| BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH | |
|
Author | Message |
---|
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 12:44 pm | |
| Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”. Di zaman silam, amalan bermake-up – wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras – adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)
Pujangga Arab pula ada berkata: “Otak kolot gemarkan perhiasan. Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang terpelajar Islam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak, malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup sebagai perhiasan diri. Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian ditumpukan kepada kerohanian sepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian ke bidang material. Tapi tidak mengapa, ukuran manusia di hati dan lisannya, bukan ukuran terletak di kot atau di gaunnya. Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:
Ambillah jiwa yang suci ini Lengkapkan pula budi pekerti Tidak kebahagian di rupa paras Tapi berbahagia di jiwa yang murni! Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang barubaru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjamjam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “…..Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Qasas: 50). Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Penjelasan tersebut dapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud: “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabarlah dia dengan azab yang pedih” (al-Jathiah: 7-8) Ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapa malahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. Jika tidak ada, boleh ditinggalkan begitu sahaja. Terhadap golongan ini, jangan lupa pula Allah ada berfirman yang bermaksud: “….Apakah kamu beriman kepada sebahagian al- Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksaan yang sangat berat. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu lakukan” (al-Baqarah: 85). Bukan semua perundangan dan suruhan Allah mengikut kehendak dan hawa nafsu manusia seperti firman Allah yang bermaksud: “Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini serta semua yang ada di dalamnya” (al-Mukminun: 71) Dan firmanNya yang lain yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan bagi perempuan mukminat, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka dia telah sesat yang nyata” (al-Ahzab: 36).
Beginilah situasi hidup manusia semua kiranya hidup dikuasai nafsu, suruhan yang baik dirasai bagai hempedu, maksiat terkutuk disangkakan madu. Manusia begini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup pada penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka apakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (al-Jathiah: 23). |
|
| |
nan_1279 SENIOR
Countries/State : Age : 46 location : K.kinabalu_K.Penyu_Semporna Tag ID: : SFC 09711 Points : 11843 Reputation : 10 Number of posts : 825
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:02 pm | |
| Tapi klau bersolek tuk laki d rumah boleh bah kan!Klau tuk tujuan mo jln2 tu lain lah crita..tu mo cari publisity jak tu..hehehe... |
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:05 pm | |
| ermmm... ko rasa d rumah tu patut ka mo lawa2??? har har har.... macam lawak pulak aku tgk tauuuu.... d rumah bemikap??? napa mo p kiki ka kunun? hahaha
....macam-macam..... |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:14 pm | |
| bersolek tu tidak salah ba kan...tp kena tgk pd kdaan n tempatnya jg... tp kalau duduk diam jak di umah buat apa la mau solek2 ba...huhu... kalau mau jln2 tu kena la bsolek tp yg simple n natural..tidak perlu la mau solek smpi macam OPERA tu..hehehe.... tp bagi sy kan..natural is perfect..solekan tu hnya utk menutup kecatatan pd wajah ssorg... time makeup bukan main lawa la kunun..sekali tidak ada makeup na..terus macam mayat idup ba....kekeke
|
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:16 pm | |
| - EzanDinda wrote:
- natural is perfect..solekan tu hnya utk menutup kecatatan pd wajah ssorg...
time makeup bukan main lawa la kunun..sekali tidak ada makeup na..terus macam mayat idup ba....kekeke
ini sy sokong 100%... hehe... MENUTUP KECACATAN PADA WAJAH SSORG.... bergantung la bha kunun sbb dia pasal jerawat kaaa.... pasal overmodified kaa... hua hua hua risau risau... |
|
| |
nan_1279 SENIOR
Countries/State : Age : 46 location : K.kinabalu_K.Penyu_Semporna Tag ID: : SFC 09711 Points : 11843 Reputation : 10 Number of posts : 825
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:21 pm | |
| Lah klau d rmh tu saja mo kasi sejuk mata laki n klau ada ahli kluarga yg lain ja bah tu....supaya nda mo cari lain..hahaha...klau nda pandai urus diri,lelaki ni cepat boring...mo sentiasa ada perubahan...hehehe.. |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:26 pm | |
| - MiRA_TaSHa wrote:
- EzanDinda wrote:
- natural is perfect..solekan tu hnya utk menutup kecatatan pd wajah ssorg...
time makeup bukan main lawa la kunun..sekali tidak ada makeup na..terus macam mayat idup ba....kekeke
ini sy sokong 100%... hehe... MENUTUP KECACATAN PADA WAJAH SSORG.... bergantung la bha kunun sbb dia pasal jerawat kaaa.... pasal overmodified kaa...
hua hua hua risau risau... hehehe..macam kita2 kan natural...kekeke... |
|
| |
aint_87 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 67 location : SABAH TANAH AIRKU.. Tag ID: : SFC 04769 Points : 12496 Reputation : 9 Number of posts : 1199
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:27 pm | |
| sokong ma sis ezandinda.. natural is perfect.. nda da lebih perfect dr yg asal.. klu uda mekup macam opera.. lari juga laki tu.. hihihi |
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:29 pm | |
| - aint_87 wrote:
- sokong ma sis ezandinda..
natural is perfect.. nda da lebih perfect dr yg asal.. klu uda mekup macam opera.. lari juga laki tu.. hihihi ayat macam OPERA tu lapuk suda tu... kelabu asap ba kunun skg... hehe.... risau risaauuuu.... |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:30 pm | |
| - nan_1279 wrote:
- Lah klau d rmh tu saja mo kasi sejuk mata laki n klau ada ahli kluarga yg lain ja bah tu....supaya nda mo cari lain..hahaha...klau nda pandai urus diri,lelaki ni cepat boring...mo sentiasa ada perubahan...hehehe..
bagi sy kan..perubahan tu mmg perlu..tp kan kalau setakat kecantikan jd persoalan utk laki cari lain mmg tidak waras...huhu...zaman sekarang ni manusia macam makin bodoh utk menilai...kalau sy lelaki sy tidak pilih kecantikan ba..sy pilih layanan n budi pekerti dia... |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:33 pm | |
| sis mira..kelabu asap ahh..hahaha...paitung lebih kalau org dusun bilang... |
|
| |
nan_1279 SENIOR
Countries/State : Age : 46 location : K.kinabalu_K.Penyu_Semporna Tag ID: : SFC 09711 Points : 11843 Reputation : 10 Number of posts : 825
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:40 pm | |
| - EzanDinda wrote:
- nan_1279 wrote:
- Lah klau d rmh tu saja mo kasi sejuk mata laki n klau ada ahli kluarga yg lain ja bah tu....supaya nda mo cari lain..hahaha...klau nda pandai urus diri,lelaki ni cepat boring...mo sentiasa ada perubahan...hehehe..
bagi sy kan..perubahan tu mmg perlu..tp kan kalau setakat kecantikan jd persoalan utk laki cari lain mmg tidak waras...huhu...zaman sekarang ni manusia macam makin bodoh utk menilai...kalau sy lelaki sy tidak pilih kecantikan ba..sy pilih layanan n budi pekerti dia... Tpi banyak lelaki zmn skrg macam tu...yg aku tengok lah...nda tau pula dari perspektif kaum pompuan...Klau mo tau tengok jak yg mana blum kahwin tu... |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 1:53 pm | |
| - nan_1279 wrote:
- EzanDinda wrote:
- nan_1279 wrote:
- Lah klau d rmh tu saja mo kasi sejuk mata laki n klau ada ahli kluarga yg lain ja bah tu....supaya nda mo cari lain..hahaha...klau nda pandai urus diri,lelaki ni cepat boring...mo sentiasa ada perubahan...hehehe..
bagi sy kan..perubahan tu mmg perlu..tp kan kalau setakat kecantikan jd persoalan utk laki cari lain mmg tidak waras...huhu...zaman sekarang ni manusia macam makin bodoh utk menilai...kalau sy lelaki sy tidak pilih kecantikan ba..sy pilih layanan n budi pekerti dia... Tpi banyak lelaki zmn skrg macam tu...yg aku tengok lah...nda tau pula dari perspektif kaum pompuan...Klau mo tau tengok jak yg mana blum kahwin tu... apa maksud ko yg belum kahwin tu..siapa???ppuan atau lelaki?? |
|
| |
nan_1279 SENIOR
Countries/State : Age : 46 location : K.kinabalu_K.Penyu_Semporna Tag ID: : SFC 09711 Points : 11843 Reputation : 10 Number of posts : 825
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 2:00 pm | |
| |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12335 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 2:02 pm | |
| - nan_1279 wrote:
- Dua-dua pun ada....
itu jodoh lum sampai la... jgn ko perli sy sana..huhuhuu....
|
|
| |
nan_1279 SENIOR
Countries/State : Age : 46 location : K.kinabalu_K.Penyu_Semporna Tag ID: : SFC 09711 Points : 11843 Reputation : 10 Number of posts : 825
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH 13/1/2010, 2:05 pm | |
| - EzanDinda wrote:
- nan_1279 wrote:
- Dua-dua pun ada....
itu jodoh lum sampai la... jgn ko perli sy sana..huhuhuu....
Alamak,sorry..mna ada ku perli org ni...aku cuma bg pendapatlah...tiada mo ckp sapa2 kat forum ni... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH | |
| |
|
| |
| BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH | |
|