MOHD. SAIFUL (kanan) bersama rakannya menunjukkan seekor buaya yang ditangkap di Kampung Telaga Air, Kuching semalam.
KUCHING – Sebuah keluarga nelayan di Kampung Telaga Air di sini gempar selepas kediaman yang mereka diami sejak 10 tahun lalu nyaris dimasuki seekor buaya malam semalam.
Dalam kejadian ketika air pasang pada pukul 11 malam itu, lapan sekeluarga tersebut panik apabila reptilia ganas yang pada mulanya berlegar-legar di bawah rumah terbabit tiba-tiba muncul di hadapan tangga.
Mohd. Saiful Sulaihi, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak-anaknya sebelum terkejut mendengar bunyi kocakan air yang kuat di bahagian bawah rumah.
Menurutnya, disebabkan bunyi itu, dia cuba memeriksa keadaan di bawah rumahnya dan sebaik membuka pintu, dia terperanjat apabila melihat kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 1.3 meter merangkak naik ke rumahnya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm