SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panduan memohon penukaran enjin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Panduan memohon penukaran enjin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Panduan memohon penukaran enjin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18887
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Panduan memohon penukaran enjin Empty
PostSubject: Panduan memohon penukaran enjin   Panduan memohon penukaran enjin Icon_minitime31/7/2011, 11:47 am

Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.



JENIS-JENIS PERMOHONAN

Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)

PROTON <-> a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA
FORD <-> MAZDA
PEUGOT <-> CITROEN
HICOM <-> ISUZU


?SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:

Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana tidak dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan 2000cc..
Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:

Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
Bil/Resit belian enjin yang asal
Laporan Kastam K1 yang asal
Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Bagi Kategori 2 hingga 6
Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
Salinan bil/resit belian enjin
Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
Bil/Resit belian enjin yang asal
Laporan Kastam K1 yang asal
Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

KADAR BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif

MAKLUMAN

Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 10 Mac 2011 10:09

source-->> http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=22%3Apanduan-memohon-penukaran-enjin&catid=7%3Ateknikal&Itemid=43&lang=ms
Back to top Go down
 

Panduan memohon penukaran enjin

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: