| Info pendingin hawa kereta anda | |
|
|
Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15096 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Info pendingin hawa kereta anda 19/9/2007, 9:55 pm | |
| SISTEM PENDINGIN HAWA (AIR-COND)
Sistem pendingin hawa kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan air-cond.
1. Angin panas atau air-cond tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masuh tidak sejuk, biar air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi air-cond masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service air-cond sekaligus.
2. Air-cond tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon di service. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan air-cond kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-cond lebih lama 'on'.
3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.
4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.
5. Angin air-cond berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kerta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di service hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.
6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.
7. Corong keluar angin air-cond berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin air-cond akan panas.
p/s:Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan air-cond diservice setiap tahun dan untuk perjalanan jauh , jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14133 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/9/2007, 10:20 am | |
| |
|
| |
madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12859 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 16/10/2007, 6:41 am | |
| - aLFFiaN wrote:
1. Angin panas atau air-cond tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas air-cond (tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masuh tidak sejuk, biar air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi air-cond masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service air-cond sekaligus. Mcmana kita nak tau kedai service tu, xmembuat keje sambil lewa? Dimanakah terletaknya injap yg mengawal kemasukan gas???? Bolekah piping a/c tersumbat???? Tahukah anda, kompressor a/c mempunyai minyak? Tanpa minyak nie, kompressor akan lbih cepat jahanam. - aLFFiaN wrote:
2. Air-cond tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon di service. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan air-cond kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya air-cond lebih lama 'on'. Kereta import mempunyai 2 jenis, 1. keta yg bulat2 masuk terus ke negara kita 2. keta yg parts masuk ke negara kita dan dipasang di negara kita.(murah sikit) Selalunya keta import, mempunyai a/c yng mempunyai hot cond, mmg setting sejuk tu kurang. Maklumlah, tempat diaorg dah sejuk. - aLFFiaN wrote:
3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis air-cond anda perlu di tukar. Sekali lgi nak tanya, kat mana injap yg mengawal kemasukan gas tu???? Thermostat nie mempunyai satu suis yg boleh dilaras di dashboard, thermostat selalunya terletak di cooling coil dan disambungkan kesatu suis utk mengerakkan atau mematikan kompressor. Jika thermostat mengesan takat haba yg yg dilaraskan mencukupi, ia akan mematikan kompressor. Jawapan no 3 nie, aku xsokong. - aLFFiaN wrote:
5. Angin air-cond berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kerta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di service hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. he he he atau lubang wiring n cabel2 meter, getahnya sudah tiada. - aLFFiaN wrote:
6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'. Kekadang time hujan pun bole jadik jugak. - aLFFiaN wrote:
p/s:Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan air-cond diservice setiap tahun dan untuk perjalanan jauh , jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. xsokong nnti aku terangkan, masa nie dah ngantuk. tido luuuu... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 16/10/2007, 6:07 pm | |
| pemalas nie si mad perak...!! walaupun aircond dah setahun tapi masih sejuk, juga perlu servis untuk mengelakan gas beracun dibebaskan dan masuk lubang hidung anda |
|
| |
madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12859 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 16/10/2007, 7:19 pm | |
| - Nieto wrote:
- pemalas nie si mad perak...!!
walaupun aircond dah setahun tapi masih sejuk, juga perlu servis untuk mengelakan gas beracun dibebaskan dan masuk lubang hidung anda Aku bukan malas (ada sikit kut) huhuhuhu Ko tngok aku jawap kul brapa, 6.41am tu, lgipun, aku nak tunggu tuan punya topic balas dulu. ha ha ha ha |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 16/10/2007, 9:05 pm | |
| rajin bangun tapi type alang alang tak habis... pa la... haha!! dan juga, kalau kaki berat mau pijak pedal sampai habis, lebih baik tutup aircond, kalau tidak aircond rosak |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12557 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 4:56 pm | |
| kalo ekon kancil memang terkenal tak sejuk .jadi apa cadangan yang terbaik tuk kasi sejuk skit ekon kancil ni |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 4:57 pm | |
| haha bukan ja kancil, tapi kenari saya pun gitu... bunyi aircond ja kuat, tapi angin dan sejuknya teda |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14133 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 5:14 pm | |
| mau bawa laju time buka aircon pun takde speed....lembap... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 5:32 pm | |
| haha semua kereta pun gitu la... berat rasenye~ |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14133 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 5:47 pm | |
| kalo cc besar nda berat juga....660cc nak bawa 120km pun susah sdh... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 6:48 pm | |
| - scorpions wrote:
- kalo ekon kancil memang terkenal tak sejuk .jadi apa cadangan yang terbaik tuk kasi sejuk skit ekon kancil ni
tapi aircond jenis kancil baru pun agak sejuk juga banding ngan aircond kancil jenis lama... sepa sepa boleh jelaskan? |
|
| |
madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12859 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 7:48 pm | |
| - scorpions wrote:
- kalo ekon kancil memang terkenal tak sejuk .jadi apa cadangan yang terbaik tuk kasi sejuk skit ekon kancil ni
cadangan aku yg paling brnas, tukar enjin. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 22/10/2007, 7:49 pm | |
| kalo tak silap, kalao nak change satu set aircond harga pun dekat sama ngan tukar engine... |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12557 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 23/10/2007, 6:25 am | |
| aku memang pakai enjin tebo ni.lagilah tak sejuk.radiator ekon di depan tu tebal semacam.kancil punya nipis je.lebih lambat sejuk banding malaysia punya.tapi pasal kancil baru sekarang ekon sejuk tu aku percaya. sebab kancil 850 yang pernah aku naik sejuknya bukan alang2.tengok kompresor dia jenis lain.tak ingat apa,macam panasonickah. sila betulkan. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 23/10/2007, 6:37 am | |
| gas kamu masih berisi ke? |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14133 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 23/10/2007, 10:11 am | |
| - Nieto wrote:
- scorpions wrote:
- kalo ekon kancil memang terkenal tak sejuk .jadi apa cadangan yang terbaik tuk kasi sejuk skit ekon kancil ni
tapi aircond jenis kancil baru pun agak sejuk juga banding ngan aircond kancil jenis lama... sepa sepa boleh jelaskan? kancil masih baru...nnt lama2 nda sejuk sdh tu... |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12557 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 23/10/2007, 2:40 pm | |
| gas memang isi,tapi ....spa pakai komplete jepun punya memang ada [prob skit.aku tak pastilah kalo servis tu kondenser lagi....sampai aku pasang kipas tambahan di depan untuk tiup tu raditor ekon tu.baru ada sejuk skit. |
|
| |
KewLOne ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 47 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC00724 Points : 12601 Reputation : 3 Number of posts : 466
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 24/10/2007, 1:24 am | |
| sia ada idea la sket sini.. daripada apa yg sia tgk piping aircond kancil ni.. dibhg dari compressor ke cooling coil dlm keta.. pipe dia terdedah.. so haba daripada ruang engine akan mengurangkan tahap kesejukan cecair yg dimampat.
oleh itu.. try cari piping foam ka tu.. yg penebat pipe utk aircond ruma tu.. then salutkan ke pipe saluran masuk ke cooling coil, supaya pipe aircond tu tdk terjejas teruk oleh haba daripada luar... balut la sebyk mana yg dpt..
pastu sapa2 yg suda buat.. share2 sini hasilnya k... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13969 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 24/10/2007, 12:05 pm | |
| kalo mau murah, pakai aluminium foil leh tak? |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12557 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 24/10/2007, 3:29 pm | |
| lum pernah dicuba tu.nanti dicuba |
|
| |
ShamBLur FRESHIE
Age : 46 location : lawas Points : 11599 Reputation : 0 Number of posts : 58
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 8/4/2010, 2:04 pm | |
| bros..saya mau pergi sevis ekon kreta corolla .. kedai mana bagus mau pergi kat kk? thanks awal2 utk apa info yg berguna.. |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12540 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 26/8/2010, 9:23 am | |
| guddd infooo,thankssss taikooo, |
|
| |
ahfick REGULAR
Countries/State : Age : 33 location : kota kinabalu,tuaran, Website : ahfickqree@yahoo.com/facebook Tag ID: : SFC 15300 Points : 10906 Reputation : 7 Number of posts : 483
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 8/9/2010, 1:14 am | |
| kalaw tu aicond langsung nda berfungsi....angin pun teda......amcm tu bro????bleh bgtaw ka....sya pnya aircond lngsung teda angin ni.....huhuhuhuhuhuh |
|
| |
Reyoo FRESHIE
Countries/State : Age : 35 location : sandakan Points : 10382 Reputation : 1 Number of posts : 8
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda 8/9/2010, 6:42 am | |
| Bro klu air aicond 2 keluar dlm krta macam mna. Aicond 2 sumbat ka bro,klu gna aicon ja mst carpet krta 2 basa air aicond tumpah dkt bwa kaki penumpang sblh kiri bro |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Info pendingin hawa kereta anda | |
| |
|
| |
| Info pendingin hawa kereta anda | |
|