andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Pengarah, aktres remaja berkurung 24/10/2007, 2:59 pm | |
| KISAH cinta lokasi memang kita dah selalu dengar, tapi kalau terlalu over, rasanya mereka patut ditegur supaya perkara yang tak manis dipandang mata, tidak berulang lagi demi nama baik artis berkenaan dan yang paling penting, maruah keluarga tidak tercemar hanya kerana anak-anak tidak mampu melawan gelodak hawa nafsu yang tiada batasan.
Ketika Zubir dan seseorang yang terbabit dengan kerja-kerja di belakang tabir sebuah produksi drama dan filem sedang membeli-belah sempena Aidilfitri minggu lalu, dia secara tidak sengaja memulakan cerita apabila terpandang poster seorang aktres remaja yang sedang menempa nama pada sebuah majalah hiburan yang dijual di tepi jalan.
“Kau tengok budak baru ni Zubir, baru berlakon satu dua filem, drama pun adalah dua tiga kerat, tapi dah buat hal! Budak ni berhingus lagi, tapi dah pandai affair dengan pengarah, kalau dekat set, tak reti control langsung perasaan tu, orang lain pun bercinta jugak! Ini tidak, asyik nak berkepit saja, sampai krew dan artis lain naik meluat!
“Suatu hari tu, kita orang shooting di sebuah banglo kat sebuah taman perumahan ni, maka bermulalah adegan sakit mata aku memandangnya. Kita orang ni krew, sibuk tengah set-up props dengan lighting. Memanglah ambil masa sikit, sejam dua tu memang tak larilah. Jadi, pada kesempatan yang ada tu, si aktres remaja ni bersama pengarah tadi, sempat berdating. Bukan setakat coffee-coffee saja Zubir, tapi mereka bertindak lebih berani apabila kedua-duanya masuk ke dalam sebuah bilik di banglo berkenaan. Dah masuk tu, siap berkunci dari dalam beb!
“Apa yang dia orang buat dalam bilik tu, hafal skrip ke atau main play station 2? Lu sendiri mahu ingatlah Zubir! Bagi aku, dia orang berdua tu langsung tak menghormati perasaan artis lain yang terkebil-kebil memandang gelagat mereka. Ada dua, tiga orang artis senior tu berpandangan sesama sendiri, terkejut dengan tindakan berani mati anak-anak muda sekarang ni,” kata teman tadi.
Jika apa yang disampaikan ke telinga Zubir ini satu kisah benar, apa yang Zubir harapkan, baik pengarah dan mahupun aktres remaja tu, tolonglah belajar sivik sikit. Apabila berada di lokasi penggambaran, kita harus bersikap profesional. Tambahan pula sebagai seorang pengarah, anda ibarat kapten yang menjadi ikutan anak-anak buah. Jangan kerana diri bergelar sutradara, boleh buat sesuka hati!
|
|
cherry_cutiey JUNIOR
Age : 36 location : KL Points : 12466 Reputation : 0 Number of posts : 215
| Subject: Re: Pengarah, aktres remaja berkurung 29/10/2007, 4:11 pm | |
| |
|