Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada
hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah
putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata
"Barangkali" dan "Kalau".
Setiap
kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya
Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah
lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu
pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang
besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging
itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas
itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan
dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu
dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu
hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari
ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan
pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya
Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu
adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah
akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti
membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi
pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang
perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu
malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah
memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d)
Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada
perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f)
Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g)
Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan
meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau
kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya
marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka
bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara
demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula
menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.
Marah
ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.
Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum!
dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik
laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga
tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan
nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal
tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah
laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk
juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis
menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu
akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin