SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500 Empty
PostSubject: Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500   Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500 Icon_minitime28/9/2012, 6:42 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang
berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.

Selain BR1M, kerajaan turut menampilkan beberapa lagi langkah bagi membantu meringankan bebanan rakyat seperti pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan banyak lagi.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperuntukkan RM386 juta untuk membuka 57 lagi KR1M di Sabah, Sarawak dan Labuan dalam usaha menyeragam harga barangan keperluan di kawasan itu dengan Semenanjung Malaysia, di samping merendahkan lagi harganya.

Beliau berkata secara umum harga barangan keperluan di kawasan itu adalah lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang tinggi, dan kerajaan menampilkan pelbagai inisiatif bagi menanganinya termasuk Program Penyeragaman Harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan kedai KR1M.

Najib berkata kerajaan juga akan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.

"Sebagai contoh di Ba'Kelalan, Sarawak, gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak itu boleh dibeli hanya dengan harga RM26.60 setong," katanya.

Najib berkata bagi BB1M pula, program itu akan diteruskan kepada setiap penuntut Institusi Pengajian Tinggi dan pra-universiti dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250, dan langkah itu melibatkan peruntukan RM325 juta dan memanfaatkan 1.3 juta penuntut di seluruh negara.- Bernama


sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/09/najib-umum-br1m-20-rm250-rm500.html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: