SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Semoga negara kita tidak disewelkan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Semoga negara kita tidak disewelkan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Semoga negara kita tidak disewelkan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Semoga negara kita tidak disewelkan Empty
PostSubject: Semoga negara kita tidak disewelkan   Semoga negara kita tidak disewelkan Icon_minitime12/10/2012, 7:51 pm

SEKIRANYA kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai benar, ada sebab untuk kita semua berwalang durja. Menurut Menteri Kesihatan itu, masalah mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini terus meningkat.

Beliau menyebut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bahawa kelaziman masalah mental golongan tersebut meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu.

Kita dalam bahaya sebab ramai anak-anak – termasuk yang di bawah usia 15 tahun @ pemimpin masa depan – berpotensi untuk sakit mental. Bayangkan apa akan jadi pada negara sekiranya ramai pemimpin sewel atau separa sewel!

Kajian tersebut juga mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa turut meningkat kepada 11.2 peratus berbanding 10.6 peratus pada 1996.

“Bilangan pesakit mental di negara ini dijangka terus meningkat dalam masa 10 tahun akan datang,” kata beliau seperti yang dilaporkan media, Isnin lalu.

Kanak-kanak sewel, remaja sewel, orang dewasa pun sewel. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya negara berdaulat, tercinta dan sudah 55 tahun merdeka ini tidak akan disewelkan.

Salah satu penyumbang kepada masalah ini, seperti yang diakui menteri, ialah semakin longgarnya hubungan anak-anak dengan ibu bapa, menyebabkan golongan tersebut menghabiskan banyak masa dengan internet dan gajet-gajet ICT.

Sebagai seorang bapa, saya mengakui kurang sangat masa saya bersama anak-anak. Sibuk sepanjang masa di pejabat, juga di luar pejabat, tahu-tahu empat orang anak saya sudah besar panjang. Si sulung yang sekali sekala saya salin lampinnya ketika bayi, kini sudah bekerja.

Mujur isteri saya mengambil keputusan berhenti kerja semasa anak-anak masih kecil. Kalau tidak budak-budak itu tentu lebih banyak bercakap dengan komputer, dan akhirnya meningkatkan lagi peratus kesewelan yang kini semakin membimbangkan.

Zaman saya kanak-kanak dulu emak dan abah sentiasa ada di rumah. Bersama kawan-kawan saya masuk belukar selepas sekolah untuk melastik burung, mencari buah dan pucuk kayu. Atau, menjadi ‘Tarzan’ terjun sungai untuk menangkap ikan.

Pulang sebelum maghrib, orang tua sentiasa ada di rumah. Memang mereka membebel sebab seluar dan baju saya kotor, tetapi ceramah yang berdesing-desing di telinga itu memotivasikan saya untuk menjadi orang.

Fikir punya fikir, dalam belukar sentiasa ada bahaya. Kalau silap gaya boleh terpijak kala jengking atau tersentuh sarang tebuan tanah. Di dalam sungai pun ada musibah, termasuk gigitan ular air atau disengat ikan keli.

Kanak-kanak sekarang tidak ke belukar juga tidak terjun sungai. Mereka berkurung berjam-jam di bilik berhawa dingin, melayari internet dan lepak pada sekian banyak laman sesawang. Rupanya sampah sarap dalam internet lebih berbisa daripada sengatan kala jengking.

Tentu sekali tanpa ibu bapa untuk dirujuk sebagai penawar, bisa internet boleh menimbulkan kemurungan @ sewel. Maka tidak menghairankan masalah mental dalam kalangan golongan muda ini terus meningkat.
Kawan saya, seorang pensyarah kanan di IPTA dan ibu kepada dua orang anak, mengakui dia tidak ada masa untuk bersama anaknya kecuali hujung minggu. Setiap hari dia berhubung dengan mereka menerusi sms, Twitter dan Facebook. Mana sama ‘wajah buku’ dengan wajah ibu!

Kalau sayangkan generasi akan datang, ibu bapa kena berkorban sekarang. Jangan asyik pentingkan kerjaya, pentingkan dan perhatikan juga anak-anak di hadapan komputer itu.

Perihal masalah mental dalam kalangan orang dewasa pun banyak juga faktornya. Contoh: gaji belum naik, barang sudah naik. Gaji naik 10 peratus, barang naik 15 peratus. Ada orang berpendapatan RM150,000 sebulan, dapat serba-serbi tidak payah beli. Tetapi ramai yang bergaji hanya RM1,500 kena beli semua, termasuk tambang bas sekolah anak.

Terganggu juga fikiran sebab masa banyak terbuang dalam kesesakan lalu lintas. Masuk kerja 8.30 pagi kena keluar rumah lepas Subuh. Habis kerja 6 petang, tiba rumah lepas Maghrib. Kalau ada banjir kilat, alamat tidur dalam kenderaan.

Sana-sini kena ragut. Pagi petang siang malam orang kena rompak, rogol, bunuh. Setiap hari mesin ATM kena pecah. Dia orang kata indeks jenayah turun, tetapi jenayah terus berlaku di hadapan mata. Ini pun boleh menyebabkan orang sewel!




sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumn...welkan-1.93450
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Ms. Loli
FRESHIE
FRESHIE
Ms. Loli

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Kuala Lumpur
Points : 8942
Reputation : 1
Number of posts : 50

Semoga negara kita tidak disewelkan Empty
PostSubject: Re: Semoga negara kita tidak disewelkan   Semoga negara kita tidak disewelkan Icon_minitime14/10/2012, 4:44 pm

Kesiannyea budak2 zaman sekarang...rasenyea saya pon akan tergolong dalam tu jugak..
Back to top Go down
mooncyrus
FRESHIE
FRESHIE
mooncyrus

Female
Countries/State : Melaka
Age : 34
location : keling
Points : 8899
Reputation : 1
Number of posts : 19

Semoga negara kita tidak disewelkan Empty
PostSubject: Re: Semoga negara kita tidak disewelkan   Semoga negara kita tidak disewelkan Icon_minitime15/10/2012, 9:08 am

Sewel? Bahaya sungguh penyakit anak2 muda zaman sekarang ni,,
Back to top Go down
Sponsored content




Semoga negara kita tidak disewelkan Empty
PostSubject: Re: Semoga negara kita tidak disewelkan   Semoga negara kita tidak disewelkan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Semoga negara kita tidak disewelkan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: