SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Budak selamba hisap rokok hampir dilempang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Budak selamba hisap rokok hampir dilempang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Budak selamba hisap rokok hampir dilempang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Budak selamba hisap rokok hampir dilempang Empty
PostSubject: Budak selamba hisap rokok hampir dilempang   Budak selamba hisap rokok hampir dilempang Icon_minitime17/2/2013, 7:16 pm

Budak selamba hisap rokok hampir dilempang Image
Khaliq (kiri) menyorokkan rokok pada tangan kanannya ketika perbuatannya dirakam.


BATANG KALI - Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar.

Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya.

Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah.

“Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai.

“Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya.

Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Muslim tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Nur Aina Nabila Arshad, 35, berkata, sikap peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur antara faktor gejala merokok dalam kalangan anak muda berleluasa.

Menurutnya, peniaga kedai runcit dan restoran sepatutnya perlu terlibat sama dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu.

“Ahli keluarga juga perlu bertegas sebab masalah seperti Khaliq ini jelas berpunca daripada ibu bapa yang tidak pedulikannya.

“Dia kata ibu bapanya tak tahu dia merokok dan tak peduli dia ke mana. Jadi, bagaimana anak-anak muda ini tidak rosak,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/budak-selamba-hisap-rokok-hampir-dilempang-1.131891
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Budak selamba hisap rokok hampir dilempang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: