SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 10:18 am

Hamba Allah

Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia
adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan
negara di bawah Musa Hasan.

Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan
sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di
tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes
terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan
kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

Tiada
bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika
betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati
sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas
apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api
sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit
memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu
dilakukan?

Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis
yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan
bersenjata parang panjang?

Lebih menimbulkan persoalan ialah
dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta
mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis
membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.

Sebagai
rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih
memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur.
Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga
suatu tindakan diluar peraturan.

Kita amat berharap agar
siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha
menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan
tersebut, kesannya amat besar.

Hilang kepercayaan kepada pihak
polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang
mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!


*
Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili
pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 10:19 am

Dzulfikar Mashoor


SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada
juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan
dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah,
15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
"Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya
sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan
air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.
"Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia
masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa
tak kenal dia."
Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan
yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.
"Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat
pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus,
itu saja," ujarnya,
Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari
arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas
menonton kejohanan bola sepak Eropah.
Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36,
menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar
kediaman.
Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan
sedang berhimpun mengelilingi keretanya.
Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba
mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit,
iaitu adiknya.
Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai
Polis Seksyen 11, di sini.
Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta
terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan
sekeras-kerasnya.
Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam
nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi
kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.
"Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah
buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran,"
ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.
Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan
juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh
kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 11:37 am

Dzulfikar Mashoor



SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana,
Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan
empat pegawai polis, pagi semalam.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Juvana%20aminul_rashid%201"Salah seorang saksi utama adalah anak polis
sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas
beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi
tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif
untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan
dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan
samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau
mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil
memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi
utama terbabit pergi membuat laporan polis.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Juvana%20khalid_yaakub"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama)
semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis
di beberapa media."
(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi
utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul
Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki
tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah
seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang
terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam
atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak
ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini,"
ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan
Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa
dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Juvana%20aminul_rashid%202Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan
mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal,
Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro
Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa
media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun
sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama
sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak
berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana
terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana
terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan,
dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit
terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah
Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan
negara.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 4:18 pm

SHAH ALAM, 28 April: Ahli Parlimen Puchong, Gobind
Singh Deo berkata, insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati
ditembak anggota polis bukan lagi kes terpencil sepanjang polis
melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan orang awam dan tanah
air.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Gobind"Ini sebegini kita lihat kerap kali berlaku di
mana pihak polis menggunakan senjata api tembak orang awam," jelas
beliau ketika ditemui di tempat kejadian, selekoh Jalan Makyong, Seksyen
11/2G, di sini, tengah hari ini.
“Sebagai Ahli Parlimen, telah saya katakan tadi isu ini bukan lagi
isu terpencil kerana polis sebelum ini beberapa kali terbabit menembak
orang awam."
Menurut Gobind, sekiranya polis mahu menganggap kes Aminul tersebut
sebagai kes terpencil, polis masih belum ada jawapan untuk rakyat untuk
kes tembakan liar ke atas Norizan Salleh, Oktober lalu serta beberapa
kematian misteri orang awam di dalam lokap.
Sebaliknya, beliau yang juga pengamal undang-undang sivil meminta
polis menjelaskan motif di sebalik tembakan lebih tujuh das ke arah
arwah dan saksi utama.
"Dalam faham undang-undang yang saya amalkan, tujuan (polis)
menggunakan senjata api itu bukan untuk membawa maut, tujuannya adalah
untuk menghalang penjenayah mengancam nyawa orang awam atau mempertahan
diri mereka saja," tegas beliau.
Tanpa menafikan sumbangan besar polis dalam memelihara keamanan
negara, beliau berkata, pegawai polis terbabit sepatutnya menembak pada
bahagian badan yang berisiko rendah untuk seseorang kehilangan jiwa.
"Kebiasaannya kalau mereka (polis) perlu tembak sekalipun, mereka
perlu tembak pada bahagian tubuh yang mustahil boleh membawa risiko
maut, misalnya, menembak bahagian kaki supaya suspek tidak mampu
melarikan diri," jelas beliau lagi.
Bagaimana pun, beliau seakan memuji Ketua Polis Selangor, Datuk
Khalid Abu Bakar kerana bertindak secara wajar ke atas keempat-empat
anggota polis terbabit apabila mendapat tahu insiden tersebut.
"Saya rasa itu keputusan bijak, saya sokong, saya berterima kasih
kerana polis mengambil keputusan sedemikian yang begitu penting,"
ujarnya.
Demi mengelakkan wujudnya unsur bias dalam siasatan kes tersebut,
beliau turut mencadangkan supaya keempat-empat suspek terbabit digantung
tugas sehingga siasatan selesai.
Beliau turut mencadangkan pegawai tertinggi polis dari Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman sendiri turun menyiasat keempat-empat suspek pembunuh
dari Balai Polis Seksyen 11, di sini.
"Apa yang perlu dibuat, seorang dari ibu pejabat Bukit Aman
diturunkan untuk menyiasat kes ini," ujarnya lagi.
Menganggap insiden tersebut sebagai bukti wujudnya amalan brutal di
kalangan anggota polis, beliau bertekad untuk bertanya sendiri kepada
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tentang garis
panduan yang digunakan polis dalam menggunakan senjata api.
"Memang saya akan bangkitkan kes ini dalam Dewan Rakyat depan, saya
nak tanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang garis panduan yang
digunakan oleh polis untuk memelihara keharmonian hidup rakyat.
"Saya juga nak tahu kalau seorang polis memegang senjata, adakah
orang awam seperti saya layak ditembak sehingga mati, inilah isunya yang
rakyat sedang tanya," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut bercadang bersemuka sendiri
dengan Khalid untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan keempat-empat
suspek serta saksi utama kes tersebut.
"Saya secara peribadi akan menghubungi Datuk Khalid (Ketua Polis)
untuk mengenal pasti saksi. Saksi kemudiannya saya nak bawa ke balai
untuk diambil keterangan agar siasatan dilengkapkan sebelum dibawa ke
muka pengadilan," ujarnya lagi.
Gobind turut meminta institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri
disiasat secara total ekoran beberapa kes pembunuhan orang awam yang
membabitkan anggotanya selain mendesak polis supaya menyegerakan
siasatan khas ke atas kes tersebut
"Saya berasa siasatan yang perlu dijalankan tidak terhenti pada
menyiasat suspek-suspek polis yang menembak mangsa (Aminulrasyid) saja.
Perlu disiasat secara menyeluruh ke atas Polis Diraja Malaysia sendiri,"
jelasnya.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 4:23 pm

Tembak: Najib, Hishammuddin mesti pandang
serius







Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 28 April: Gabungan Mahasiswa Islam
Semalaysia (Gamis) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
memandang serius kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota
polis, pagi kelmarin.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yussoff berkata, pihaknya berharap satu
jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes itu
seadil-adilnya.
“Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa
terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan.
“Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera
sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di
kalangan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi
ini.
Menurutnya, keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak
serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej
keselamatan negara Malaysia.
Berikut ialah kenyataan penuh Gamis:

Pendahuluan



Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian
allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen
7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa
media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan
samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta
yang dipandu oleh allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan
polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrasyid.
Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrasyid yang
ada bersama allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan
polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan allahyarham menegaskan
Aminulrasyid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan
memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda
terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrasyid
rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini
melaporkan beliau kemudian dipukul oleh anggota polis sebelum sempat
melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Polis Shah Alam.
Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah
Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek
kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di
kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan
imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab
menjaga keselamatan awam.
Pendirian Gamis:
Justeru, dalam kes ini, Gamis berpendirian:
1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur
tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau
apapun kesalahan seseorang. Gamis berpandangan, kes tembakan ini adalah
tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun allahyarham Adik
Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah
umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti
penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi
seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya
melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat
Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.
2. Gamis ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati
dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal
demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin
boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini,
pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan
mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak
wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya
kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan
perkara yang tidak baik dalam masyarakat.
3. Gamis juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar
tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. Gamis amat sedih apabila
timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada allahyarham dan keluarga
sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada
melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang
menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga.
Gamis berharap perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan
Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan
cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia
walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita
dan fitnah yang dilemparkan.
4. Gamis berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan
Dalam Negeri memandang serius kes ini. Gamis berharap satu jawatankuasa
khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya.
Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu
lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam
kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat
diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan
masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta
tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej
keselamatan negara Malaysia.
Penutup
Gamis turut bersedih dalam isu ini serta ingin mengucapkan takziah
kepada keluarga allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga
rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. Gamis
juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Diraja
Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam
kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang.
Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih
terjamin pada masa akan datang.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
black_v
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
black_v

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 49
location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y
Tag ID: : SFC 07973
Points : 13025
Reputation : 6
Number of posts : 1723

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime28/4/2010, 5:26 pm

Sbg seorg yg pernah berkhidmat dlm pasukan beruniform (bkn PDRM) aku mmg tak setuju dan tidak puas hati dgn apa yg telah dilakukan..(walaupun tak tau keadaan sebenar situasi tsbt)
Terburu2 dlm membuat tindakan sedangkan "suspek" tidak bersenjata.
Alasan:Hmm..tau dah.Mempertahankan diri atau alasan2 lain yg mungkin tak msk akal.
Kita tunggu dan lihat saja la apa tindakan yg akan diambil oleh pihak yg berwajib huhu..
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 10:20 am

bro...dorg ckp, ada parang, tapi mana ada, saksi kejadian pun dibelasah..terpaksa dilindungi..nasib seorang budak saksi tu anak polis..kita tunggu dan lihat jak lah..
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 10:25 am

Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang
kembali







Ismail Hashim


Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Tembak_setahunKLANG, 28 April:
Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad
Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang
pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada
pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam.

Beliau
yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut
menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak
profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak
sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan
darurat.

"Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja
menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari
sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini.
(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada
badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar
tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu
jauh
)

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau
menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang
pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan
tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian itu
menyebabkan paru-paru anak sulung dari sembilan beradik berasal dari
Sabak Bernam dan kini tinggal bersama keluarga di Kapar ini bocor; sukar
tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh.

Laporan
penuh cerita beliau dalam akhbar Siasah Jumaat ini.
Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah
meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas
lari dengan kereta keluarganya.
Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes
ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke
atas anggotanya yang terlibat.
Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu
pembunuhan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya
melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis,
pagi kelmarin.
Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Juvana%20aminul_rashid%201"Salah seorang saksi utama adalah anak polis
sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas
beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam baru-baru ini.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif
untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan
dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan
samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau
mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil
memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi
utama terbabit pergi membuat laporan polis.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 10:30 am

Tembak: Polis ambil keterangan saksi utama







Harakahdaily


SHAH ALAM, 28 April: Saksi utama insiden remaja mati
ditembak oleh anggota polis di sini, pagi Isnin lalu sedang diambil
keterangan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis
Selangor, di sini.
Menurut peguam yang mengiringinya, Gobind Singh Deo, siasatan yang
bermula kira-kira 3.30 petang dijangka mengambil masa sekitar dua jam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong menggesa polis menyegerakan
siasatan kes tersebut supaya dapat dibawa ke mahkamah dalam masa
terdekat.
Gobind juga mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi
menyiasat kejadian pembunuhan ke atas mangsa, Aminulrasyid Amzah, 15.
"Saksi ketika ini dalam keadan terkejut dan tertekan, peguam akan
bantu semaksimum mungkin untuk tenangkan saksi supaya dapat memberi
keterangan," ujarnya.
Beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Musa Hassan yang menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak
tidak terlibat dengan jenayah.
Beliau menganggap kenyataan itu tidak menjaga hati keluarga mangsa
sedangkan belum ada bukti allahyarham adalah penjenayah.
Saksi beserta abangnya dibawa ke IPK oleh Ahli Parlimen Titiwangsa,
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan tiba kira-kira jam 3.00 tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi
jaminan akan mengambil tindakan yang setimpal jika siasatan mendapati
pihaknya cuai dan melebihi kuasa yang diberikan mengenai kejadian
tersebut.
Justeru, ketika bercakap pada sidang media di pejabatnya di IPK
negeri hari ini, beliau meminta semua pihak termasuk ahli politik agar
tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden itu.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 10:40 am

Keadilan untuk Aminulrasyid







http://www.khalidsamad.com

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan
dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.
Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah
ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi.
Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya
dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja
berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat
tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke
Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya
melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.
Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian
yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya,
qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya
mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat,
saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang
telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan
termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa
berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah
beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30
pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila
disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis.
Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan
pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya.
Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya
kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis
Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan
bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah
dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh
polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan.
Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun
Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak
polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan
tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang
membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia
lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang
semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin
bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu
dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan
berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan
keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung
peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia
berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan
beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang
telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV
dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun
ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang
dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk
menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib
saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama
beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu
bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil
semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di
Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari
seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam
perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s
corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di
situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus
membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati
ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di
jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan
terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus
terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada
ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta
peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui
SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9
dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan
mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran
Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran
tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah
terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak
sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang
ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di
pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang
dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari
kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah
dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat
melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik
sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus
melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba
abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke
rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar
penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami
adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke
rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah
mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan
memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya
membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah
hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama
seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah
ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya
bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak
polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab,
hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja
saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB
Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji
akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam
10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah
untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan.
Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung
arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh
bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur
pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan
sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya
menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun
dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan
menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah
tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah
ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta
untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga
kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang
merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi
perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk
bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta
Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha
untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya
pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum
ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang
ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk
menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah
Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi
tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung
sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak
boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita
doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh
yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam

YB Khalid
Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam.


* Tulisan di atas
adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian
Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12554
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 4:38 pm

pulis terbabit tidak patut pegang pistol,sembarang ja menembak...x profesional...Kalu org tak bersenjata jan lah bah guna pistol,pakai lah penumbuk,kalu tidak pandai menumbuk biar lah mata pulis tu biru,)hehehe salah dia lah tidak belajar besilat,)ini tahu Guna pistoL ja!!!apa guna macam tu........ Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! 459493
Back to top Go down
Masterdy
FRESHIE
FRESHIE
Masterdy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Ranau-KK-Bintulu
Tag ID: : SFC 12469
Points : 10772
Reputation : 1
Number of posts : 54

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime29/4/2010, 4:43 pm

yaba..sandi eh..brapa kali ganda la ba kici tuh budak dri tuh pulis2 kn..
Back to top Go down
https://www.facebook.com/enddeyj
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 8:49 am

kalau ada polis tahan,jgn lari..nti kena shoot...
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12554
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 4:16 pm

Polis kalu org lari kejar la bukan shoot!!!kalu ikut betullah...atau tembak kt atas sbg amaran,kalu shoot pun tembak lah kt tmpt yg tak membunuh,sprt kaki bahu n tangan,bukan kepala n dada!!!giler...Kalu tak pandai menembak jan lah sembarang ja!!!kpd pulis yg terbabit dlm pmbunuhan tu!!!......Sdgkan doktor pun leh silap bedah,apa lagi polis yg guna pistol.
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20363
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 4:43 pm

biar la polis jalankan siasatan mereka....
jgn la kita buat andian sndri.....
klau kta pakai uniform baru kta tau prosedur keja beruniform....
ssh juga klau perkara begini sdh msuk cmpur tangan politik...
mmg mcm2 lagi jdi n cetanya.......
fikir2kan la....hehehehe....
Back to top Go down
MysteriouS GurL
JUNIOR
JUNIOR
MysteriouS GurL

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : BKI
Website : www.facebook.com/mesriey
Tag ID: : SFC 12109
Points : 10838
Reputation : 2
Number of posts : 85

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 5:47 pm

ada cerita lain lagi, kunun budak tu kena peluru sesat. polis mau tembak tayar tapi kena kepala.. Ceritera laa.
yala bro.. x masuk cmpur tapi orang caring sbenarnya. Hehe.. Kita jangan pula salahkan POLIS.. seorang je anggota polis tu yang tembak atau tertembak atau melepaskan tembakan..bukan POLIS. Hehe..
Bukan Nak Pertahankan.. tapi X nak Menyalahkan sesiapa. Even Budak tu salah Atau Polis...apa yang jadi sekadar Cerita je..
Back to top Go down
FAREL
SENIOR
SENIOR
FAREL

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kundasang,Ranau
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC13231
Points : 11506
Reputation : -7
Number of posts : 818

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 7:51 pm

ya.btl 2 bro,..........
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 13187
Reputation : 10
Number of posts : 2088

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 8:19 pm

polis ndakan tembak smbarangan kcuali mprtahankan diri....

siasatan masih d jlnkan....

kta tgu dan lihat......
Back to top Go down
m@ntoro_38
SUPERIOR
SUPERIOR
m@ntoro_38

Male
Countries/State : Canada
Age : 33
location : telipok_kk_k.penyu
Tag ID: : SFC 09168
Points : 13902
Reputation : 20
Number of posts : 2781

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 8:41 pm

kita sebagai org awam pn serba tahu undang2 utk melepaskan tembakan kepada suspek... yg jelas tembakan pertama ke udara sebagai amaran... sekiranya suspek bertindak balas, tembakan yg x memudaratkan boleh la dilepaskan contohnya yg x berkenaan dgn organ2 utama badan seperti kaki atau bahu suspek... ni mesti kes gegar pigang pistul bab da lama x berlatih di lapang sasar... Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! 316558
Back to top Go down
https://facebook.com
veer@
SENIOR
SENIOR
veer@

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 09189
Points : 11666
Reputation : 5
Number of posts : 569

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime4/5/2010, 8:50 pm

bod_supersperm wrote:
kalau ada polis tahan,jgn lari..nti kena shoot...

wuhuhu...best statement c bod ni taw...inda ah brani melarikan diri udah ni...berdepan jak dengan hati yang dub dab dub dab...hehe...
Back to top Go down
fendy_yung23
REGULAR
REGULAR
fendy_yung23

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : LaHaRd Da2
Website : http://www.dccon9.ning.com
Tag ID: : SFC 07757
Points : 11657
Reputation : 6
Number of posts : 431

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime5/5/2010, 10:31 am

huhuhu dmana uda letaknya undang2 kita jika org yg spatutnya menegakkan undang2 yg melanggar undg2 2 sndri..apakah kita masi boleh terus mpcayai org yg menegakkan undg2 ni
Back to top Go down
http://www.tagged.com/fendy_yung23
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12554
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime5/5/2010, 10:48 am

Agak2 jua lr dgn siapa pulis tu brdepan,ini budak remaja bah,kalu budak tu membalas dgn pistol atau bom tngan kah,ko atur ja tidak ada org membantah kalu pulis tu tembakkk,))tpi tulah kesilapan manusia...xda yg smpurna...Mcm2 ujian n dugaan kalu tidak itu ini...Jan buat andaian??ermmm kalu ada pkra yg benar d sembunyi macam mana,smpai bila...Kes rasuah d malaysia ja kalu kita mhu cite satu buku pun tak hbis,)huhuhu.....peluru sesat??tu ar namanya tembak sembarangan!!!bnyk kali dah kita dngr bnda ni....x ye cite la..
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime5/5/2010, 11:39 am

kes salah tembak memang ada dan masih lum selesai lagi, tengok la post post diatas tu..yang terbaru kes AllahYarham Amirul paling hangat..yg lama lum selesai,yg baru buat lagi... Perkara ni macam ni

1) tidak boleh mengaibkan org yang dah mati (even penjenayah sebenar pun)
2) kes polis tembak tu hanya individu, hatta pihak polis sendiri pun malu dengan perbuatan anggota sendiri yg mencemarkan "susu sebelanga"
3) media massa haruslah meneliti isi, fakta sebelum membuat statemen yg memalukan kuarga arwah..
4)sikap berdiam diri adalah paling selamat bagi kita, kerana Allah itu Maha Adil.

hanya sedekah Ummul Kitab, dan doa saya pohonkan agar roh arwah dicucuri rahmat, dan berilah petunjuk kepada org org berkenaan agar bertanggungjawab kepada amanah Allah SWT. Semoga mendapat pembelaan dan berdiri la yang haq ke atas arwah..wallahu'lam bishawaab
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime5/5/2010, 11:41 am

bro sekalian..sesapa ada FB acc
meh kita kumpul sini...

https://www.facebook.com/group.php?gid=114702868560346
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
DonJuanDeMarco
REGULAR
REGULAR


Male
Countries/State : Selangor
Age : 47
location : SHAH ALAM
Points : 12005
Reputation : 9
Number of posts : 269

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime5/5/2010, 12:01 pm

kisah yang mungkin korang tak tau.

sewaktu polis mengejar arwah, polis telah melepaskan 20das tembakkan..
dan akhirnya polis "berjaya" memberhentikan kereta arwah setelah peluru menembus masuk dari belakang kepala arwah...


renungan..

kita biasa melihat didalam rakaman video,berita tv ,youtube dll..aksi kejar mengejar polis yang di rakam dari helipcopter... tidak ada 1 tembakkan pun di lancarkan selagi penjenayah melepaskan tembakkan terlebih dahulu...
aksi kejar mengejar berteruskan sehinggalah polis berjaya memberhentikan penjenayah melalui road block..dan penjenayah di tangkap akan digari...jauh sekali membelasah sesuka hati...
Back to top Go down
Sponsored content




Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Empty
PostSubject: Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!   Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis! Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: