SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan  Empty
PostSubject: Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan     Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan  Icon_minitime9/8/2012, 11:09 pm

KUALA SELANGOR - Rata-rata pengunjung bazar Ramadan di sekitar daerah ini merungut setelah mendapati harga kuih muih dikatakan melambung tinggi apabila lima kuih dijual dengan harga RM2 berbanding sebelum ini tiga kuih dengan harga RM1 sahaja.

Seorang pengunjung, Nur Fitri Murni Rosidi, 23, harga kuih muih dan lauk pauk pada jualan bazar kali ini cukup berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, ketika awal Ramadan, dia beranggapan harga makanan masih seperti dahulu dan tidak bertanyakan harga sebelum membelinya namun selepas terkena dia lebih berhati-hati.

"Saya terkejut apabila kuih yang disangka berharga RM2 menjadi RM2.50 ketika hendak membayar dan itu membuatkan saya lebih berhati-hati.

"Manakala makanan berlauk sayur campur, tempe goreng dan paru berlada dijual pada harga RM2 ke atas dengan alasan kos bahan mentah yang tinggi berbanding sebelum ini saya boleh membelinya dengan RM1.

Katanya, dalam berniaga perlulah berpada-pada sesuai dengan rasanya.

"Jika makanan yang dijual sedap, pengunjung tidak akan merungut, jika sebaliknya, kami juga yang rugi,” katanya.

Bagi Khairunnisa Mahfuzah Badrul, 26, dia selalu berkunjung ke bazar Ramadan Kuala Selangor 1 yang menempatkan lebih 150 gerai dengan pelbagai juadah menarik dan sememangnya menjadi tumpuan.

“Saya seronok pergi ke bazar Ramadan ini kerana dapat melihat pelbagai jenis makanan yang menarik dan bersetuju sekiranya makanan dan kuih muih yang dijual dengan harga berpatutan. Pelanggan tidak akan berkira untuk membelinya lagi asalkan sedap dan memuaskan.

“Saya juga pernah terkena sekali apabila membeli kuih yang luaran nampak cantik dengan harga yang mahal sedangkan pada hakikatnya tidak sedap dan perlu berhati-hati untuk membeli selepas ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Zhafri Asrori, 32, dia sering berkunjung ke bazar Ramadan di Sekinchan kerana harga di situ lebih murah dan tidak berubah memandangkan peniaga masih menjual dengan nilai RM1 untuk tiga kuih.

“Cuma lauk berasaskan ayam seperti ayam goreng berempah dijual dengan harga RM3.50 berbanding sebelum ini RM2.50 dan sewajarnya agensi berkaitan dapat memantau harga yang ditetapkan peniaga setiap masa supaya tidak membebankan pelanggan,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ambung-1.74845
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Harga makanan melambung tinggi dibazar Ramadan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: