SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari Empty
PostSubject: Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari   Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari Icon_minitime25/7/2012, 1:36 pm


Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari Image
Peniaga dan pembeli Muslim tanpa segan silu berniaga dan membeli makanan di bulan Ramadan

BUKIT BERUNTUNG - “Nak apa abang... Makan ke bungkus?” Itu layanan awal si suami ketika wartawan Sinar Harian tiba di gerai peniaga nasi lauk di tepi persimpangan sebuah kawasan industri di sini jam 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, setelah memperkenalkan diri si suami dengan tenang memberitahu makanan dijual hanya untuk pekerja warga asing bukan Islam.

Tinjauan selama setengah jam mendapati sebaliknya apabila makanan dijual kepada semua pelanggannya yang datang tidak mengira Islam, puasa atau tidak.

“Kami hanya jual kepada pelanggan tetap yang bukan beragama Islam.

“Menu yang disediakan juga khusus untuk warga Myanmar seperti kari dan sedikit saja lauk pauk Melayu,” katanya yang sudah lebih dua tahun berniaga di kawasan itu.

Menurutnya, mereka perlu terus menyediakan makanan untuk pelanggan tetap kerana bayaran bulanan sudah dijelaskan.

Bagaimanapun, tinjauan jelas mendapati segelintir pembeli adalah daripada orang Islam.

Peniaga terbabit turut dilihat menasihati pelanggannya supaya tidak membeli makanan ketika wartawan Sinar Harian berada digerainya kerana bimbang gambar yang dirakam akan menjejaskan perniagaannya.

Seorang pemandu lori berasal daripada Kedah yang enggan dikenali berkata, makanan yang dibungkus adalah untuknya dan ketika dia mengambil makanan, peniaga pasangan suami isteri itu langsung tidak menegur atau menghalangnya.

“Saya bungkus untuk saya makanlah, siapa lagi. . .

"Tapi, saya makan dalam lori bukanlah di tempat terbuka, malulah,” katanya yang mengakui tidak menghidap sebarang penyakit menguzurkan.

Sementara itu, seorang pegawai penguat kuasa daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor ketika dihubungi berkata, jika peniaga terbabit didapati bersalah tindakan denda tidak kurang RM1,000 akan dikenakan terhadap peniaga terbabit.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/umat-islam-tanpa-segan-silu-beli-juadah-tengah-hari-1.69916
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: