Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapai Kejayaan dalam ujian jalan raya. Sekian, terima kasih.
source: http://drivingschool.com.my