SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata Empty
PostSubject: Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata   Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata Icon_minitime5/3/2012, 11:28 pm

KUALA LUMPUR - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.

"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.

"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.

Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang merata

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: