|
| 'Tidak wajar gam lagu Kak Pah' | |
| Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: 'Tidak wajar gam lagu Kak Pah' 19/10/2007, 10:35 pm | |
| Oleh Ramli MS
Bayangkan karya intelek jadi milik banyak pihak, berusia berpuluh tahun tiba-tiba mahu dipadam sekelip mata
ASSALAMUALAIKUM. Lebih kurang seminggu saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam. Tapi sebelum itu, minggu ini saya ingin bercakap mengenai tanggung jawab dan kewajipan saya untuk mempertahankan rakan artis dari terus diperkatakan mengenai perkara yang bagi saya tidak sewajarnya berlaku ke atas kerjaya mereka sebagai anak seni.
Justeru, dalam minggu ini saya ingin bercakap mengenai lagu yang digam stesen TV dan radio. Saya tidak mahu masuk campur urusan pentadbiran stesen TV dan radio. Saya bercakap atas dasar harta intelek rakan artis. Bercakap mengenai lagu yang digam, seharusnya lagu sumbang, liriknya terlalu berbau lucah mahupun lagu itu tidak mencapai piawaian masa kiri, lagu berkenaan sewajarnya digam.
Pun begitu, lagu berkenaan bukannya digam atas dasar peribadi. Saya akui, kadang-kadang artis tidak sedar, mereka terlepas kata, terlajak perbuatan dan sebagainya, namun biarlah perkara seumpama itu dibawa ke meja rundingan. Bukannya bertindak gam lagu nyanyian artis berkenaan, sekali gus menghapuskan karya intelek mereka.
Karya intelek artis juga adalah karya intelek milik negara. Saya mengambil contoh isu Datuk Sharifah Aini. Sudah 40 tahun dia menyanyi, tapi disebabkan apa saja alasannya, itu adalah satu isu lain. Isu seperti tidak hadir membuat persembahan di Konsert Orkestra Simfoni Putrajaya 2007, seharusnya dibawa ke meja rundingan, bukannya terus menyenaraihitamkan lagu nyanyian Kak Pah.
Bayangkan lagu Hari Raya nyanyian Kak Pah yang selama ini berkumandang di corong radio setiap tahun, tidak dimainkan lagi menerusi rangkaian radio RTM! Begitu juga puluhan lagu hitnya, tidak lagi diputarkan di radio mahupun bersiaran di kaca TV hanya disebabkan ketidakhadiran dirinya di satu konsert, dia terus disenaraihitamkan.
Saya tidak mahu mempertahankan kelakuan atau apa saja peribadi beliau terhadap RTM, tapi saya hanya bercakap mengenai harta intelek yang beliau sudah hasilkan 40 tahun lalu. Jadi bagi saya, tidak wajar lagu Kak Pah digam RTM. Saya berasakan setiap apa yang berlaku boleh dibawa ke meja rundingan.
Saya menghormati karya intelek yang bagus dan berkualiti. Peminat terus menerima Kak Pah, sehingga hari ini dia terus bertahan. Dia adalah satu-satunya penyanyi yang masih bertahan selepas 40 tahun. Bayangkan karya intelek yang berusia berpuluh tahun, tiba-tiba mahu dipadamkan begitu saja. Kerja intelek ini membabitkan banyak pihak, takkan nak digam dengan sekelip mata?
Lainlah kalau lirik lagu berkenaan berbau lucah yang melampau, kualiti rakamannya rendah, lagu seperti itu yang seharusnya digam! Apabila lagu nyanyian Kak Pah dan baru-baru ini pula lagu Tam Spider serta Ramlah Ram turut digam stesen radio, perkara seperti ini bagi saya, terlalu berbau peribadi.
Apa yang berlaku antara Tam Spider dengan stesen radio Suria FM, dah saya katakan tadi, mungkin apa yang berlaku antara mereka adalah satu sifat manusia yang kita semua tidak sempurna. Bayangkan kalau stesen radio gam lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Suci Dalam Debu dan sebagainya yang popular lebih 10 tahun dulu, sama halnya kalau anda gam lagu Tam. Bagi saya, karya intelek yang digam itu seharusnya dielakkan. Harta intelek kita seharusnya dipelihara. Begitu juga dengan lagu nyanyian Ramlah Ram. Ia sebuah karya baru, tapi mengikut kata orang ramai, penerimaannya begitu baik. Namun, khabarnya lagu berkenaan turut digam.
Kesimpulannya, ada banyak lagu lain yang kita boleh gam sekarang. Setakat ini saja untuk minggu ini, wassalam |
| | | andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: 'Tidak wajar gam lagu Kak Pah' 19/10/2007, 10:43 pm | |
| 'Janganlah buat begini, dah 40 tahun saya jadi penyanyi'Oleh Akmal Abdullah Datuk Sharifah Aini kecewa dan berasa dihina kerana lagu dikatakan digam RTM
BERIKUTAN tulisan Kak Pora dalam Bintang Popular minggu lalu menerusi tajuk 'RTM gam Sharifah Aini?', penyanyi bergelar Biduanita Negara itu diselubungi resah dan hatinya menjadi tidak tenteram, lalu dalam masa dua hari selepas artikel itu disiarkan Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Pah mengadakan sidang media di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Meskipun sesekali dilihat dalam mood kesal dan terkilan dengan berita mengenai semua lagu nyanyiannya digam RTM, Kak Pah akui dia tidak marah pada RTM dan dalam tersenyum dia cuma mahu surat rasmi daripada pihak stesen TV dan radio itu jika sahih dendangannya digam. Malah, Kak Pah nampak bersemangat menceritakan projek albumnya yang ke-99 dan 100 yang akan diterbitkan tahun depan. Ikuti sebahagian inti pati sidang media itu.
KAK PAH mengambil makanan untuk berbuka puasa sebelum mengadakan sidang media, Selasa lalu.
Wartawan: Apa tujuan sidang media ini diadakan?
Sharifah Aini: Sudah tentu ada antara kamu yang tahu seperti mana laporan dalam Berita Minggu pada 23 September lalu ada menulis mengenai lagu saya digam RTM. Sebenarnya saya sendiri sebelum berita itu disiarkan, saya sudah tahu daripada orang dalam RTM sendiri yang memberi maklumat lagu saya memang tidak boleh dimainkan lagi menerusi arahan pegawai atasan dalam satu mesyuarat, maknanya arahan secara lisan. Saya mengaku hal ini ada kaitan dengan Konsert Orkestra Simfoni Putrajaya 2007.
Wartawan: Apa kaitannya?
Sharifah Aini: Ya, saya tidak dapat bersama untuk konsert itu. Pada mulanya memang saya diundang untuk buat persembahan di konsert itu yang dianjurkan Kementerian Penerangan atau RTM. Masa itu, saya cakap memang saya boleh bersama menjayakan konsert itu dan saya cuma berkomunikasi dengan seorang penolong penerbit yang menamakan dirinya sebagai "Peace". Masa itu cuma saya sahkan untuk menyanyi tetapi kami belum putuskan berapa lagu, apa judul lagu sebab 13 kali tukar repertoire mengenai lagu dan raptai. Namun, seminggu sebelum konsert itu, saya hadapi masalah kerana ibu saya yang berada di Singapura sakit agak teruk iaitu radang paru-paru dan serangan jantung. Jadi, saya berkomunikasi semula dengan Peace dan maklumkan saya terpaksa menarik diri atas alasan ibu saya sakit dan saya harus ke Singapura. Jadi, RTM ada masa tujuh hari untuk gantikan tempat saya itu . Saya dapat tahu, mereka gantikan dengan Datuk Yusni Hamid. Emak saya berumur 72 tahun. Menjadi tanggungjawab saya sebagai anak untuk berada di sisinya ketika dia sedang mengalami sakit teruk macam itu.
Wartawan: Macam mana tiba-tiba boleh keluar cerita lagu Kak Pah kena gam. Ada surat rasmi?
Sharifah Aini: Itulah masalahnya, saya tidak dapat apa-apa surat beritahu bahawa lagu saya kena gam. Cuma, maklumat daripada orang di RTM sendiri yang cakap pada saya lagu saya tidak boleh diputarkan lagi menerusi semua rangkaian radio RTM. Ini arahan lisan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin. Saya bukanlah hendak mencabar atau provokasi kepada RTM kerana tindakan seperti itu akan dianggap sebagai perbuatan 'kurang ajar' terutama kepada Datuk Seri Zainuddin.
Wartawan: Maksudnya Kak Pah tidak puas hati dibuat sebegitu oleh RTM?
Sharifah Aini: Ya, saya rasa terhina, dihukum tanpa memberi peluang kepada saya untuk memberi penjelasan. Bukan saja lagu saya tidak boleh disiarkan, sebut nama saya juga tidak boleh. Saya tidak marah, cuma rasa terhina. Bagi saya, mereka kenalah berani mengeluarkan arahan secara hitam putih, bukannya berbentuk lisan saja. Arahan secara lisan ini menyebabkan saya dalam kegelapan. saya tidak mahu tahu sekadar daripada atau ketiga atau keempat.
Wartawan: Apa yang Kak Pah mahu sekarang?
Sharifah Aini: Saya cuma mahu RTM kelaurkan surat secara rasmi yang mengesahkan bahawa lagu nyanyian saya tidak lagi disiarkan oleh semua rangkaian radio di bawah RTM. Menerusi surat yang sama juga, RTM juga perlu menyatakan bahawa nama saya tidak boleh disebut atau ditulis dan saya tidak boleh muncul lagi dalam mana-mana program terbitan RTM. Jika ini dibuat, saya berasa lega. Karier nyanyian saya nak masuk 40 tahun tetapi dilayan sebegini, saya rasa macam dihina. Tahap umur dan pengalaman saya, apatah lagi saya sudah ada 98 album, tentulah rasa macam dihina.
Wartawan: Soalnya, tidak ada arahan rasmi lagu Kak Pah digam, apa buktinya?
Sharifah Aini: Maklumat ini saya tahu dari orang dalam RTM sendiri yang beritahu saya secara sulit, kemudian sejak beberapa minggu ini lagu saya tidak lagi kedengaran di RTM dan peminat ada bertanyakan hal ini pada saya dan ada juga peminat hubungi wartawan, lalu keluarlah cerita seperti mana dalam Bintang Popular di Berita Minggu pada 23 September lalu.
Wartawan: Kak Pah mahu buat rayuan?
Sharifah Aini: Saya tidak kisah kalau betul lagu saya digam. Tidak apalah kalau Menteri Penerangan sekarang tidak mahu lagu saya disiarkan lagi, mungkin selepas ini bertukar menteri, lagu saya dapat dimainkan semula. Saya tidak akan merintih atau membuat sebarang rayuan apabila ada surat rasmi menyatakan saya tidak boleh muncul di RTM lagi dan lagu saya tidak boleh disiarkan.
Wartawan: Kalau RTM secara rasmi maklumkan lagu Kak Pah memang digam, bagaimana?
Sharifah Aini: Saya akan terima ia secara terbuka dan meminta peminat mendengar saja lagu saya di stesen radio lain. Mereka juga boleh belikan saja CD dan kaset lagu saya.
Wartawan: Dalam perkembangan lain, apa cerita mengenai karier Kak Pah?
Sharifah Aini: Sekarang saya ada pengurus baru, Ina, iaitu isteri kepada penyanyi Yasin Sulaiman. Saya merancang buat dua konsert pada 2008 iaitu sempena ulang tahun ke-40 karier saya sebagai penyanyi.
Wartawan: Bagaimana dengan album terbaru?
Sharifah Aini: Ya, ini yang seronok untuk diberitahu iaitu pada tahun depan juga, saya akan muncul untuk album ke-99 dan album ke-100. ia akan dihasilkan dengan teliti dan ada lagu hit saya akan dirakam semula dalam bentuk orkestra menerusi kerjasama Ramli MS. Belanja untuk projek dua album ini agak tinggi iaitu sekitar RM900,000 kerana ia guna orkestra sepenuhnya dan proses mastering akan dibuat di Los Angeles. Saya idamkan satu album lagu Melayu yang boleh dijadikan rujukan generasi akan datang dari segi mutu lagu dan kehebatan produksinya. Impian besar saya ialah untuk bawa album lagu Melayu ke persada antarabangsa. Ia diterbitkan dibawah label Seri Dewi Productions, syarikat yang ditubuhkan dua tahun lalu. Sepanjang karier, saya sudah rakam lebih 1,000 lagu dan 320 lirik dihasilkan saya sepanjang 40 tahun jadi penyanyi.
|
| | | | 'Tidak wajar gam lagu Kak Pah' | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|