| surat cinta sang profesor genius......... | |
|
Author | Message |
---|
chio CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 36 location : sandakan Tag ID: : SFC 04982 Points : 12661 Reputation : 3 Number of posts : 1159
| Subject: surat cinta sang profesor genius......... 21/8/2009, 10:45 pm | |
| Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah saya-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu...
|
|
| |
Princess_Cutie01 REGULAR
Age : 34 location : Sabah Points : 12436 Reputation : 0 Number of posts : 384
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 22/8/2009, 6:06 am | |
| WAKAKAKA// cerita pelik.. |
|
| |
usman ELITE
Countries/State : Age : 42 location : labuan n kb Tag ID: : SFC 05218 Points : 14609 Reputation : 7 Number of posts : 3056
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 28/8/2009, 4:32 pm | |
| bole jadi sasterawan negara ni.... |
|
| |
MyDeCeMb3r_09 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 36 location : B'fort,KK,ipoh Tag ID: : SFC 03454 Points : 12598 Reputation : 0 Number of posts : 1258
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 10/9/2009, 4:05 am | |
| dr mna ko dpt nih wan.hahahaha.. |
|
| |
satria5943 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : keningau Tag ID: : SFC 08183 Points : 11550 Reputation : 1 Number of posts : 422
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 10/9/2009, 5:13 am | |
| plot dan cerita yang mendalam |
|
| |
madee MODERATOR
Countries/State : Age : 45 location : KB - Labuan - Tenom Tag ID: : sFc 04528 Points : 20349 Reputation : 26 Number of posts : 8968
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 10/9/2009, 1:47 pm | |
| teruskan usaha anda... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14145 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 10/9/2009, 3:19 pm | |
| NOSTALGIK,SOFISTIK..ni la hotak org jenius.. |
|
| |
De_Scarlet CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 36 location : B'One.. Tag ID: : SFC06536 Points : 12521 Reputation : 1 Number of posts : 1165
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 13/10/2009, 5:14 am | |
| ini baru la sang penerima surat pn tak tau mgkin isi tsirat dan tsurat ni.. wakakakaka.. |
|
| |
lynkin84 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : kota kinabalu Website : www.lynkin84.blogspot.com Tag ID: : SFC 08958 Points : 12398 Reputation : 9 Number of posts : 1197
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 17/10/2009, 8:06 pm | |
| khirmizi??? wakakakakakaka...bahasa yg jarang d guna oOooo.. |
|
| |
chio CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 36 location : sandakan Tag ID: : SFC 04982 Points : 12661 Reputation : 3 Number of posts : 1159
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 17/10/2009, 8:08 pm | |
| ayat cinta d zaman teknologi bha ni... hahaha.. hanya professor dan professor jak faham ni.. hehehehe |
|
| |
lynkin84 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : kota kinabalu Website : www.lynkin84.blogspot.com Tag ID: : SFC 08958 Points : 12398 Reputation : 9 Number of posts : 1197
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 17/10/2009, 8:13 pm | |
| tekanan aku baca oo...wakakakakaka |
|
| |
gurl_usman CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 44 location : labuan Tag ID: : Tag ID : SFC 08199
Points : 12344 Reputation : 1 Number of posts : 1202
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 18/10/2009, 6:15 pm | |
| zaman makin canggih... surat cinta pun canggih.. |
|
| |
aint_87 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 67 location : SABAH TANAH AIRKU.. Tag ID: : SFC 04769 Points : 12496 Reputation : 9 Number of posts : 1199
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... 3/11/2009, 9:22 pm | |
| hahaha.. bikin tekanan juak baca tp besh la juak.. sot juak kan klu tlampau genius ni.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: surat cinta sang profesor genius......... | |
| |
|
| |
| surat cinta sang profesor genius......... | |
|