SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pelajar tidak dibenar ambil UPSR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15161
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Empty
PostSubject: Pelajar tidak dibenar ambil UPSR   Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Icon_minitime12/9/2012, 8:48 pm

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Ne_10.1
MAHADZIR (kiri) membawa pulang anaknya, Muhammad Faiz selepas dilarang menduduki UPSR di SK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang semalam.


RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.

Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.

Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.

"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.

"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.

Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.

Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.

Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_10.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
AIRpulse
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
AIRpulse

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : BKI <--> KGU &l
Website : http://www.hasegawa-kitagawa-sigma.jp
Tag ID: : S.F.C 0548
Points : 12899
Reputation : 9
Number of posts : 1725

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Empty
PostSubject: Re: Pelajar tidak dibenar ambil UPSR   Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Icon_minitime12/9/2012, 8:58 pm

inilah kesan kalau keputusan upsr sebagai pengukur prestasi sekolah.
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15126
Reputation : 41
Number of posts : 3863

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Empty
PostSubject: Re: Pelajar tidak dibenar ambil UPSR   Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Icon_minitime12/9/2012, 9:15 pm

patut pihak sekolah kasi cepat jalan tu surat amaran bila pelajar tdk hadir tanpa sebab. bila cukup syart buang skolah.teda la mslh macam ni. slalu tdk hadir tiba2 masa exam muncul pula.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
Sponsored content




Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Empty
PostSubject: Re: Pelajar tidak dibenar ambil UPSR   Pelajar tidak dibenar ambil UPSR Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: