Ben507 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID: : SFC 2357 Points : 12336 Reputation : 0 Number of posts : 1557
| Subject: Adam & Hawa 22/3/2009, 7:30 pm | |
| Sebenarnya banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan. Dan kali ni dari segala segi yang sangat2 membezakan lelaki dan perempuan. Dan bukannya kes2 di bawah ni aku setuju 100%, ada yang jadi kat aku dan ada yang xpenah jadi.
Semuanya bergantung kepada diri masing2. So, selamat membaca dan relate la dgn diri anda semua. Mana tau same kot kn?
1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.
Aku: berus gigi, ubat gigi, shower foam, shampoo, pencuci muka dan cermin. Mana tau nak tgk gigi, kot2 terlebih bersinar susah jugak kan?
2. SHOPPING
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.
Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.
Aku: ni hobi aku, so aku setuju dengan org pompuan. Bukan bermaksud aku ni auuwww mahupon berpewatakan ayu semacam, tpi aku akui aku ni addicted to Shopping! wahahaha
3. BERBUAL
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.
Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.
Aku: Sokong ngan lelaki sbb aku lelaki. xsuka nak cakap byk xtentu hala. Aku ni pendiam kalau org xkenal, so aku hanya akan berbicara dgn org2 yang aku rasa selesa untuk bertukar pandangan mahupon mengumpat.
4. MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.
Aku: Setuju dgn Lelaki!
5. KUIZ
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.
Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.
Aku: Sangatlah tidak suka. muahahah. sbb aku rasa senang sgt. cheewah!
6. KASUT
Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.
Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!
Aku: Ni lagi satu keburukan aku, suka beli kasut pastuh aku xpakai sgt. Sebab? Ntah dah aku tgk kasut cam semat je, duit pon mcm byk je, so aku beli la. Tapi aku kemaruk ngan sandal Bonia. Semat weiii
7. FAMILY GET-TOGETHER
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.
Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.
Aku: aku lagi suka habeskan masa ngan family, sbb aku ni dri form 1 dok asrama. so aku rasa spend masa ngan family sgtlah best. sbb leh makan free, minyak keta pon free. Aku just jadi driver je. N aku rasa should be better kalau pandai arrange masa tuk ngan membe2. Awek pon perlu! Sbb awek kan buah ati kite. yuhuuuu.
8. BUNGA DAN COKLAT
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.
Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!
Aku : Sgt setuju dgn lelaki. Da alang2 nak bgi, bgi je kete sport. Kancil pon ok pe. Jimat sket minyak kan?
9. SOAP OPERA
Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.
Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.
Aku: Opera? Teater musical same ke? Aku ok je menalah sume neh. Janji best.
So rumusannye, aku adelah lelaki. Lelaki dan pompuan ni saling melengkapi sebernya. Dengan perbezaan ginilah yang melengkapi antara lelaki dan wanita kan? |
|
Leader MODERATOR
Countries/State : Age : 42 location : Astoria, Oregon Website : http://leader-tm.blogspot.com Tag ID: : SFC 04137 Points : 12936 Reputation : 19 Number of posts : 1531
| Subject: Re: Adam & Hawa 22/3/2009, 10:52 pm | |
| kalau dari segi penggunaan duit lak camana, ada info ka.? |
|
satria5943 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : keningau Tag ID: : SFC 08183 Points : 11566 Reputation : 1 Number of posts : 422
| Subject: Re: Adam & Hawa 1/9/2009, 10:09 pm | |
| Duit
lelaki= ingat aku ni bank duit?
pompuan=bang' simpanan kita dah tak banyak l....... |
|
silis SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : k9' v3n0n! p@p4R Website : ag89_silis@yahoo.com Tag ID: : SFC 011015 Points : 11711 Reputation : 4 Number of posts : 794
| Subject: Re: Adam & Hawa 11/2/2010, 11:26 pm | |
| msti duit kena banyak....2 kalau pempuan...laki2 lgi msti bnyak....mo blnja sama pempuan....mangsa laki2 juga tau...jadi....fikir2lah...hehehe... |
|
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18887 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Adam & Hawa 6/2/2011, 11:04 pm | |
| 4. MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.
biasala tu bro klu wanita ni mmg manja sikit....mudah tersentuh hati...kekekekeke....mo kna sayang2 bah tu bgtu,,,mo d kasi manja2 jg tu... |
|