MIRI: “Saya langsung tidak ingat diri ini sarat mengandung enam bulan ketika berlari nekad menyelamatkan anak sebelum rumah didiami hangus,” kata seorang mangsa kebakaran yang memusnahkan 17 rumah di penempatan setinggan di Pujut Corner, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Sollia Victor Langie, 20, berkata dia tidak sempat berfikir apa-apa lagi melainkan membawa keluar dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun dari rumah sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Sollia berkata, ketika kejadian dia ke bilik tidurnya untuk berehat sebelum terkejut melihat api dan asap hitam marak dengan begitu cepat di belakang rumahnya.
Oleh kerana terlalu cemas, dia tidak sempat mengambil barang berharga dan hanya mahu menyelamatkan dua anak yang bermain di ruang tamu rumah.
“Api marak begitu cepat menyebabkan saya ketakutan dan bergegas keluar bersama dua anak sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda lain.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terlupahamil6bulan/Article/index_html