SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Empty
PostSubject: Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap   Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Icon_minitime26/1/2012, 7:26 pm

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Image

KUALA LUMPUR - Sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa.

Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.

Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.

Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.

Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.

"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.

"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.

Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.

"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.

Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.

Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.

"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kolej-swasta-rompak-ptptn-pelajar-secara-senyap-1.20309
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
afwan
JUNIOR
JUNIOR
afwan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Marudu / Tuaran
Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=1480484167
Tag ID: : SFC 19381
Points : 9930
Reputation : 1
Number of posts : 218

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Empty
PostSubject: Re: Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap   Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Icon_minitime26/1/2012, 10:25 pm

dasyat, ambil kesempatan betol..
Back to top Go down
https://www.facebook.com/profile.php?id=1480484167
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 11113
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Empty
PostSubject: Re: Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap   Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Icon_minitime27/1/2012, 10:10 am

100 utk satu semester, mmg melampau ba ni. Mau beli makanan satu bulan pn teda cukup tu... RM56 ribu, dpt 100 saja.. akai..
Back to top Go down
Sponsored content




Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Empty
PostSubject: Re: Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap   Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: