BAGAN SERAI - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih menguntungkan rakyat berbanding penurunan harga minyak seperti yang dijanjikan pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata golongan yang memerlukan lebih mendapat manfaat melalui pemberian BR1M.
"Kita kurangkan minyak siapa untung? orang kaya pun untung, orang kaya bawa kereta besar pun untung, pelancong pun untung, pendatang tanpa izin pun untung, pekerja asing pun untung, orang yang jual (seludup) minyak pun untung.
"Kalau kita bagi BR1M, siapa untung? rakyat untung...sekarang ini kita (rakyat kurang kemampuan) dapat lima keping (wang kertas RM100)," katanya sambil meminta rakyat membandingkan adakah penurunan harga minyak lebih menguntungkan mereka berbanding pemberian BR1M.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Bagan Serai di sini hari ini. - Bernama
sumber:http://www.sinarharian.com.my/najib-br1m-lebih-untung-banding-turun-harga-minyak-1.154398