SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siswa kini boleh beli kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siswa kini boleh beli kereta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Siswa kini boleh beli kereta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Siswa kini boleh beli kereta Empty
PostSubject: Siswa kini boleh beli kereta   Siswa kini boleh beli kereta Icon_minitime12/10/2012, 7:41 pm

Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ereta/Article/
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13001
Reputation : 7
Number of posts : 1048

Siswa kini boleh beli kereta Empty
PostSubject: Re: Siswa kini boleh beli kereta   Siswa kini boleh beli kereta Icon_minitime16/10/2012, 7:24 pm

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka"

bagus jg pendekatan yg macam ni utk memiliki kereta..

tapi yg penting tu ptptn pun kena bayar macam tu kereta jg la hahaha
Back to top Go down
 

Siswa kini boleh beli kereta

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: