madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12873 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Panduan Memandu, Ketika Hujan 4/11/2007, 7:18 pm | |
| Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian.
Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-
• Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
• Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
• Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
• Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
• Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
• Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
• Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
• Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
• Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
• Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
o Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
o Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
o Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
o Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
o Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
o Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju |
|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Panduan Memandu, Ketika Hujan 4/11/2007, 7:32 pm | |
| o Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
benda ni aku berfikir sekejap.... kaki belah mana pijak pedal break? biasanya guna kaki kanan kan? kalu belah kiri... huhuhu.. break mati kot... anyways info yg baik untuk semua.. baca jan tak baca... |
|
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Panduan Memandu, Ketika Hujan 4/11/2007, 8:27 pm | |
| ikut macam cara drift... kalau yg manual tu takut mati engine, kaki kiri clutch, pas tu kaki kanan brake dan minyak... tapi bahaya kalo tak biasa, jadi lebih baik jangan pakai...
kalo mau mengharungi banjir, tutup aircond
kalau hujan lebat, pakai sunglass... sebab nie mengurangkan tahap 'foggy view' dan lebih jelas, juga dapat mengurangkan cahaya kereta dari depan (sunglass jgn terlalu gelap) |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Panduan Memandu, Ketika Hujan | |
| |
|