| 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari | |
|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 8/1/2008, 4:38 pm | |
|
[url=mailto://][/url]
LONDON: Seorang setiap 50 remaja perempuan yang bersekolah di beberapa wilayah 'hitam' di Britain didapati hamil dan bakal menjadi ibu pada usia muda.
Kajian yang dijalankan mengenai perkara itu baru-baru ini turut mendedahkan bahawa setiap hari, kira-kira 21 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun didapati mengandung di Britain.
Paling menyedihkan, separuh daripada mereka memilih untuk menggugurkan kandungan.
England dan Wales mencatat kadar kehamilan remaja paling buruk di seluruh Eropah Barat iaitu enam kali lebih tinggi dari Holland, empat kali berbanding Itali dan tiga kali lebih banyak dari Perancis.
Bulan lalu, kerajaan mengakui bahawa sasaran untuk mengurangkan kadar kehamilan remaja itu kepada separuh menjelang 2010 tidak akan tercapai. Sejak 1998, usaha pengurangan kadar itu hanya berjaya dikurangkan sebanyak 11 peratus.
Pengkritik menyalahkan dasar kerajaan berhubung pendidikan seks, termasuk menyediakan alat pencegah kehamilan secara percuma.
Profesor ekonomi dari Fakulti Perniagaan Universiti Nottingham, Profesor David Paton, berkata strategi kerajaan bagi mengurangkan kadar kehamilan remaja adalah tidak berkesan.
"Masalah sosial di sesetengah kawasan, kadar perpecahan keluarga dan aspek keagamaan dilihat menjadi faktor penting menyumbang kepada kadar kehamilan remaja berbanding tumpuan dasar kerajaan memperkenalkan pendidikan seks dan kaedah merancang keluarga," katanya.
Remaja di bawah umur boleh mendapatkan pil pencegah kehamilan daripada jururawat sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa menyebabkan menteri mahu pil itu turut dijual kepada mereka yang berusia bawah 16 tahun di farmasi.
Kajian itu turut menyatakan bahawa jumlah kehamilan di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun meningkat empat peratus pada 2005 iaitu kepada sejumlah 7,462 kes. Daripada 23,556 kes kehamilan remaja di England dan Wales sejak tiga tahun lalu, sejumlah 13,474 pengguguran kandungan dilakukan Agensi |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14366 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 8/1/2008, 5:05 pm | |
| alamakkk,punyalah hancur sudah ahlak drg..muda2 lg mengandung sudah.... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 15/1/2008, 8:30 pm | |
| tapi jangan pulak disalahkan budak perempuan bulat2.. budak lelaki pun sama juga.. kalau sudah budak tu, buat lah cara budak.. ni pandai2 mau jadi orang dewasa lah pulak.. |
|
| |
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12571 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 16/1/2008, 2:08 pm | |
| bukan saja masalah jahat ni.ini sikap ibu bapa dan keadaan sosial tu sendiri.remaja senang di pengaruhi,mudah nak disesatkan. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 17/1/2008, 4:16 pm | |
| makanya kita sebagai ibubapa kenalah mainkan peranan kita kan?.. |
|
| |
Eyee FRESHIE
Age : 38 location : Malaysia Points : 12294 Reputation : 0 Number of posts : 2
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 23/1/2008, 10:26 pm | |
| |
|
| |
otai ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 42 location : Kudat Sabah Tag ID: : 999999 Points : 12596 Reputation : 0 Number of posts : 1159
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 23/1/2008, 11:34 pm | |
| skg di malaysia pun kan ada benda nie..
budak2 skg zina ada d mana2..
kalau tak percaya tanya kedai jual Kondom, 1stly 7eleven..hahahha
laku tu barang.. yg beli budak under 20 taun.. |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12378 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 23/1/2008, 11:50 pm | |
| hahahaha.. Zaman sudah berubah geng..hahaha walaubagaimanapun HIDUP MESTI TERUS..MANTAP!!?!! |
|
| |
aboy1900 CONTRIBUTOR
Age : 41 location : Kota Kinabalu-Tawau Points : 12515 Reputation : 0 Number of posts : 1461
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 24/1/2008, 1:29 pm | |
| |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 24/1/2008, 1:41 pm | |
| mungkin pengaruh dari penjualan cd atau bahan bacaan berunsur lucah juga mempengaruhi remaja untuk mencuba. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari 30/1/2008, 4:29 pm | |
| inilah dikatakan zaman moden konon2.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari | |
| |
|
| |
| 21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari | |
|