SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ikon Volkswagen kini kembali Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ikon Volkswagen kini kembali Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ikon Volkswagen kini kembali

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Ikon Volkswagen kini kembali Empty
PostSubject: Ikon Volkswagen kini kembali   Ikon Volkswagen kini kembali Icon_minitime20/9/2012, 1:23 pm

Ikon Volkswagen kini kembali Image
Beetle mania

Ikon Volkswagen kini kembali Image

Sebut sahaja nama kodok, katak ataupun Bug pasti akan mengembalikan nostalgia kisah klasik anda bersama model pertama Volkswagen. Sebelum diberi nama Beetle, ia hanya dipanggil dengan nama Type 1 di awal pengeluaran.

Beetle sudah lama dikenali iaitu hampir 70 tahun dan kereta itu sendiri sebenarnya adalah ikon. Secara global, Beetle pertama kali diperkenalkan pada 1938 dengan jualan sekitar 22.5 juta.

Di Malaysia, Beetle adalah model pertama Volkswagen yang dibawa ke pasaran tempatan sekitar 1950-an oleh Champion Motors. Kira-kira 13 tahun kemudiannya, Beetle mula dipasang secara tempatan di Shah Alam.

Beetle 2012 pernah dipamerkan di Das Auto Show 2011 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Generasi ke-3 itu dipasang di kilang Volkswagen yang terletak di Mexico. Beetle mula di jual di Amerika Utara pada September 2011 dan kemudiannya ia dilancarkan secara progresif di negara lain.

Selama 67 tahun berada di pasaran, Beetle hanya mengalami perubahan evolusi tiga kali sahaja. Di pasaran tempatan, kereta kumbang itu ditawarkan dengan varian 1.2 liter (Cool TSI pada harga bermula RM139,888 tanpa insurans.

Dijana enjin 1.2L dengan suntikan turbo, empat silinder, sama seperti Polo TSI, Beetle menghasilkan kuasa 105ps dengan tork 175Nm.

Dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan automatik, Beetle lebih berkuasa. Kecekapan bahan api dikatakan 17 kilometer per liter dan tangki penuh adalah 55 liter.

Bagi mereka yang menantikan varian 2.0L TSI yang menggunakan enjin sama dengan Golf GTI jangan bimbang kerana Volkswagen akan membawanya kemudian.

Pengarah urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Ricky Tay berkata ia sudah ada dalam rancangan Volkswagen bagaimanapun untuk mendapatkan stok daripada kilang memerlukan sedikit masa kerana mengejutkan Beetle 2012 mendapat permintaan tinggi di beberapa negara.

Pandangan pertama melihat luaran Beetle akan mengingatkan kembali kepada model Porsche 356. Bagaimanapun Beetle masih mengekalkan rekaan signatur lamanya dan nisbah rupa badan masih seimbang dan secara keseluruhan ia menerima sentuhan sporty.

Dari segi saiz, generasi ke-3 ini lebih panjang 152 milimeter (mm) dan lebih lebar dengan 84mm. Perbandingan dengan generasi sebelumnya, Beetle baharu lebih besar dan lebar. Terdapat ruang tambahan bagi bahagian kepala dan kaki sementara bahagian but lebih luas.

Beetle ditawarkan dengan empat warna menarik Candy White, Tornado Red, Saturn Yellow, Reflex Silver, Deep Black, Platinum Grey dan Graciosa Brown.

Sementara itu, Ricky Tay berkata pengeluar kereta itu juga sedang menimbang untuk memperkenalkan kenderaan hibrid Volkswagen di Malaysia, memandangkan faedah cukai dan penekanan yang diberikan oleh kerajaan bagi kenderaan cekap tenaga. Kepada yang menggemari kereta tersebut boleh melayari laman sesawang Volkswagen disini >>> http://bit.ly/SDqss1

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/stailo/ikon-volkswagen-kini-kembali-1.86800
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Ikon Volkswagen kini kembali

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: