SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
bakar bendera betul ka palsu? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
bakar bendera betul ka palsu? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 bakar bendera betul ka palsu?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12602
Reputation : 0
Number of posts : 1159

bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime17/9/2007, 9:09 am

Sekeping Gambar Palsu!

Dilulus Oleh:Bukitbesi Online | Sunday | 16 September 07 | 07:52:06 MYT



bakar bendera betul ka palsu? 2001904598213183261_rsOleh Greenboc

Baru-baru
ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu
tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding
jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis
Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah
benar-benar berlaku.





Related Links-for support




Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen
dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar
bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO
negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan
secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

bakar bendera betul ka palsu? 2001173963950476505_rs

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana
mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat
sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu
? Penelitian
halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan
mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara
"super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta
mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.
Cuba kita amati gambar itu.bakar bendera betul ka palsu? 2002579623730801827_rs1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera.
Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap
perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di
belakangnya. Ini bererti perlakuan
pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga
tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama
hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa.
Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian.
Saya lebih berat dengan alasan yang kedua.
Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna
jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang
berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya
adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik
malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku
yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)bakar bendera betul ka palsu? 2002992494557562251_rs

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas) Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat: A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.C. Kedudukan
bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak
memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.
bakar bendera betul ka palsu? 2002977479555804519_rs

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.(rujuk foto di atas) Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.Kita
tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti
pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan
muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri
orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan
lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai
asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa
memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan
PDRM bertindak sedemikian?Tranungkite


Last edited by on 17/9/2007, 5:26 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12602
Reputation : 0
Number of posts : 1159

bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: Re: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime17/9/2007, 9:09 am

siapa2 pro dalam bidang nie bleh tolong jelaskan..
Back to top Go down
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12843
Reputation : 0
Number of posts : 411

bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: Re: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime18/9/2007, 12:12 pm

xpaham la org² sekarang... macam² hal... Very Happy
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15116
Reputation : 101
Number of posts : 7895

bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: Re: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime18/9/2007, 10:37 pm

aku baca penerangan org ni tentang gambar tu macam nak tegak kan benang yang basah... aku cuba bidas hujah hujah beliau , ok?

pertama:

"Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam"

komen aku
ok sekarang cuba perhatikan warna tersebut... amat sukar bagi seorang designer mencampur tone warna merah yang mempunya code yang berbeza. . maskud aku, warna merah mempunyai beratus contrast. tapi kita dapat lihat tukang edit gambar tu dapat mengekal warna bahagian terbakar dan tidak terbakar.


kedua:

Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

komen aku
langsung tidak kelihatan tempekan ataupun gabungan elemen 2 gambar yg berbeza.kita lihat cahaya lampu , betul² mengenai helmet pemuda tersebut.. manakal biasan cahaya lampu tersebut terbias sempurna dengan dua orang muda berpelikat dibelakang... perspektif arah dan sudut berada pada paras yg normal. ..



ketiga:

Kedudukan
bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak
memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

komen aku
kesilapan paling ketara dalam hujah beliau. kita lihat cahaya lampu jalan tersebut, berada betul² pada sudut kiri tepi jalan. dan bukannya cahaya berasa di sebelah hadapan pemuda tersebut. jika cahaya berada di sebelah hadapan , maka bayang bayang akan kelehatan cuma sedikit. lihat helmet pemuda tersebut sekali lagi... arah cahaya dari sudut tersebut... dan bukannya depan pak camera man!!!


keempat

asap apinya juga tampak jelas semuanya
adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik

komen aku
kenapa asap api menjadi persoalan hujah beliau terhadap pemuda berhelmet tersebut... akan tetapi asap pada pandangan paling belakang itu , lebih menunjukkan asap rekaan berbanding asap di depan pemuda berhelmet.. perhatikan gambar tersebut pada sudut belakang sekali... gambar asap belakang lagi kelihatan pegun !! kenapa asap tersebut tidak dipersoalkan??


jadi disini... aku cuma nak gambarkan penkritikan tersebut cuma nak tegak kan benang yang basah... aku dah tgk dengan resolation gambar yang tinggi hingga mencecah 4200 x 3800 . tapi tak nampak gambar tersebut ditepek gambar bertindih...kedudukan perspektif gambar tersebut jelas menunjukkan sudut yang betul... cahaya lampu menimbulkan imej bayang² berasa pada sudut yg sempurna...

Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15116
Reputation : 101
Number of posts : 7895

bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: Re: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime18/9/2007, 10:45 pm

nak tambah lagi... org yang tak pedulikan pemuda tersebut bakar bendera pasal apa?cuba tgk sendiri gambar tu.. berapa buah bendera dah dia bakar... sebuah bendera memakan berapa minit untuk terbakar? kalau dah bakar 2 3 buah bendera , dah berapa minit? so aku nak tanya korang.. kalu nak shoot gambar ambik berapa saat? hehehe.. sekurang kurangnya... paling lama 3 saat untuk snap satu gambar!!
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




bakar bendera betul ka palsu? Empty
PostSubject: Re: bakar bendera betul ka palsu?   bakar bendera betul ka palsu? Icon_minitime

Back to top Go down
 

bakar bendera betul ka palsu?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: