SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar selamba hisap rokok Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar selamba hisap rokok Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pelajar selamba hisap rokok

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15335
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Pelajar selamba hisap rokok Empty
PostSubject: Pelajar selamba hisap rokok   Pelajar selamba hisap rokok Icon_minitime6/11/2012, 10:40 pm

Pelajar selamba hisap rokok Image

KUALA NERUS – Tangkap dan nasihat. Itulah modus operandi yang dilakukan Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak dan Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir menjayakan Operasi Khas Merokok Dalam Kalangan Pelajar, pagi kelmarin.

Operasi bersepadu membabitkan 50 ahli daripada 12 agensi di dua sekolah terpilih di kawasan itu bertujuan memberi peringatan kepada pelajar dan pemilik kedai yang menjual barangan terlarang berkenaan kepada pelajar bahawa perbuatan mereka sentiasa diperhatikan.

Pengerusinya, Md Azmi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak mengenai kelakuan pelajar yang menghisap rokok secara terbuka pada waktu persekolahan dan situasi sedemikian mengundang kebimbangan ramai pihak.

“Merokok dalam kalangan pelajar hari ini boleh dikatakan agak membimbangkan dan atas maklum balas masyarakat setempat, kita ambil pendekatan mengadakan operasi ini dengan tujuan memberi amaran kepada mereka terlibat bahawa tindakan mereka dipantau.

“Selain itu, pada masa sama kita juga berharap peniaga terutama pemilik kedai runcit dan kedai makan tidak menjual rokok kepada pelajar kerana tindakan ini mendorong mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat,” katanya di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Menurutnya, pihaknya memandang serius gejala merokok melibatkan pelajar dan diharap dengan adanya operasi bersepadu itu, ia membantu menyedarkan ramai pihak terutama pelajar.

“Operasi ini (merokok) adalah operasi susulan yang dilakukan sebelum ini, membabitkan pelajar ponteng dan ia akan dilakukan berterusan dengan harapan mampu mengatasi masalah disiplin pelajar.

"Walaupun operasi ini lebih menjurus memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar tetapi diharap ia juga mampu memberi kesan mendalam terhadap golongan berkenaan supaya tidak sesekali cuba merokok," katanya.

Dalam pada itu, Md Azmi turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama melancarkan operasi.

"Lebih membanggakan apabila ia turut melibatkan ahli politik pelbagai parti kerana untuk memerangi masalah pelajar, soal fahaman politik yang berbeza perlu ditolak ke tepi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Zakaria Dagang yang turut menjayakan operasi itu menyambut baik usaha dilakukan dan sedia memberikan komitmen bagi memastikan masalah membabitkan pelajar ditangani sepenuhnya.

Dalam operasi berkenaan, seorang pelajar tingkatan lima yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam ditangkap ketika menghisap rokok di sebuah kedai makan berdekatan sekolah dan mengakui mula mengenali rokok seawal tahun enam.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-selamba-hisap-rokok-1.101310
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Pelajar selamba hisap rokok

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: