Wenger beri amaran awal kepada UnitedPEMAIN Arsenal,Emmanuel Adebayor (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua ketika menentang pasukan Blackburn kelmarin.
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada Manchester United bahawa kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Perdana England tidak akan memberi tekanan dalam misi
The Gunners bergelar juara musim ini.
Arsenal kini selesa selaku pendahulu dengan 63 mata, lima mata di hadapan United selepas menewaskan Blackburn Rovers 2-0 pada aksi di Stadium Emirates kelmarin.
Kemenangan itu hadir sehari selepas United mencatat kekalahan mengejut 1-2 kepada Manchester City di Old Trafford Sabtu lalu.
Dua gol Arsenal kelmarin masing-masing dijaringkan Philippe Senderos dan Emmanuel Adebayor, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah
The Gunners kepada 10 perlawanan.
"Saya yakin kami mampu untuk mengawal tekanan sepanjang musim ini," jelas Wenger.
"Minggu lalu, kami bermain awal di Manchester City dan berjaya mencatat kemenangan. Minggu ini pula, pasukan kami beraksi di akhir minggu dan kami masih mampu mencatat kemenangan.
"Ini membuktikan kami masih berada pada landasan terbaik dan tidak tertekan sekali pun muncul pasukan pendahulu.
Begitupun, Wenger menyedari bahawa saingan musim ini masih panjang dan sebarang kesilapan bakal mengubah nasib pasukannya.
"Kami masih ada 12 perlawanan lagi yang perlu dilalui dan kini, kami berada pada kedudukan terbaik.
"Apa yang perlu kami lakukan adalah mengelak daripada keciciran mata. Kami akan berterus berjuang hingga ke akhir saingan," katanya. - AFP