SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime10/9/2011, 11:42 am

KUALA LUMPUR: Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lalu, meninggal dunia pada jam 11.05 malam tadi.

Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di Nombor 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak. - BERNAMA

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajahidapbarahtulangkronikmeninggaldunia/Article
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime10/9/2011, 12:22 pm

kesampaian jgk hajatnya sblm hayatnya smpi...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18885
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime10/9/2011, 6:55 pm

tiada apa bro..asalkn hajat sda trcapai,pasti dpt rest in peace..
Back to top Go down
Fredy Yeong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Fredy Yeong

Male
Countries/State : Sabah
Age : 28
location : LDU - TWU - SDK
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 17293
Points : 11372
Reputation : 12
Number of posts : 1072

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime11/9/2011, 6:53 am

Kornurts wrote:
tiada apa bro..asalkn hajat sda trcapai,pasti dpt rest in peace..
nasib berpeluang juak jumpa Dato Najib...kalau ndk sempat...nah,ndk lar ditahu cam mana nanti....
Back to top Go down
Fredy Yeong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Fredy Yeong

Male
Countries/State : Sabah
Age : 28
location : LDU - TWU - SDK
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 17293
Points : 11372
Reputation : 12
Number of posts : 1072

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Aidilfitri Terakhir Nurul Atikah   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime11/9/2011, 6:59 am

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia malam 11 Syawal

TAIPING: Adik penat...penat sangat. Tolong ayah, tolonglah adik...

Itulah kata-kata terakhir Allahyarham Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, penghidap barah tulang kronik sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.05 malam kelmarin yang juga 11 Syawal, di sisi bapanya, Shamsudin Hasbullah.
Arwah mengadu kepenatan dan beberapa saat kemudian, dia sudah tiada, luah Samsudin, 50, ketika ditemui selepas pengebumian Nurul Atikah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Seberang, Kamunting, di sini, semalam.
Jenazah Nurul Atikah Bazilah yang menderita penyakit itu sejak tiga tahun lalu dan juga anak bongsu daripada tiga beradik itu disembahyangkan di Surau Nurul Jannah Taman Mewah, Fasa I, iaitu kira-kira 50 meter dari kediamannya di Taman Mewah, di sini, sebelum dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Lebih 300 ahli keluarga, rakan dan penduduk setempat menziarahi kediaman dan tanah perkuburan. Ibu bapa Nurul Atikah Bazilah pula biarpun menahan kesedihan, namun masih mampu melayan kehadiran wartawan untuk ditemubual. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting yang juga EXCO kerajaan negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, yang mewakili kerajaan negeri.

Nasib remaja itu mendapat perhatian media pertengahan Ramadan lalu apabila impiannya menyapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya ditunaikan hasil kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS).

Biarpun lima minit, perbualan menerusi telefon bimbit dengan pemimpin nombor satu negara itu sedikit sebanyak menggembirakan Nurul Atikah Bazilah yang sebelum ini diramalkan pakar perubatan tidak sempat pun untuk menyambut Aidilfitri. Namun, rahmat Allah SWT diiringi doa keluarga dan orang ramai, membolehkannya merasai Aidilfitri buat kali terakhir.
Samsudin berkata, dia dan keluarga terutama isterinya, Che Tom Osman, 45, reda dengan pemergian Nurul Atikah Bazilah memandangkan sudah lama anak bongsunya itu menderita sakit barah.

Katanya, sepanjang 10 hari lalu, anaknya menunjukkan tahap kesihatan memberangsangkan, malah tidak lagi bergantung kepada ubat penahan sakit selepas menggunakan beberapa jenis ubatan yang dibekalkan hospital termasuk ubatan khusus yang dibeli dari Jepun. Sad
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime11/9/2011, 8:39 am

sampai ka hajat atau tdk, klu sdh ajal ttp akan menemui ajal jgk tu...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18885
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime11/9/2011, 1:12 pm

im wrote:
sampai ka hajat atau tdk, klu sdh ajal ttp akan menemui ajal jgk tu...

tdak kira masa,tmpat,siapa,mngapa dn bagaimana.. Shocked
Back to top Go down
Sponsored content




Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Empty
PostSubject: Re: Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia   Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia Icon_minitime

Back to top Go down
 

Remaja hidap barah tulang kronik meninggal dunia

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: