SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Amaran diabetis! ! ! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Amaran diabetis! ! ! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Amaran diabetis! ! !

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Amaran diabetis! ! ! Empty
PostSubject: Amaran diabetis! ! !   Amaran diabetis! ! ! Icon_minitime27/5/2011, 10:33 am

SAMA ada anda percaya atau tidak, bilangan penghidap diabetes di Malaysia semakin meningkat. Jumlah itu dijangka mencecah 2.5 juta orang menjelang tahun 2030

Pada tahun 2010, seramai 1.8 juta rakyat Malaysia dikenal pasti menghidap diabetes dan majoritinya menghidap diabetes jenis 2. Pada tahun yang sama, penyakit ini telah mencatatkan angka kematian sebanyak 23,800 kematian.

Peningkatan ini melibatkan semua negara di dunia. Umum mengetahui bahawa terdapat dua jenis penyakit diabetes iaitu jenis 1 dan jenis 2. (Rujuk Info Diabetes di muka sebelah)

Perangkaan Persekutuan Diabetes Antarabangsa mendedahkan, 285 juta penduduk dunia kini menghidap diabetes dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang tahun 2030.

Di Malaysia, peningkatan penghidap diabetes agak mendadak iaitu dari 1.4 juta pada tahun 2006 kepada 1.8 juta pada tahun 2010.

“Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi manakala diabetes jenis 1 pula, pankreas pesakit itu langsung tidak berfungsi,” kata Perunding Kanan Endokrinologi , Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed pada majlis pelancaran ubat baru diabetes baru-baru ini.

Tambahnya, pesakit yang menghidap diabetes jenis 2 selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol tinggi sekali gus meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

“Inilah punca kebanyakan kematian pesakit diabetes jenis 2. Terdapat dua jenis faktor risiko penyebab diabetes jenis 2 ini iaitu faktor risiko kekal dan boleh ubah.

“Faktor risiko kekal ialah faktor genetik, umur dan etnik, manakala faktor risiko boleh ubah pula melibatkan berat badan dan aktiviti fizikal,” ujarnya.

Di Malaysia etnik yang paling ramai menghidap diabetes ialah India diikuti Melayu dan Cina.

Jelasnya, faktor lain yang menyebabkan diabetes ialah berat badan dan aktiviti fizikal. Jika berat seseorang itu semakin meningkat sehingga obes, semakin tinggi risiko menghidap diabetes dan seseorang yang tidak aktif juga berdepan dengan risiko yang sama.

“Impak diabetes terhadap seseorang pesakit sangat besar dan mendatangkan banyak komplikasi. Ia merupakan penyakit keenam yang menyebabkan kematian dan pada masa yang sama menurunkan jangka hayat penghidapnya di antara lima hingga ke 10 tahun.

“Pesakit diabetes juga berisiko menghidap penyakit kardiovaskular antara dua hingga empat kali ganda selain mengalami kerosakan saraf, amputasi, buta dan kegagalan buah pinggang,” jelasnya.

Satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan satu daripada lima dewasa berpotensi menghidapnya.

“Ia merupakan angka amaran yang sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian. Dulu kita anggap bahawa penyakit ini hanya melibatkan orang-orang kaya sahaja, namun kini senarionya berubah kerana ia turut berlaku pada orang yang tinggal di luar bandar.

“Dalam tempoh sedekad, lebih ramai masyarakat luar bandar menghidap diabetes, jadi kita perlu mendidik mereka,” katanya.

Mafauzy mengakui bahawa peningkatan bilangan pesakit diabetes ada kaitannya dengan obesiti sehingga ia dikenali sebagai diabesiti.
“Kebanyakan pesakit tidak dapat mengawal tahap glukosa dalam darah ke tahap normal kerana penyakit ini menyebabkan tahap glukosa dalam darah meningkat.

“Walaupun menjalani rawatan diabetes yang sedia ada, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik,” jelasnya.

Sesetengah rawatan diabetes menyebabkan seseorang itu mengalami pertambahan berat badan dan sering dikaitkan dengan risiko hipoglisemia. Ia merupakan satu keadaan tahap glukosa darah berada di bawah tahap normal yang boleh menyebabkan tanda-tanda serius dan koma.

Bagi mengatasi masalah tersebut, syarikat farmaseutikal dan peneraju penyakit diabetes, Novo Nordisk melancarkan liraglutide untuk merawat diabetes jenis 2 di Malaysia.

Liraglutide membantu mengembalikan tahap glukosa darah pesakit pada tahap normal dengan suntikan sekali sehari. Ia boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan.

Liraglutide bertindak balas dengan mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika terlalu tinggi. Ia merendahkan tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko glukosa menjadi terlalu rendah.

Sebahagian besar penghidap diabetes di Malaysia menghidap diabetes jenis 2. Ia boleh dikaitkan dengan peningkatan jumlah mereka yang obes.

“Ubat baru ini merupakan pencapaian penting dalam rawatan diabetes kerana ia turut membantu pesakit menurunkan berat badan, satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2.

“Penambahan berat badan merupakan kesan sampingan daripada kebanyakan rejimen rawatan diabetes jenis 2 selain meningkatkan risiko penyakit berkait dengan obesiti,” kata perunding kanan endokrinologi, Profesor Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir.

Tambah Khalid, dengan Liraglutide , pesakit diabetes jenis 2 boleh mengawal tahap glukosa darah di samping menurunkan berat badan.

“Suntikan sekali sehari yang tidak bergantung kepada waktu makan ini juga boleh meningkatkan disiplin pesakit dalam pengambilan harian dan mempertingkatkan hasil rawatan,” ujarnya.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Amaran diabetis! ! ! Empty
PostSubject: Re: Amaran diabetis! ! !   Amaran diabetis! ! ! Icon_minitime27/5/2011, 9:25 pm

fuhhhh...bahaya ni...jaga lah kesihatan anda smuua.....hihihih
Back to top Go down
 

Amaran diabetis! ! !

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Informasi & Isu Terkini-
Jump to: