Perkhidmatan bas percuma Go-KL yang disediakan di ibu negara sejak Ogos lalu
INISIATIF kerajaan mewujudkan perkhidmatan bas percuma Go-KL sebagai langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di pusat bandar menimbulkan pertikaian di kalangan pemandu teksi di ibu negara.
Pertikaian oleh pemandu teksi memuncak apabila lebih 200 pemandu teksi mengadakan mogok di Bukit Bintang baru-baru ini, membuat pelbagai pihak mula terfikir sejauh mana impak perkhidmatan bas percuma ini terhadap golongan itu sehingga mereka nekad berhimpun.
Bagaimanapun, sejak ia dilancarkan pada 31 Ogos lalu, ramai yang menyambut baik perkhimatan percuma itu dan menyifatkan ia sebagai satu bonus buat warga kota.
Namun, yang menjadi persoalannya adakah kewujudan bas percuma ini mampu mengurangkan kesesakan di CBD seiring dengan matlamat asalnya? Atau kewujudan 15 buah bas berwarna ungu dengan 25 hentian bagi sepanjang 14 kilometer perjalanan hanya menambah lagi kesesakan sedia ada?
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/bas-percuma-go-kl-apa-pendirian-anda-1.92770