SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Perjalanan terakhir Noramfaizul Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Perjalanan terakhir Noramfaizul Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Perjalanan terakhir Noramfaizul

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11115
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Perjalanan terakhir Noramfaizul Empty
PostSubject: Perjalanan terakhir Noramfaizul   Perjalanan terakhir Noramfaizul Icon_minitime5/9/2011, 7:42 am

Perjalanan terakhir Noramfaizul Misibantuan

Perjalanan terakhir Noramfaizul Noramfaizul300x199

Perjalanan terakhir Noramfaizul Bernamatvcameramannoram

“PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya.

Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.


Suasana dalam pesawat pengangkut TUDM itu tidak semeriah dan seceria ketika ia terbang bersama 50 sukarelawan dan petugas media ketika membawa bantuan makanan dan perubatan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.

Saya tidak menaiki pesawat berkenaan ketika itu kerana bertolak lebih awal dengan pesawat komersial, namun diberitahu rakan setugas lain suasana ketika itu berbeza dengan keadaan dalam pesawat ketika membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul pulang ke tanah air, semalam.


Arwah sering mengikuti pelbagai misi bantuan di luar negara termasuk di Pakistan, New Zealand, Palestin dan beberapa negara lagi terutama misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.


Sepanjang perjalanan yang terpaksa transit di dua negara iaitu di Seychelles dan Maldives untuk mengisi bahan bakar, semua 54 anggota misi berdiam diri kerana bersedih dengan pemergian arwah yang juga ketua media untuk misi terakhirnya itu.

Penerbangan pulang terasa terlalu lama dan saya berterusan dihantui kebimbangan biar pun kami bakal menjejakkan kaki di tanah air sebelum tengah hari semalam.


Keranda yang memuatkan jenazah arwah ditempatkan di bahagian belakang pesawat dan saya duduk di bangku hanya beberapa meter daripadanya, sekali-sekala sempat menoleh ke arah keranda berbalut Jalur Gemilang itu dan pada masa sama melihat beberapa rakan membaca surah Yasin. Sebelum itu, kumpulan kami keluar dari hotel penginapan di Mogadishu seawal jam 7 pagi kelmarin dengan diiringi ratusan anggota pasukan keselamatan kerajaan Somalia bagi menjamin kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Aden Abdulle, untuk menaiki Hercules C-130 yang sedia menunggu.

Tepat jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia), saya bersama petugas media dan anggota misi kemanusiaan lain berlepas ke Seychelles dan sepanjang tiga jam penerbangan, kelihatan semua yang berada dalam pesawat berdiam diri serta masih berada dalam keadaan terkejut, takut serta bersedih dengan pemergian arwah Noramfaizul.


Mengenangkan arwah sentiasa riang sepanjang lima hari membuat liputan di negara bergolak yang dilanda masalah kebuluran sejak tiba di Mogadishu 29 Ogos lalu, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku, namun menganggap ia ketentuan Ilahi dan berdoa supaya roh arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah serta menganggap arwah wira kami di Mogadishu. Sebaik selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 10 pagi semalam, keadaan menjadi semakin pilu apabila keluarga arwah termasuk dua anak kecilnya memasuki pesawat bagi melihat jenazahnya.


Lebih mengharukan kepulangan Allahyarham dan anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia disambut ribuan rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Jenazah arwah kemudian diuruskan di surau pangkalan udara berkenaan sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Serdang Raya, Seri Kembangan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.


Saya bersama beberapa anggota misi lain menziarahi rumah arwah sebelum mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan dan berada di sana sehingga selepas upacara pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan.


Kenangan singkat saya dengan arwah selama beberapa hari di Mogadishu akan diingati selama-lamanya kerana misi ini yang paling bahaya serta mencabar sehingga mengakibatkan beliau gugur ketika bertugas. Tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang Jumaat lalu (jam 10.40 malam waktu Malaysia) ketika arwah bersama sembilan lagi wakil media yang membuat liputan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia yang kebuluran dalam perjalanan pulang ke hotel penginapannya di KM 4, bandar Mogadishu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda selain sebuah kenderaan pasukan keselamatan.


Kenderaan dinaiki arwah terkena tembakan curi ketika berada kira-kira 200 meter dari hotel berkenaan. Tembakan berkenaan turut mengenai seorang lagi jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, menyebabkan dia cedera di lengan kanan.


Kami yang mengikuti misi ini sentiasa akan mengingati Allahyarham Noramfaizul sebagai rakan setugas dan sahabat yang banyak membantu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman, amin.”

Sumber:
Harian Metro
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Perjalanan terakhir Noramfaizul Empty
PostSubject: Re: Perjalanan terakhir Noramfaizul   Perjalanan terakhir Noramfaizul Icon_minitime5/9/2011, 6:11 pm

allahyarham sdh dpt pampasan RM200,000...sekurang2nya dpt meringankan beban balu yg ditinggalkan bersama dgn anak2nya...mmg wira negara la arwah...
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11115
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Perjalanan terakhir Noramfaizul Empty
PostSubject: Re: Perjalanan terakhir Noramfaizul   Perjalanan terakhir Noramfaizul Icon_minitime6/9/2011, 6:26 am

p lambat laun RM200k tu akan habis juga.. harap kerajaan dpt membiayai perbelanjaan persekolahan anak2nya spenuhnya sehinggalah ke tahap pengajian tinggi..
Back to top Go down
Sponsored content




Perjalanan terakhir Noramfaizul Empty
PostSubject: Re: Perjalanan terakhir Noramfaizul   Perjalanan terakhir Noramfaizul Icon_minitime

Back to top Go down
 

Perjalanan terakhir Noramfaizul

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: