peruntukan tetapi mengurangkannya kerana kerajaan memerlukan dana yang besar bagi tujuan memberi subsidi, termasuk makanan.

"Ada antara projek yang dicadangkan sudah meningkat kosnya dan mungkin tidak boleh dilaksanakan, manakala yang lain pula didapati tidak diperlukan serta bertindih," katanya selepas majlis pecah tanah Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Zulkefli A Hassan dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin. Projek bernilai RM259 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2011.

Mohamed Khaled berkata, dalam kajian separuh penggal itu, EPU mendapati ada sesetengah projek di bawah kementerian yang tidak dapat diteruskan antara lain kerana tidak berdaya maju, kosnya meningkat malah mungkin tidak diperlukan.

Kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang melanda dunia menyebabkan pelbagai komoditi utama, termasuk beras berkurangan sehingga memaksa kerajaan mengambil langkah segera bagi memastikan bekalan makanan itu mencukupi.

Bulan lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan pemberian peruntukan tambahan RM803 juta bagi meningkatkan pengeluaran padi dalam jangka masa pendek, termasuk menyediakan bantuan bekalan racun serangga serta baja.

Kerajaan turut bersetuju menambah import beras dari Thailand bagi meningkatkan stok penimbal bahan itu, manakala negara jiran berkenaan pula bersedia memenuhi permintaan Malaysia membeli 500,000 tan beras dengan penghantaran segera antara 100,000 dan 250,000 tan.

Sementara itu, kenaikan harga minyak mentah di pasaran global menyebabkan kerajaan terpaksa mengumumkan langkah drastik menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 78 sen serta RM1 kepada masing-masing RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa Khamis lalu.

Bagaimanapun, langkah itu masih belum cukup untuk menampung subsidi bahan api yang diberi kerana pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan pembayaran rebat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah serta nelayan.

Mohamed Khaled berkata, walaupun peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi dikurangkan, pihaknya akan tetap memberi perhatian serius kepada program pembangunan modal insan di negara ini khususnya dalam bidang strategik.

Sebagai contoh, katanya, pihaknya akan meneruskan cadangan pembinaan hospital yang menyediakan peluang luas untuk pelajar Kursus Perubatan mempraktikkan ilmu berkenaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Katanya, langkah itu perlu kerana daripada sembilan IPTA yang menawarkan kursus perubatan di negara ini, hanya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai hospital berkenaan.

"Ia penting bagi melahirkan lebih ramai doktor perubatan berbanding hanya 1,300 setahun sekarang. Kementerian mahu nisbah seorang doktor untuk 1,350 penduduk sekarang ditingkatkan kepada seorang doktor bagi 650 penduduk pada masa depan," katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12028
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 10:26 am

Seludup kanak-kanak

NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.

Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.

Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak.


Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global.

Bayi perempuan lebih mahal

PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM224 juta hingga RM320 juta (AS$7 hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.


Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan RM48 bilion (AS$15 bilion) setahun diperoleh daripada pendapatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.

Kedua-dua angka berkenaan jelas menunjukkan perniagaan orang menguntungkan walaupun risiko untuk menjalankan kegiatan itu tidak setinggi penyeludupan senjata api dan dadah.

Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.

Di negara maju, permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak ini meningkat kerana permasalahan reproduktif seperti sukar mendapat anak kerana masalah kesihatan, kahwin lewat dan keengganan mengandung.

Selain itu, langkah mengambil anak angkat adalah usaha kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak atau jaminan kehidupan lebih baik kepada bayi yang lahir di negara dunia ketiga.

Ini termasuk apa yang dilakukan artis Hollywood seperti Madonna dan Angelina Jolie yang mengambil anak angkat dari rumah kebajikan di benua Afrika. Mereka mahu memberikan kehidupan lebih bermakna kepada bayi berkenaan yang datang dari keluarga miskin.

Mengikut laporan akhbar The Telegraph UK, kebanyakan pasangan Nigeria menjual bayi dan kanak-kanak masing-masing kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik diperoleh anak berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan.

Seorang bapa Kola Woniye, 32, mengakui beliau sekeluarga hidup selesa selepas menjual dua bayinya kepada seorang ejen dengan harga RM30,000 (£5,000).

Beliau berkata, tindakannya itu bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak yang dijual itu.

“Ejen yang menjual anak kami memberi jaminan anak kami yang dijual itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di Eropah, maka saya tidak ragu menjualnya” katanya.

Mengikut laporan akhbar itu, seorang bayi dan kanak-kanak dijual pada harga 1 juta naira (£2,500) atau RM15,000 manakala bayi 10 bulan ke bawah pada harga RM12,000 (£2,000). Gadis remaja termasuk yang mengandung pula bersedia menjualkan bayi mereka dengan harga kurang RM6,000 (£1,000).

Sementara itu, kumpulan sindiket penjualan bayi antarabangsa yang beroperasi dari Lagos, Nigeria ketika ditemui mengakui mereka menjual sekurang-kurangnya 5,000 bayi dan kanak-kanak setahun ke seluruh dunia termasuk Britain.

Washington Post Foreign Service pula melaporkan sejak sedekad lalu, ramai rakyat Amerika Syarikat mula menjadikan bayi dan kanak-kanak dari benua China sebagai anak angkat, menyebabkan permintaan terhadap bayi berkenaan meningkat.

Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.

Dilaporkan, pada 2005, Amerika Syarikat mengeluarkan 8,000 visa untuk anak warga China yang dijadikan anak angkat oleh pasangan negara berkenaan dan laporan turut menyebut, lebih 50,000 kanak-kanak meninggalkan China sejak 1992.

Mengikut laporan China pula, lebih 10,000 kanak-kanak dihantar ke negara lain untuk dijadikan anak angkat dalam tempoh yang sama.

Harga yang ditawarkan bagi seorang bayi atau kanak-kanak perempuan mencecah RM9,300 (AS$3,000) manakala bayi lelaki pada harga RM6,200 (AS$2,000).

Permintaan yang tinggi itu kemudian menyebabkan bertambahnya kes penculikan membabitkan bayi perempuan di wilayah pedalaman China. Dipercayai, pusat perlindungan kanak-kanak turut bersubahat dengan penjenayah menculik bayi perempuan bagi dijual untuk dijadikan anak angkat.

Bagaimana penyeludup berjaya memboloskan bayi dan kanak-kanak untuk penyeludupan tanpa disedari penguat kuasa?

Ada dua teori diberikan Unicef, iaitu sindiket yang turut didalangi pegawai kerajaan atau kegiatan rasuah di pintu sempadan dan di pejabat kerajaan selain kebijaksanaan penyeludup yang menggunakan pelbagai taktik hasil kemajuan pengangkutan dan telekomunikasi.

Bagi penyeludupan membabitkan negara dalam satu benua, biasanya bayi dan kanak-kanak ini diseludup melalui jalan laut seperti mana berlaku di benua Afrika, yang mana anak-anak kecil dari Benin, Togo dan Nigeria dihantar ke Gabon dengan kapal atau bot.

Kanak-kanak dari Mali dan Burkina Faso di seludup ke Cost Ivory melalui darat, begitu juga ke Asia Barat dan negara Teluk, anak-anak kecil dibawa melalui padang pasir menyeberangi sempadan.

Di Eropah, kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang diseludup dari Eropah Timur seperti Romania, Albania dan Republik Czech, malah dari benua Afrika juga didalangi mereka yang ada kaitan dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan.

Kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak yang mahu diseludup ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun, mereka dapat bolos merentasi sempadan kerana adanya dokumen palsu atau mereka disahkan oleh pegawai kerajaan seperti imigresen menjadi warga negara atau masuk dengan visa yang diselewengkan.

Menurut laporan Unicef, bayi yang diseludup masuk ke Eropah mempunyai visa sebagai pelajar, pelancong atau diisytihar sebagai pelarian dibawa masuk mengikut laluan yang sama bagi penyeludupan orang dewasa.

Begitu juga di Singapura, yang mana anak dari Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan China dibawa masuk secara sah menggunakan dokumen dan visa yang diseleweng menggunakan khidmat pegawai kerajaan yang dirasuah atau pegawai itu sendiri yang mendalangi kegiatan yang menguntungkan itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 39
location : kk bah....
Points : 12084
Reputation : 0
Number of posts : 967

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 11:53 am

sudala seludup barang...mau seludup bayi dan kanak2 lagik huh.......
Back to top Go down
jaguar
SUPERIOR
SUPERIOR
jaguar

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kk,Run-Now,Brunai
Points : 12191
Reputation : 0
Number of posts : 2129

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 11:54 am

wau banyak cerita hangat terkini....teruskan CG...
Back to top Go down
boy_charger88
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age : 36
location : w.p.labuan
Points : 11727
Reputation : 0
Number of posts : 1385

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 11:57 am

seludup bayi lg.........aduh mcm2lah dunia sekarng
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12111
Reputation : 0
Number of posts : 2142

BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime9/6/2008, 12:03 pm

bla..bla..bla..bla..apa buli buat,kita byk komen dan cakap,inda guna dong....bukan dapat balik apa yg telah dikecapi..tapi merana seumur hidup.siapa lahir..plup....hutang mula hinggap.dari dulu sampai sekarang,hidup utk byr bil2 dan utanggggggg....hahahaha geek
Back to top Go down
Sponsored content




BERITA HARI INI Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 11Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: