3 Nov – Dunia hiburan dikejutkan dengan dakwaan seorang wanita berusia 20 tahun yang mengatakan Justin Bieber adalah ayah kepada seorang bayi lelaki yang kini berusia 3 bulan.
Dipetik daripada laporan Daily Mail, Mariah Yeater telah memfailkan tuntutan mahkamah paterniti terhadap penyanyi "Baby" di California mendakwa anaknya, Tristyn Anthony Markhouse Yeater yang dilahirkan pada 6 Julai lalu adalah anak kepada Bieber hasil daripada hubungan intim yang dikatakan bertahan selama 30 saat selepas konsertnya di Staples Center pada 25 Oktober 2010.
Menerusi saman yang difailkan pada 31 Oktober lepas, Yeater meminta Bieber, 17, menghantar ujian paterniti dan juga memberi wang nafkah untuk membesarkan anaknya itu.
Yeater juga turut memberitahu hakim, "Selepas saya menyedari saya sedang mengandungkan anak Justin Bieber, saya cuba menghubunginya semula menerusi wakilnya tetapi tiada siapa yang mengendahkan saya."
Dia turut memberitahu, "Pada 6 Julai 2011, saya telah melahirkan seorang bayi lelaki. Tempoh tersebut tepat 36 minggu dan dua hari selepas hubungan intim saya bersama Justin Bieber."
Walaubagaimanapun teman lelaki kepada bintang Disney, Selena Gomez ini yang sedang sibuk mempromosikan album Krismasnya berjudul "Under The Mistletoe" memberitahu peminatnya melalui akaun Twitter miliknya bahawa dia membuat keputusan untuk tidak mempedulikan khabar angin tersebut.
"Saya tidak akan mengendahkan khabar angin itu dan fokus kepada peluang melakukan apa yang saya sukai. Hakimi saya menerusi muzik saya. Saya sayangkan anda semua!" kata Bieber.
Saman itu dijadualkan untuk diperdengarkan pada 15 Disember 2011.
sumber: my.news.yahoo.com