SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tuhan masih sayangkan Ona Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tuhan masih sayangkan Ona Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tuhan masih sayangkan Ona

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Tuhan masih sayangkan Ona Empty
PostSubject: Tuhan masih sayangkan Ona   Tuhan masih sayangkan Ona Icon_minitime23/10/2007, 2:45 pm


PETALING JAYA: "Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata penerbit drama, Yong Rahimah Johari, ibu kepada Ayuna Mustapha Kamal, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 kondominium mereka di Taman Desa di sini.

Akibat kejadian itu, Ayuna yang juga anak pelakon terkenal, Mustapha Kamal dan baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Ketika ditemui di PPUM semalam, Yong Rahimah, 50, berkata dia tidak menyangka kejadian itu akan menimpa anaknya dan ia berlaku begitu pantas ketika dia berehat di ruang tamu selepas pulang dari Sarawak, awal pagi kelmarin.

"Saya baru pulang melawat anak bongsu (Ayuni) di Kuching, pagi semalam (kelmarin). Saya berada di rumah sepanjang hari. Ketika itu, dia (Ayuna) langsung tidak berkelakuan pelik, malah kami saling berkomunikasi dengan baik.



"Pada sebelah petang, dia banyak menghabiskan masa dalam bilik tidur. Ketika memanggil nama dan mengetuk pintu biliknya, saya dapati pintu yang tertutup rapat itu dikunci dan apabila dipanggil dia langsung tak menyahut.



"Saya berasa pelik dan sebaik membuka pintu menggunakan kunci pendua, saya dapati dia tiada dalam bilik.

"Apabila menjenguk di tingkap, saya dapati dia berada di bawah rumah kami dalam keadaan parah. Dalam sebak saya segera menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Sebelum kejadian, Yong Rahimah berkata dia mempelawa Ayuna untuk turut serta ke Sarawak, namun anaknya itu enggan dengan alasan mempunyai rancangan sendiri bersama teman rapatnya.

Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan anaknya supaya memaklumkan apa jua perasaan atau tindakan yang perlu diambil jika menghadapi sebarang masalah.

"Saya sentiasa memberi peluang kepadanya untuk menyatakan perasaan tidak puas hati atau kurang selesa dengan tindakan atau apa jua perkara membabitkan hubungan kami sekeluarga," katanya.

Yong bersama tenaga produksi Shootingstarmedia Sdn Bhd baru saja menamatkan penggambaran telemovie, Coklat di sekitar Lembah Klang arahan Zulkifli M Osman yang dijadualkan untuk siaran Astro Ria November ini.

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Mustapha Kamal dikurnia dua anak, Ayuna dan Ayuni, 13. Pasangan ini berkahwin pada Julai 1998 selepas bertemu di lokasi filem Sedarah sekitar 1994.

Mustapha yang popular dengan watak ahli perniagaan kaya dalam drama seperti Natasha dan drama bersiri Manjalara, kini bahagia bersama Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon) dan anak mereka, Sabella Qawiema, 8, Aulia Qayyiem, 6, Salsabil Qur'ani, 4, dan Naqli Qaddiem, 1.

Mustapha mempunyai empat lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, iaitu Darul Amir Hazin, 26, Darul Ali Hafiz, 24, Darul Azam Harris, 22, dan Dayang Aimi Shahira, 19.

Yong berkata, kejadian yang menimpa anaknya itu dianggap satu 'kejaiban' kerana Ayuna masih terselamat walaupun terjatuh dari tingkat 13.

"Secara logik, Ona mungkin sudah mati, namun Tuhan masih sayangkannya dan memberinya peluang untuk terus hidup.

"Malah doktor yang merawatnya turut menyatakan terkejut apabila mengetahui anak saya masih bernyawa walaupun terjatuh dari tingkat 13 kondominium," katanya.

Menurutnya, Ona sudah menjalani pembedahan kecemasan selama lima jam sejurus dimasukkan ke PPUM malam kelmarin.

"Pembedahan yang bermula jam 11 malam dan berakhir sekitar 4 pagi semalam, bertujuan membuang darah beku dari dalam tubuh selain membabitkan bahagian anggota tubuhnya yang cedera.

"Doktor memberitahu, bahagian jantung, hati, limpa dan buah pinggangnya mengalami kecederaan serius akibat kesan hentakan ketika jatuh. Pembedahan kedua akan dijalankan esok (hari ini) bagi membuang satu daripada buah pinggangnya yang rosak akibat kejadian berkenaan," katanya.

Rahimah yang membawa wartawan Harian Metro melihat anaknya di wad kecemasan PPUM jelas tidak dapat menahan air mata kesedihan tatkala menatap wajah anaknya yang terlantar di katil hospital.

Ayuna yang parah dan masih tidak sedarkan diri dilihat masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan selain dimasukkan darah ke dalam tubuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi ketika dihubungi mengesahkan laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan, Yong Rahimah membuat laporan pada jam 8.58 malam kelmarin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Berdasarkan maklumat, kejadian itu ada kaitan dengan tindakan Yong Rahimah mengambil telefon bimbit anaknya itu sebelum kejadian.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Tuhan masih sayangkan Ona

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: