|
|
Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Info minyak pelincir 9/5/2007, 7:03 pm | |
| Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder
MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.
Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.
Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.
Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.
Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.
Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.
Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.
Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.
Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.
Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin. |
|
| |
IVE-C FRESHIE
Points : 12516 Reputation : 0 Number of posts : 16
| Subject: Re: Info minyak pelincir 1/10/2007, 9:01 am | |
| tkar minyak pakai sedut dgn bkak terus yg mana lgi ok? |
|
| |
Ben James REGULAR
Age : 37 location : Kudat-Kota Belud-Kota Kinabalu Points : 12538 Reputation : 0 Number of posts : 445
| Subject: Re: Info minyak pelincir 1/10/2007, 10:09 am | |
| Info yg baik...saya baru tahu nak servis kereta dalam keadaan enjin panas adalah yg terbaik... |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Info minyak pelincir 1/10/2007, 6:05 pm | |
| Tahukah anda..hampir 90% minyak enjin yg berada dipasaran adalah minyak kitar semula..!! Kalau anda berasa was2..beli sja minyak pelincir distesen minyak..(shell atau petronas)..keaslian minyak enjin terjamin.. |
|
| |
kEzz SENIOR
Age : 37 location : Kota Kinabalu Points : 12565 Reputation : 0 Number of posts : 988
| Subject: Re: Info minyak pelincir 1/10/2007, 8:07 pm | |
| petronas syntium..lebih terjamin |
|
| |
Ben James REGULAR
Age : 37 location : Kudat-Kota Belud-Kota Kinabalu Points : 12538 Reputation : 0 Number of posts : 445
| Subject: Re: Info minyak pelincir 3/10/2007, 12:20 pm | |
| minyak kitar semula tu tidak ok ka? (walaupun sudah ada teknologi masing2 mcm HKS,Blitz n Penzoil?). Apa kesan dia? Saya pakai minyak Blitz di kereta oren n Petronas Syntium d Kancil...sama ja pun. |
|
| |
madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12861 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: Info minyak pelincir 3/10/2007, 5:38 pm | |
| - Ben James wrote:
- minyak kitar semula tu tidak ok ka? (walaupun sudah ada teknologi masing2 mcm HKS,Blitz n Penzoil?). Apa kesan dia? Saya pakai minyak Blitz di kereta oren n Petronas Syntium d Kancil...sama ja pun.
Kat sini pun, ada debatan pasal minyak jugak bro, ko baca lah.... http://sioloon.com/ENGINE-f9/Mix-minyak-hitam-t74.htm |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Info minyak pelincir 20/12/2007, 3:35 pm | |
| 76 macam mana?ookkkk jak sy guna neh.... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 20/12/2007, 3:49 pm | |
| apa2 pun ok..ikut pilihan masing2..Castrol Magnatec bah beli sama Nieto..Promote ckit 8) ..MANTAP!!?!! |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Info minyak pelincir 20/12/2007, 6:25 pm | |
| - drakult wrote:
- apa2 pun ok..ikut pilihan masing2..Castrol Magnatec bah beli sama Nieto..Promote ckit 8) ..MANTAP!!?!!
tapi aku pernah test castrol,mmg mantap bahhh... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 22/12/2007, 1:04 am | |
| |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 12:41 am | |
| saya jual banyak jenis minyak, tapi castrol tetap pilihan saya haha... saya sudah try Nasa, Petronas, Shell, BP. Masih juga castrol lebih power bagi saya.
yg penting jangan campur jenis mineral dan syntetic. sebab formula mereka buat berlainan, so kalau campur kemungkinan kereta makan minyak.
Top sales minyak engine saya untuk K-car Magnatec la... so far, semua bagi positive feedback, kereta ringan, response lebih laju, senyap and sebagainya.
2nd pulak Nasa, kenapa? MURAH ma, rm35 saja 3 liter. Lagipun minyak nie bukan chap ayam tau, ia telah mendapat Super Brand Award. Nasa dan Stop Oil sama company. Nasa juga USA tech, packing at Msia~ |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 2:46 am | |
| bagaimana pula dgn X1-R.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 8:49 am | |
| |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 9:13 am | |
| bukan .. apa pendapat anda tentang X1-R?? 8) |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 1:25 pm | |
| tak tau la, tak pernah guna~ |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 2:15 pm | |
| Castrol Magnetic bukan sekadar minyak pelincir....
Tapi ianya Kejuruteraan Bendalir hehehehhe.... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 23/12/2007, 6:21 pm | |
| hehe yaya... pembetulan Magnectec~ betul tu ia mempunyai molekul unik yg melekat di piston dan block untuk melindungi dan melancarkan engine. Sedikit pengalaman kawan saya di sini,
kawan saya mengunakan isuzu invader, juga pakai castrol magnatec. ada satu hari, filter minyak dia loose dan terjatuh, dia pun tak sedar la... kemudian dia terasa kereta kurang power, jadi dia check semua meter dia, tu oil pressurenya kosong, so dia pun turun dan tengok apa yg terjadi. engine dalam kosong, habis minyak. Lepas tu tarik ke workshop check, tiada masalah pulak, isi minyak engine baru, baiki bawa sana siap!! jalan, no problem.
untuk kereta berusia lebih 10 tahun dinasihati jangan pakai magnatec:- asap putih akan keluar walaupun sudah overhaul (kadang-kadang). Minyak engine akan kurang dengan cepat walaupun sudah overhaul.
bukan saja magnatec, asal tu minyak fully syntetic, semi syntetic, atau terlalu cair pun akan menyebabkan masalah untuk kereta lama.
paling best pakai 20w/50 atau 40 |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 1:33 am | |
| jadi castrol Magnatec memang power dari yg lain??..hmmmm... 8) Next oil change, aku mo try lah.. |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 2:15 am | |
| sebenarnya saya tak berani cakap castrol lebih power dari yg lain. saya cuma boleh cakap itu adalah minyak yg MANTAP!! haha~ |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 2:50 am | |
| hahahaha.bagus.. bagus.. nanti aku cari ko..bah kasi discount lor..baru KEMANTAPAN tue terserlah macam pearl.. |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 7:59 am | |
| best2 castrol..tp lau xda budget lebih guna 76 pn ok bah....tp myk besa lah... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 10:37 am | |
| boleh discount, jangan kau takut~ kalau 76 vs Nasa, aku prefer NASA.. haha~!! |
|
| |
pioneer_syntium MODERATOR
Age : 43 location : Semporna / Tawau / Lahad Datu / Flamingo / Putatan Points : 12852 Reputation : 3 Number of posts : 1106
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 11:41 am | |
| Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke. |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14135 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: Info minyak pelincir 24/12/2007, 1:11 pm | |
| - pioneer_syn wrote:
- Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.
kereta NA bulih pakai juga kan...?? |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Info minyak pelincir | |
| |
|
| |
|