rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 18/2/2008, 2:44 pm | |
| 17 Feb 2008 Kalau berpeluang ke negeri di bawah bayu, Sabah , jangan ketinggalan untuk ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina oleh penduduk tempatan serta para pelancong yang berkunjung di sini. Di Pasar Filipina terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya mutiara pelbagai jenis, perhiasan kristal, barangan kraftangan serta pelbagai cenderahati yang pastinya boleh dibuat kenang-kenangan buat pelancong. Menurut beberapa orang peniaga yang ditemui di pasar tersebut, saban hari premis mereka akan dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung berminat untuk membeli perhiasan mutiara serta kraftangan Sabah yang sememangnya terkenal bermutu tinggi. “Selalunya kalau pelancong dari Semenanjung, mereka suka membeli mutiara untuk dijadikan cenderahati buat kawan-kawan. Selain mutiara mereka juga suka mencari karaftangan yang unik untuk perhiasan sebagai tanda kenang-kenanagn," ujar seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Rita. Katanya dia sudah beberapa tahun berniaga di situ dan hasil yang diperolehinya sangat memuaskan. Katanya walaupun terdapat ramai peniaga lain, namun dia tidak merasakan mereka bersaing sesama sendiri kerana menganggap segala rezeki yang diterima telah ditentukan oleh Allah. “Memang kebanyakan barangan yang kami jual adalah sama. Namun segalanya bergantung kepada rezeki dan cara kita melayan para pelanggan yang datang. Selalunya saya akan memberikan diskaun istimewa kepada pelanggan. Namun ada juga pelanggan yang mahukan diskaun yang melampau sehingga sukar untuk saya penuhi. Bukannya apa, sebagai peniaga kami juga memerlukan modal untuk membeli produk tersebut sebelum dijual kepada pelanggan,” tambahnya yang menjual pelbagai barangan perhiasan wanita di premisnya. Menurutnya lagi, kesemua produk yang dijualnya diperolehi daripada masyarakat setempat atau pun di import terus daripada Indonesia dan Filipina. Namun ada juga beberapa perhiasan mutiara yang dihasilkannya sendiri mengikut kehendak pelanggan. Katanya semasa membeli barangan di Pasar Filipina, pelanggan perlu bijak tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih menarik. “Kesemua mutiara yang kami jual adalah tulen. Namun harganya bergantung kepada kualiti serta jenis mutiara tersebut. Selalunya mutiara air tawar akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding mutiara air masin. Ini kerana tiram untuk menghasilkan mutiara itu diternak dan bukannya hidup secara semulajadi di laut dalam,” terangnya panjang lebar.
INFO PASAR FILIPINA * Pasar Kraftangan Kota Kinabalu lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong. Ia merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran. * Terdapat beraneka kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan ukiran kayu, ada juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain.* Kain sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara merupakan antara barangan paling popular di pasar ini. | | * Selain Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi hingga 6:30 petang. * Untuk ke Pasar Filipina anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan bayaran RM7 dari mana-mana tempat di bandaraya atau pun berjalan kaki beberapa minit daripada terminal bas bandaraya yang terletak tidak jauh dari situ. * Jika menginap di hotel Promenade, Beverly, Berjaya Palace, Jesselton, Hyatt, Shangri-la Tanjung Aru, Magellan atau Pacific Sutera, perkhidmatan bas perantara ada disediakan dan akan membawa anda bersiar-siar di sekitar bandaraya. Jika menginap di Le Meridien, pasar kraftangan ini terletak di seberang jalan sahaja.
SEJARAH PASAR FILIPINA * Pasar kraftangan dibuka awal tahun 70-an ketika era pemerintahan BERJAYA. Ketika itu, ia terletak di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, pasar ini dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara, berhampiran Kompleks Sinsuran dan Plaza KK. * Pasar ini dipindahkan sekali lagi pada awal 80-an ke bangunan UNHCR. Bangunan ini dulu merupakan penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an. * Selepas itu, pasar ini tidak dipindahkan lagi dan kekal di situ sehingga kini. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia berkembang, kraftangan tempatan dan produk negara lain mula dijual oleh peniaga di sini. * Pasar ini dikenali dengan beberapa nama. Selain Pasar Kraftangan, ia juga dikenali sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR di kalangan penduduk tempatan. Pasar ini kini menjadi kawasan popular di bandaraya Kota Kinabalu |
|
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12431 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 18/2/2008, 9:38 pm | |
| |
|
otai ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 42 location : Kudat Sabah Tag ID: : 999999 Points : 12598 Reputation : 0 Number of posts : 1159
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 18/2/2008, 10:43 pm | |
| ini area bini ku ni..
masuk 1000 keluar 10 ringgit.. |
|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 19/2/2008, 3:15 pm | |
| iya ba otai ....kalau perempuan sudah masuk ke sini pasar Filipina ndak sedar duit habis semua pun mau di beli |
|
Princess_Cutie01 REGULAR
Age : 34 location : Sabah Points : 12452 Reputation : 0 Number of posts : 384
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 24/2/2008, 3:48 pm | |
| apa ada dalam tu kak pasar tu kak?? |
|
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12504 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 24/2/2008, 4:53 pm | |
| kalau sy ada kat sana..sy nak beli handbag bnyk2..sy slh sorang pengumpul handbag!!! |
|
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15206 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 28/6/2008, 11:17 am | |
| - Princess_Cutie01 wrote:
- apa ada dalam tu kak pasar tu kak??
mcm2 ada... selalu kalo mau pulang kampung, satu pasar mau dibeli kalo blh... hehehe.... |
|
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12515 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| |
adzul almy FRESHIE
Countries/State : Age : 50 location : kota kinabalu Points : 11345 Reputation : 1 Number of posts : 9
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 15/1/2010, 4:25 pm | |
| nama "Pasar Filipina" udah nda pakai lagi sekarang dah jadi Pasar Kraftangan adakah patut pasar kat sabah filipina dapat nama ??? |
|
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 15/1/2010, 4:44 pm | |
| - adzul almy wrote:
- nama "Pasar Filipina" udah nda pakai lagi
sekarang dah jadi Pasar Kraftangan adakah patut pasar kat sabah filipina dapat nama ??? tidak patut!....tukar p pasar kftngn kota kinabalu,tu yg ngam,) macam d kay2 bah uhuhu.... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping | |
| |
|