Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Anda kerap diserang
sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di
bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain
yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w,
maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah
dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa
Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ
pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang
penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda
Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam
tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh
lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah)
lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung
ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu
Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda
Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu
semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut
dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia
selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh
itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala
penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan
sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)