| Mati dipeluk teman wanita | |
|
Author | Message |
---|
rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Mati dipeluk teman wanita 10/9/2011, 10:38 am | |
| SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_06.htm |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16976 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 10/9/2011, 12:10 pm | |
| ini pasangan yg tdk bijak, xperlu dicontohi... |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 10/9/2011, 7:07 pm | |
| biasalah tu bro..klu sda dilema cinta..hahahaha...snggup bt apa2 yg pnting dpt brsama.. tp msalahnya dorg ni x brfikir pnjng..trus2 pula mau bnuh diri..aiii.....tiada pn brfikir mau brusaha mngambil hati kluarga spya hbungan mreka drstui... |
|
| |
ziRcoN-09 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 34 location : kuala penyu/papar.. Tag ID: : SFC 09848 Points : 12592 Reputation : 19 Number of posts : 1541
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 10/9/2011, 8:52 pm | |
| dosa tu bunuh diri..dorg x fikir lebih matang wa tu. tindakan yg salah.. |
|
| |
Shinigami_TWU SUPERIOR
Countries/State : Age : 35 location : TAWAU Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348. Tag ID: : SFC 12348 Points : 12915 Reputation : 27 Number of posts : 2135
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 10/9/2011, 9:21 pm | |
| bunuh diri lgi tu.. kompom lak tu neraka... adeh... |
|
| |
kent1189 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : miri sarawak Website : http://www.lowisslow.com Tag ID: : SFC 18976 Points : 11113 Reputation : 19 Number of posts : 1183
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 13/9/2011, 11:06 am | |
| tindakan yg amat salah, bagus kahwin lari dri bunuh diri.. |
|
| |
siotto WEBMASTER
Countries/State : Age : 44 location : Kudat - Lahad Datu Tag ID: : SFC 02605 Points : 15221 Reputation : 7 Number of posts : 3274
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 13/9/2011, 7:31 pm | |
| adededdedededdehhh..dunia skrg ni ternyata kejam sudah tdk ada perikemanusiaan.. |
|
| |
kent1189 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 40 location : miri sarawak Website : http://www.lowisslow.com Tag ID: : SFC 18976 Points : 11113 Reputation : 19 Number of posts : 1183
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 14/9/2011, 9:15 am | |
| Update update update update Zuzziana turut meninggalSEREMBAN: Selepas beberapa hari bertarung nyawa, remaja perempuan yang meminum racun bersama kekasihnya di sebuah rumah di sekitar Rantau di sini, Jumaat lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), awal pagi semalam. Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Zuzziana Rahmat, 18, disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan, kira-kira jam 1.10 pagi. “Ketika dibawa ke hospital, mangsa didapati berada dalam keadaan kritikal akibat meminum racun hingga menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi dengan baik,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kematian mangsa. info: myMetro |
|
| |
Shinigami_TWU SUPERIOR
Countries/State : Age : 35 location : TAWAU Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348. Tag ID: : SFC 12348 Points : 12915 Reputation : 27 Number of posts : 2135
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita 14/9/2011, 7:29 pm | |
| nah,, ngam... dua2 neraka.. nda sempat mo tawbat ne... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Mati dipeluk teman wanita | |
| |
|
| |
| Mati dipeluk teman wanita | |
|