SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenapa Harus Berhenti Merokok Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenapa Harus Berhenti Merokok Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kenapa Harus Berhenti Merokok

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
AnDee
REGULAR
REGULAR
AnDee

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : TAMPARULI-TUARAN-KK
Tag ID: : SFC07473
Points : 11542
Reputation : 1
Number of posts : 306

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime24/1/2010, 8:41 pm


Kenapa Harus Berhenti Merokok





Rokok Oh Rokok...


Hanya mereka yang lemah berhenti mencuba
Tiada
siapa berkata berhenti merokok adalah mudah. Ia seperti mana-mana
ketagihan, langkah pertama ialah untuk mengakui kepada diri anda
sendiri di mana anda mempunyai satu ketagihan. Langkah kedua ialah mahu
melakukan sesuatu mengenainya.

Sekiranya
anda mahu hidup baru anda bebas dari rokok, anda harus bermula dengan
cara yang lebih baik, anda perlu berhenti membuat alasan dan
melakukannya!

Merokok
adalah buruk untuk kesihatan. Itu satu fakta. Merokok juga boleh
menjejaskan mereka di sekeliling anda, meletakkan orang yang anda
sayangi dalam risiko serangan penyakit paru-paru dan jantung. Itu satu
fakta. Jadi anda tahu tentang semua ini, tetapi anda masih melangkah ke
luar rumah selepas makan tengahari untuk menghisap rokok.

Anda
mungkin meyakinkan diri anda di mana rokok mempunyai faedah seperti
membantu anda terus kurus dan melegakan ketegangan. Beberapa perokok
juga membuat pertikaian di mana mereka tidak ketagih dan boleh berhenti
bila-bila masa.

Apa
yang pasti, bukti menunjukkan bahawa semua alasan-alasan ini biasanya
tidak benar sama sekali, dan sudah semestinya tidak berbaloi untuk
mengambil risiko terhadap kesihatan anda.

Sentiasa ingat di mana nikotin adalah satu ketagihan, jadi ia adalah sukar untuk ‘melarikan’ diri darinya.
Tetapi
kesukaran itu tidak bermakna ia mustahil, dan kesihatan anda dan
kesihatan orang di sekeliling anda hanya mendapat faedah sebaik saja
anda membuat tabiat untuk selama-lamanya. Kerosakannya sudah pun dibuat.

Ramai
orang merasainya kerana mereka adalah perokok, mereka sudah
meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan penyakit barah atau
penyakit yang mempunyai pertalian dengan rokok, dan berhenti merokok
tidak memberikan sebarang perbezaan.

Hakikatnya,
bukti menunjukkan bahawa semakin lama anda merokok, semakin tinggi
risiko yang anda bawa – jadi lebih cepat anda berhenti merokok, lebih
sihat diri anda dan orang di sekeliling anda.

Sebaik
saja anda berhenti, badan anda mula membaiki dirinya sendiri. Anda akan
mengesan pembaharuan kepada pernafasan anda dan deria rasa dan bau
hanya beberapa hari selepas anda berhenti merokok.

Anda juga meningkatkan kesihatan keluarga dan sahabat anda dengan tidak mendedahkan mereka kepada asap kedua (passive smoking).

Bertambah Berat dan Bertambah Tekanan

Bukti
perubatan menunjukkan di mana nikotin tidak menghalang anda untuk
berasa lapar dan mengurangkan rasa cemas anda. Nikotin menjadikan anda
membakar kalori dengan cepat, tetapi selagi anda ingat di mana anda
memerlukan kurang makanan bertenaga, berhenti merokok sebenarnya tidak
menyebabkan anda bertambah berat.Cuba makan makanan rendah lemah dan
lakukan satu aktiviti berbanding menggantikan rokok dengan
makanan.Menginginkan nikotin semasa merokok menyebabkan anda berasa
tertekan dan cemas, jadi apabila sudah menghisap sebatang, anda akan
berasa tenang. Anda sebenarnya berasa kurang tertekan sebaik saja anda
berhenti dan tidak berasa ketagihan.

Sekiranya
anda mahu sebatang rokok, tunggu selama sepuluh minit dan keinginan itu
biasanya hilang, dan anda akan berasa lebih baik. Cuma tarik nafas
dalam-dalam beberapa kali atau berjalan-jalan untuk mengalih perhatian
anda terhadap keinginan dan menghilangkan rasa tertekan itu.



Ia Bukan Masa Yang Sesuai
Walaupun
ia benar di mana anda seharusnya cuba mengelak berhenti merokok semasa
masa-masa yang menekankan, tetapi jangan gunakan alasan ini untuk
mengelak daripada mencuba.Ia sememangnya baik untuk memilih tarikh
tertentu, seperti permulaan hari cuti atau permulaan minggu bekerja.

Fikirkan
perkara yang menyebabkan anda mahu merokok, seperti meminum secawan
kopi atau pergi ke pub, dan cuba memilih satu hari apabila anda boleh
mengelak cetusan (trigger) ini.

Beritahu
ramai orang di mana anda mahu berhenti merokok dan ia akan memudahkan
lagi untuk anda berhenti merokok. Anda tidak mahu mengecewakan mereka
dan boleh meminta sahabat yang merokok untuk tidak menawarkan anda
rokok.



Bagaimana Dengan Kehidupan Sosial Saya?
Bagi
kebanyakkan perokok, rokok seperti salah satu kunci utama di dalam
kehidupan sosial. Anda mungkin meletakkan diri anda sebagai perokok
sosial, yang hanya menghisap rokok apabila bersama rakan-rakan yang
merokok, atau sekiranya anda keluar berhibur. Anda mungkin juga
berkawan dengan rakan-rakan sekerja yang merokok semasa rehat untuk
merokok.

Walaupun
anda mungkin memberitahu diri anda di mana ia lebih baik berbanding
satu tabiat satu batang rokok dalam 40 hari; mana-mana batang rokok
yang anda hisap akan tetap ‘mengurangkan’ kesihatan anda.


'Saya Nampak Hebat'
Bagi
sesetengah orang, memegang sesuatu yang dianggap batang barah seperti
sesuatu yang menarik dan hebat untuk dilakukan. Remaja mungkin
memikirkan ia menjadikan mereka kelihatan lebih dewasa atau matang,
lebih bijak dan hebat di mata orang lain.

Tetapi
salah. Ramai orang sebenarnya mendapati aksi perokok tidak menarik
perhatian. Kuku jari berwarna kekuningan, jari kehitaman dan lidah
kotor. Ia sememangnya tidak menarik.

Merokok
juga menggelapkan kulit dan menyebabkan ia cepat tua. Jadi sekiranya
anda tidak mahu kelihatan seperti anda sudah melangkaui usia veteran
sebelum masanya, mungkin ia adalah masa yang baik untuk berfikir semula
tentang tabiat anda.

Dan
semua ini belum termasuk bau. Asap rokok melekat pada rambut dan
pakaian anda dan akan terus melekat untuk tempoh yang lama sehingga
anda menghabiskan rokok terakhir anda hari ini. Sesetengah orang
memikirkan mencium seorang perokok sama seperti ‘mencium tempat abu
rokok’ (kissing an ashtray). Sekiranya anda lebih suka bau seperti
bunga ros atau minyak wangi yang mahal-mahal, maka anda boleh mula
berhenti sekarang. Tiada guna membeli minyak wangi yang mahal tetapi
tetap berbau rokok!



Saya Tidak Dapat Berhenti, Saya Ketagihan
Ya,
terdapat beberapa kebenaran mengenai pengakuan ini. Merokok adalah satu
ketagihan, dan tiada siapa akan menafikan di mana ia sememangnya sangat
sukar untuk berhenti merokok. Tetapi ia tidak mustahil dan sekiranya
anda sudah menetapkan sasaran dan kesungguhan kepadanya, anda boleh
melakukannya.Untuk berhenti merokok dengan jayanya, anda harus
menangani kedua-dua ketagihan kepada nikotin dan hakikat di mana
merokok sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan anda.
Ketagihan nikotin menyebabkan simptom-simptom fizikal apabila anda
berhenti merokok, seperti cepat letih, perasaan tidak menentu dan
kesukaran memberikan tumpuan. Doktor anda boleh memberikan ubat
tertentu untuk menggantikan nikotin dan kumpulan sokongan dan
kaunseling boleh menambahkan lagi motivasi anda untuk menangani
ketagihan itu.

Anda
seharusnya juga cuba untuk mengubah rutin seharian anda. Menggantikan
rokok dengan benda lain seperti meminum air atau mengunyah gula-gula
getah. Atau lakukan sesuatu perkara yang lain seperti membersih rumah,
bersenam, membaca atau mengambil hoki yang baru.

Akhir
kata, semua orang akan berkata, lebih mudah untuk berkata daripada
melaksanakannya. Itu juga satu fakta. Tetapi kalau kita sendiri tidak
mahu ‘menginsafi’ diri kita untuk kesihatan diri kita sendiri, kita
perlu fikirkan tentang kesihatan orang di sekeliling yang kita sayangi,
seperti isteri dan anak-anak. Anak-anak tidak harus didedahkan dengan
asap rokok terlalu awal kerana anak-anak paling cepat belajar dengan
melihat tingkah laku ibu bapanya.

Semuanya
perlu dimulakan dengan langkah pertama yang sangat sukar itu. Apabila
anda sudah berjalan melakukan langkahan pertama itu, maka anda sudah
boleh meneruskan usaha anda untuk berhenti merokok.



http://aiszone.blogspot.com/search/label/Fikir-Fikirlah

Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14147
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime27/1/2010, 8:57 am

best artikel..good info
sesapa yang merokok, kalau umur panjang, jumpa juga kita di hospital, masa tu, baru mereka2 akan menyesal..sepanjang pesakit COPD,Kanser Paru-Paru yang dijumpa rata2 menyesal menghisap rokok...jadi penesalan mereka tidak berbaloi dengan mengahadapi hari tua yang akan menghabiskan aktiviti kluar masuk hospital, cucuk sana, lubang sana sini, test sana sini...berbanding dengan si Tua yang gagah sihat yang sedang melancong dan enjoy bersama anak cucu..sihat sentiasa..kasihan pada perokok....orang dah warning, tinggal diri sendiri lagi bermotivasi untuk meninggalkannya..
.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
why
SENIOR
SENIOR
why

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 47
location : labuan~tenom~labuan
Tag ID: : SFC : 05059
Points : 12087
Reputation : 3
Number of posts : 633

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime27/1/2010, 9:19 am

waaa.....stu topik yg menarik tpkan yg aku heran kenapa rokok saja yg di basmi habis2an arak n akohol x pun d sebut2 atau d basmi habis2an makin byk pengeluaran adala kanapa risiko lg tgi yg kita nampak dan yg xnampak......kenapa ?
Back to top Go down
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12789
Reputation : 7
Number of posts : 3450

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime27/1/2010, 9:36 am

mngkin sbb rokok ni melibatkan org kedua.....klu org merokok, bkn sahaja perokok yg tlibat dgn risiko penyakit, tp org yg x mrokok yg duduk bsebelahan dgn c perokok mempunyai risiko yg lg tggi utk mendapat pnyakit dr hembusan asap c perokok........
Back to top Go down
swordfishxox
WEBMASTER
swordfishxox

Male
Countries/State : Perak
Age : 44
location : Putrajaya, Perak
Tag ID: : SFC 04219
Points : 16591
Reputation : 35
Number of posts : 4825

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime27/1/2010, 10:10 am

DERANG DENGKI SGT NGAN ROKOK NI...
ARAK KAN MENJANA PENDAPATAN NEGARA....
TUL X?
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14147
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime27/1/2010, 10:37 am

yup...dorang ada side bisnes...cukai rokok..setinggi mana cukai, org sanggup beli..tapi mufti mana yang fatwa Haram rokok tu?Pahang ka?bagus...tapi pelan2..kasi faham budak rokok semua..hehe..

perokok Pasif : adalah mereka yang mnghirup udara asap dari rokok perokok serta +hembusan asap perokok..so.double troble la..huhu..
perokok ni kalau di rumah mayat, kita boleh tahu dengan membelah paru2 mereka..hitam pekat dengan Tar....sedih juga tengok...hehe
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
black_v
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
black_v

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 49
location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y
Tag ID: : SFC 07973
Points : 13013
Reputation : 6
Number of posts : 1723

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime29/1/2010, 4:40 pm

Aku pun tak tau la mcmana nak berhenti ni.Byk kali try,tapi setakat sehari,2 hari jak.Paling lama pun seminggu..
Takut,takut juga la bila tgk gambar,dgr cerita..tp ntah..Betul cakap bro bod tu,aku pernah juga ke hospital melawat sedara yg kanser kerana rokok ni.Kesian..
Kalau boleh,biarlah aku nanti mati bukan kerana rokok huhu..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
khunshikang
FRESHIE
FRESHIE
khunshikang

Female
Countries/State : Pulau Pinang
Age : 43
location : Malaysia
Website : http://khunshikang.wordpress.com
Tag ID: : http://khunshikang.wordpress.com
Points : 10880
Reputation : -2
Number of posts : 30

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime29/1/2010, 4:49 pm

Kalau korang merokok hati2 skit,jan merokok di kwsn larangan merokok...nanti kena cekup oleh geng2 dari KKM yg ada kat siolooner ni...ramai juga pulak dorang tu. kekeke Kenapa Harus Berhenti Merokok 526604
Back to top Go down
http://khunshikang.wordpress.com
silis
SENIOR
SENIOR
silis

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : k9' v3n0n! p@p4R
Website : ag89_silis@yahoo.com
Tag ID: : SFC 011015
Points : 11697
Reputation : 4
Number of posts : 794

Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime11/2/2010, 7:49 pm

aku hairanlah...napa rokok ja di suruh berhenti...semua minuman2 berakhol x ada masalah pula.....erm... Kenapa Harus Berhenti Merokok 360220 Kenapa Harus Berhenti Merokok 337891
Back to top Go down
Sponsored content




Kenapa Harus Berhenti Merokok Empty
PostSubject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok   Kenapa Harus Berhenti Merokok Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kenapa Harus Berhenti Merokok

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Fakta kecoh-
Jump to: