Rumahtangga Nash tidak dapat diselamatkan lagi!
25-09-2007 11:00:14 AM
Oleh ZIEMAN
NADA
suaranya jelas kedengaran sedih dan cerianya sedikit mendung. jarang
sekali penyanyi kesayangan ramai Nash Lefthanded bersikap demikian
sepanjang perkenalan.Mungkin
juga soalan yang ditanya menyentuh hatinya dan situasi yang
membelenggunya membuat Nash terkedu untuk mengeluarkan kata-kata yang
sesuai.Memikirkan soalan rumahtangga begitu sensitif, Nash lebih banyak mendengar dari memberi komen sepanjang perbualan.
Perkahwinan Nash dan Sosilawati mampu bertahan sehingga
10 bulan sahaja
Ketika
berita rumahtangganya retak heboh diperkatakan, Nash bagaikan
tersentak. Bukan tidak mahu berkongsi tapi bagi penyanyi yang terkenal
dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Pada Syurga Di Wajahmu' ini
hanya mampu bertawakkal saja.Dalam
hati kecilnya, Nash akur dan redha perkahwinan yang dibina pada 16
November 2006 dengan usahawan kecantikan Sosialawati Lawiya, 44 sedang
mengalami liku-liku keretakan dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.Pasangan
Nash-Sosilawati telah diijabkabulkan di Batu Pahat tahun lalu dengan
diikuti dengan empat resepsi, antaranya di Hotel Palace of teh Golden
Horses, Seri Kembangan. Setelah
10 bulan menjalani kehidupan suami isteri, Nash yang juga ayah kepada
tiga orang cahaya mata, Fareena Nash, 18, Najeeha Nasha, 16, Shameer
Nasha, 11 serta seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 9 - terpaksa
menerima ketentuan yang telah ditetapkan.Mengikut sumber, isteri Nash, Sosilawati yang mempunyai enam orang anak, telahpun memfailkan tuntutan cerainya di mahkamah."Apa
yang dapat saya katakan ialah sebagai seorang lelaki bukan mudah untuk
melafazkan cerai. Lebih-lebih lagi di tengah keindahan bulan Ramadhan,"
jawab Nash dengan tenang.Menurut Nash atau nama sebenarnya Nasharuddin Elias, lafaz cerai belum dilakukan olehnya lagi."Memang
dia ada memohon cerai dan saya difahamkan dia telahpun memfailkan
cerai. Mungkin selepas Ramadhan nanti saya akan pertimbangkan. Saya
sudahpun berbincang dengan peguam saya...,"jelas penyanyi yang masih
diminati jutaan peminat itu.Katanya lagi, "Sebagai orang Islam, kita dianjurkan mengeratkan tali silaturrahim bukan sebaliknya. Saya tidak mahu ikut emosi."Keputusan
hendaklah dibuat secara rasional di tempat yang sepatutnya sebab itulah
jatuh talak di tangan lelaki. Mereka tidak mengikut perasaan bila
membuat keputusan."Nash
yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi gambaran buruk
terhadap situasi rumahtangganya ketika ini sekadar mengucap panjang
bila diajukan soalan susulan.Baginya,
ikatan perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat dan ini bukannya
seperti 'main pondok-pondok'. Bila hati tidak suka, dirobohkan pondok.Sebagai
seorang yang sabar dan beriman, Nash tidak mahu melatah dulu dan tidak
suka keadaan menjadi bertambah buruk dengan memberi statement yang akan
menimbulkan spekulasi.Baginya
tempat seorang isteri sewajarnya di samping suami dan tidak molek bagi
sang isteri memohon cerai di bulan mulia, seolah-olah tiada esok lagi
dan tiada jalan penyelesaian.Bunga-bunga retak di dalam rumahtangga Nash dan Sosilawati mula dikesan ketika di
"Cukuplah setakat ini"-Nash
awal perkahwinan lagi."Ketika
di bulan keempat perkahwinan kami, saya sudah dapat rasakan sesuatu
tidak kena. Keretakan yang dikesan cuba diatasi dengan musyawarah....,"
katanya lagi.Bila ditanya mungkinkah yang genting dapat disambung dan yang retak dapat dicantum, Nash sekadar diam seribu bahasa.Setelah lama berdiam diri, Nash berkata, "Cukuplah setakat ini....""Tambahnya
lagi, "Anak-anak saya memahami situasi saya ketika ini. Mereka boleh
menerima apa situasi yang saya hadapi. Saya bangga anak-anak saya tabah
menghadapi keadaan yang agak celaru ini."Nash
yang tidak mampu mengeluarkan perkara negatif tentang isteri atau
perbuatannya yang telah merobek hatinya di takuti kenyataan itu akan
merosak satu perhubungan suami isteri.Hanya
satu saja pintanya ketika ini, "tolong sampaikan salam saya pada
peminat. Minta mereka doakan kebahagiaan saya dan anak-anak.""Dia
banyak melukakan hati saya. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya harap
peminat saya akan mendoakan kesejahteraan keluarga saya dalam apa
keadaan sekalipun dan apa jua keputusan yang saya ambil," kata ayah
kepada empat orang anak ini.Yang pasti bait-bait indah di dalam lagu hitnya 'Pada Syurga Di Wajahmu' kini tinggal satu memori untuk Nash dan anak-anak.